"Jiha! Rindunya dekat kau!" Aku memeluk badan gebu Najihah.
Kawan aku ini semenjak dah tukar status, fokusnya hanya kepada suami saja. Baguslah itu, aku dulu pun memang bagi seratus peratus kepada Izani saja sampailah beberapa bulan kemudian, baru aku fokus dengan kerjaya aku semula.
"Hehehe, rindu ada makna kan?"
Najihah serahkan satu beg kertas bersaiz besar kepada aku. Makin teruja dibuatnya lagi-lagi aku teringat yang Najihah berbulan madu dengan Iqram di Korea. Macam-macam benda yang dia beli.
Aku tengok dari story Instagramnya, dari Seoul kemudian ke Pulau Jeju. Tak sampai dua hari di Jeju, dia pergi semula ke Busan. Merata-ratalah dia pergi selama dua minggu dia bercuti di Korea.
"Aku tak minta pun kau belikan apa-apa dekat aku. Tapi alang-alang dah sua itu, aku ambillah dengan hati yang terbuka."
Beg kertas bertukar tangan. Air oren di atas meja aku sedut perlahan. Ah, lega tekak!
Baru nak merungut tentang rasa lapar, pelayan restoran sampai bersama dengan semangkuk salad dengan sos thousand island, sepinggan lamb chop dan sup cendawan. Najihah mengagihkan makanan mengikut apa yang kami pesan.
Aku meniup perlahan sup di dalam sudu. Selepas makan sup sebanyak dua hingga ke empat sudu, aku ambil pula salad yang dipesan. Bau sos thousand island menaikkan lagi selera aku.
Aku langsung tak perasan Najihah memerhatikan aku sejak tadi. Yang aku tahu hanyalah salad, salad dan salad.
"Lia, kau kebulur ke apa?"
"Entahlah, aku asyik rasa lapar sekarang. Izani pun ada tegur, dia kata dia terkejut tengok aku makan banyak."
Aku menceritakan apa yang berlaku dua hari lepas. Izani masakkan lasagna untuk dua orang makan tapi disebabkan aku rasa lapar sangat, aku habiskan semuanya. Dia hanya sempat merasa dua sudu saja.
Semalam, aku minta dia belikan buah. Epal hijau, mangga, oren, anggur. Buah yang ada rasa masam-masam manis aku minta dia belikan. Boleh buat jadi snack waktu malam. Mungkin juga sebab aku ada tengok di Youtube, pasal frozen fruits. Itu yang berkenan itu.
"Kau dah period ke belum?"
"Belum sampai lagi harinya." Aku jawab pendek.
"Bulan lepas?"
Aku gelengkan kepala. "Tak rasanya, sebab aku selalu tanda dekat kalendar."
Tak menghairankan bagi aku, benda ini dah terjadi dekat aku sejak dari sekolah menengah lagi. Kitaran haid aku ini berselang-seli, kejap dia datang ikut bulan per bulan tapi ada juga masa dia selang dua bulan sekali.
Dah pergi check di klinik, doktor pun tak ada kata apa. Cuma berpesan supaya aku banyakkan minum air kosong untuk membantu melancarkan sistem dalam badan.
Tak semena-mena Najihah menepuk meja makan sampai berjaya membuatkan orang memandang ke arah kami berdua.
"Kau dah kenapa, Jiha?"
"Jom pergi klinik lepas ini."
"Nak buat apa? Kau sakit ke? Pening?" Aku mula risau.
Ya lah, mana tahu badan dia masih tak sesuaikan diri dengan suhu di Malaysia. Dia kan duduk lama di Korea sana, sejuk angin Korea dengan sejuk angin Malaysia ini jauh bezanya.
"Aku nak bawa kau pergi klinik lah."
Garfu aku letakkan semula di dalam mangkuk salad. Okay, sekarang aku betul-betul tak faham apa sebenarnya yang cuba dilakukan oleh Najihah. Kenapa pula dia nak bawa aku pergi klinik?
YOU ARE READING
Tunang untuk Dua Bulan | RAYA [c]
RomanceSetelah dua tahun melayari bahtera perkahwinan, Alia dan Izani semakin bahagia. Berita gembira yang pasangan suami isteri ini inginkan akhirnya kunjung tiba. Daripada bahagia, kepada double bahagia apabila mereka bakal menjadi parents-to-be! Banyak...