Ramadhan Kareem.
Akhirnya, bulan yang dinanti-nantikan tiba jua. Keterujaan nak menyambut bulan Ramadhan kali ini terasa lain sedikit. Mungkin kerana aku berbadan dua, baby pun sekarang sangat aktif.
Tak sabar agaknya nak jumpa dengan ibu ayah dia. Aku mengusap perut, terasa mengalir segala kasih dan sayang aku kepada anak di dalam perut ini.
Tujuh bulan sepuluh hari. Pejam celik, pejam celik dah masuk bulan ke-tujuh. Third trimester.
Berdebar-debar apabila aku teringat tentang tarikh ramalan yang doktor berikan. Due date yang doktor berikan adalah pada hujung bulan Julai atau paling lambat pun awal bulan Ogos. Manalah aku tak berdebar.
Barang-barang untuk menyambut baby pun dah disiapkan, hasil bantuan dari mak dan mama yang datang melawat minggu lepas.
Semua jenis pantang larang diturunkan kepada aku. Kata mereka, dah masuk third trimester ini kena pantang minum air kelapa, banyakkan berjalan walaupun letih lagi-lagi bila dah nak dekat dengan tarikh.
Izani pun dah kurang sibuk dengan kerja di pejabat. Kalau sungguh ada kerja yang perlu dia semak, dia akan bawa semua itu ke rumah dan siapkan di bilik kerjanya.
Tak nak berjauhan dengan aku, takut jadi apa-apa. Aku yang mendengar ini tergeleng-geleng kepala. Dia ingat aku ini larat ke nak aktif ke sana ke sini macam beberapa bulan yang lalu?
Nasib encik abang kesayangan. Aku biarkan saja dia nak buat semua kerja rumah, sampai aku pula terasa macam naik lemak. Seronok, memang seronok sangat apabila dilayan begini.
Tapi apa yang tak seronok bila Izani buat semua benda adalah memasak. Dia memang terer bab-bab memasak ini, lagi hebat dari aku. Cuma...
"Lia, kenapa tak makan sayur ini?"
Brokoli yang ada di tepi pinggan dia tunjuk dengan garfu yang dia pegang. Mulut aku muncung sedepa bila kena tanya dengan cikgu disiplin sekolah.
"Tak nak, saya nak muntah makan brokoli itu. Asyik makan brokoli saja, nanti saya pun bertukar jadi hijau. Silap-silap baby pun bertukar hijau."
Bunyi sudu dan garfu diletakkan di atas pinggan membuatkan aku mengangkat muka, memandang Izani yang dah berkerut kening.
"Kenapa awak cakap macam itu? Brokoli ini bagus untuk awak dan anak kita. Dalam brokoli ini ada folic acid. Makan brokoli itu." Arah Izani.
Tapi aku buat donno saja. Izani yang melihat mula bangun dan mengambil tempat di sebelah aku. Brokoli yang ada di hujung pinggan dia cucuk ke garfunya dan terus menghala ke mulut aku.
"Umph!" Aku mengemam bibir.
"Lia." Izani mengecilkan matanya.
Aku gelengkan kepala semahu-mahunya. Tak nak!
Izani mengeluh. Dia letak semula garfu di atas pinggan. Tangan dia letakkan di belakang kerusi aku dan di meja makan, sengaja dia biarkan begitu. Kalau aku nak cabut lari, tangan dia boleh saja sambar lengan aku.
"Kenapa awak tak nak?"
"Awak lah puncanya. Pagi, petang, siang, malam awak paksa saya makan brokoli itu. Kalau tak brokoli, sayur lain. Semua itu pahit tahu tak?"
"Kan saya dah mixed kan dengan butter. Kenapa nak pahit pula?"
"Manalah saya nak tahu, lidah saya yang rasa. Lagipun, saya dah ambil vitamin. Ubat folic acid pun saya makan. Ubat makan, sayur pun nak kena makan juga ke?" Aku bidas semula.
YOU ARE READING
Tunang untuk Dua Bulan | RAYA [c]
RomanceSetelah dua tahun melayari bahtera perkahwinan, Alia dan Izani semakin bahagia. Berita gembira yang pasangan suami isteri ini inginkan akhirnya kunjung tiba. Daripada bahagia, kepada double bahagia apabila mereka bakal menjadi parents-to-be! Banyak...