Seminggu selepas aku disahkan mengandung, berita gembira ini telah pun dimaklumkan kepada ahli keluarga dan kawan-kawan rapat.
Orang paling seronok adalah mama, beria-ria mama nak datang ke rumah tapi ayah tak bagi. Ayah kata, biarlah aku ambil sendiri pengalaman semasa mengandung ini. Kalau ada apa-apa, boleh call.
Najihah pula, macam yang aku cakap, seronok bagai nak rak! Macam dia pula yang bakal jadi ayah, Izani pun tak seteruja dia. Pagi tadi tiba-tiba saja ada barang yang dihantar dari Pos Laju. Bila aku buka, sekotak baju untuk newborn baby yang muncul.
"Ji, kau beli semua ini untuk aku ke?"
"Hello, kalau aku beli semua ini untuk kau, mana muat! Aku beli untuk anak angkat aku."
Ceit! Belum apa-apa lagi dah dicopnya anak aku ini anak angkat dia. Eee, sedap hati dia je. Aku mencebikkan bibir.
"Kau tak payah nak jadikan anak aku ini sebagai anak angkat kau. Pergilah buat anak dengan Iqram, suami kan dah ada."
Menjerit Najihah di hujung panggilan. Puas hati aku dapat kenakan dia balik, sebelum ini dia selalu mengusik aku pasal benda-benda rated sembilan belas ke atas. Haa, sekarang biar dia pula yang kena.
"Kau kan, Lia! Otak kuning betullah!"
"Aku pula? Kau yang mulakan dulu, kau yang selalu usik aku benda-benda macam ini. Sekarang aku bolehlah kata balik dekat kau, sebab aku dah pegang pangkat senior dua tahun dari kau."
Najihah gelak mengekek.
Selesai bersembang dengan Najihah di dalam telefon, aku keluar ke laman rumah. Saja nak melihat pokok-pokok yang Izani tanam. Macam-macam jenis dia tanam, serai, cili, daun kari, sampai ke pokok betik pun dia tanam.
Mulanya aku tak yakin sangat tentang pokok betik itu. Tapi melihat pertumbuhan pokok itu dah sampai paras pinggang aku, aku kagumlah pula. Tak sangka Izani memang ada minat dalam menanam pokok.
Bunga mawar yang dia tanam pun, masih segar. Bila dihidu, baunya wangi sangat. Terasa macam bau pewangi bilik AmbiPur pun ada.
Paip di belakang rumah aku buka dan mula menyiram pokok. Mesti dahaga 'anak-anak' Izani ini, cuaca sekarang tak menentu. Sekejap hujan, sekejap mendung, sekejap panas.
"Uit, Kak Lia. Buat apa itu?" Tasneem menegur.
Gadis itu tengah menyidai baju di ampaian. Dia kibas-kibas baju basahnya sebelum disangkut ke penyangkut baju dan disidaikan ke ampaian.
"Bagi pokok-pokok ini minum air. Sekarang kan musim panas, takut diorang dahaga teruk." Aku ikut berseloroh.
Tasneem tergelak. Dia datang mendekati dinding rumah.
"Akak, saya ada buat kuih seri muka. Akak nak cuba rasa tak?"
Kuih seri muka? Umphhh!
Terliur pula mendengar nama kuih itu. Tasneem ini ada ciri-ciri pewaris Nujum Pak Belalang ke? Tahu-tahu saja aku ini tengah mengidam nak makan kuih Melayu. Dapat kuih bahulu pun sedap juga.
"Nak, nak!"
Tasneem terus masuk ke dapur. Sekejap saja dia menghilang, kemudian dia datang semula dengan sepinggan kuih seri muka. Aku menerima hulurannya dengan tangan terbuka. Lawa, kemas dan nampak menyelerakan kuih yang dia buat.
"Pandainya Anem buat kuih."
"Kak Lia, cubalah rasa dulu. Kalau tak sedap, itu sebab Anem beli. Kalau sedap, itu sebab Anem yang buat." Dia kenyitkan mata.
YOU ARE READING
Tunang untuk Dua Bulan | RAYA [c]
RomanceSetelah dua tahun melayari bahtera perkahwinan, Alia dan Izani semakin bahagia. Berita gembira yang pasangan suami isteri ini inginkan akhirnya kunjung tiba. Daripada bahagia, kepada double bahagia apabila mereka bakal menjadi parents-to-be! Banyak...