"Assalamualaikum! Assalamualaikum!"
Aku menutup api dapur dan segera menjenguk pintu depan. Siapa pula yang bagi salam petang-petang ini?
"Waalaikumussalam. Ya, cari siapa?"
Aku membuka pintu gril rumah dan menghampiri pagar rumah. Dua orang perempuan yang aku agak lebih muda daripada aku menayang senyuman lebar kepada aku. Diorang ini nak jual barang ke? Stail orang dulu-dulu jual Tupperware.
"Akak, nama saya Tasneem. Ini kawan saya, Anisa. Kami berdua jiran baru dekat sebelah rumah akak ini." Gadis bernama Tasneem itu menghulurkan tangan untuk bersalaman.
Aku pun cepat-cepat lap tangan di apron. Maklumlah mereka panggil aku masa aku tengah berperang di dapur. Jadi aku datang ke depan pun dengan sudip di tangan dan apron pula tak ditanggal.
Harap adik-adik fahamlah keadaan akak ya?
"Oh, nama akak, Alia. Panggil Kak Lia je. Bila korang pindah masuk?"
"Dua hari lepas. Rasanya masa itu akak tak ada dekat rumah." Tasneem jawab.
Bagus budak ini, nampak peramah semacam. Sekarang ini susah nak jumpa gadis yang peramah dan elok bertutur bahasa. Sopan saja walaupun nada suaranya tinggi semacam. Excited jumpa jiran baru agaknya.
"Student ke bekerja?"
"Saya bekerja, Anem pula masih study, Master." Anisa pula menjawab.
Wow! Aku menekup mulut. Bagusnya! Eh, bagus itu bukan satu perkataan yang sesuai untuk menggambarkan betapa kagumnya aku dengan Tasneem.
Hebat! Ya, perkataan ini lebih sesuai.
Untuk sambung belajar di peringkat Master dan PhD ini memerlukan satu azam dan semangat yang kuat. Bukan senang nak sampai ke peringkat itu. Diploma dan Degree itu pun sebenarnya susah nak dapat, lagi-lagi kalau kita tak ada minat.
Tapi bagi aku, Diploma dan Degree ini macam tahap dari senang ke tahap satu susah. Master dan PhD pula antara tahap yang paling susah untuk dicapai. Kagum aku dengan Tasneem ini.
"Tasneem ambil jurusan apa?"
"Saya ambil jurusan Marketing, kak."
"Dah masuk semester ke berapa ini? Bagusnya kamu ini." Tak henti-henti aku memuji.
"Saya baru masuk semester satu, saya buat PJJ."
Terangguk-angguk kepala aku mendengar ceritanya. Tasneem memilih untuk membuat PJJ kerana keluarga dia tak bagi dia duduk di dalam universiti dan minta dia untuk bekerja kalau ingin sambung belajar.
Jadi, kalau dah diminta untuk bekerja, memang gadis itu tak ada cara lain selain daripada melakukan PJJ. Mudah untuknya bekerja dan belajar pada masa yang sama.
"Akak duduk seorang ke?" Anisa tanya.
"Tak, akak duduk dengan suami akak. Dia belum balik kerja, kejap lagi dia balik."
"Oh, saya ingatkan akak duduk seorang. Kami baru nak ajak akak minum petang dekat rumah, boleh kenal rapat-rapat lagi." Tasneem ketawa.
Aku pun ikut ketawa sama.
Rasanya tak sampai seminggu, kami bertiga boleh jadi kawan rapat. Mereka berdua ini ada stail yang sama dengan aku. Bila aku pamitkan diri untuk masuk ke dalam rumah, ada satu soalan yang bermain di minda.
Ah, betul. Macam mana aku terlupa nak tanya diorang tentang umur mereka?
"Tasneem, Anisa. Akak nak tanya ini."
YOU ARE READING
Tunang untuk Dua Bulan | RAYA [c]
Lãng mạnSetelah dua tahun melayari bahtera perkahwinan, Alia dan Izani semakin bahagia. Berita gembira yang pasangan suami isteri ini inginkan akhirnya kunjung tiba. Daripada bahagia, kepada double bahagia apabila mereka bakal menjadi parents-to-be! Banyak...