Bab Lapan

1.8K 129 1
                                    

Tepat pukul dua belas tengahari, aku sampai di depan bangunan syarikat milik keluarga mertua, Isla Group. Aku menyapa beberapa pekerja yang lalu melintasi aku. Ramai yang menegur perut aku yang sudah nampak baby bump ini.

Aku pakai baju longgar pun masih nampak juga ya?

Sampai saja di tingkat sepuluh dimana pejabat Izani berada, aku terus menegur Sabrina dahulu memandangkan dia ada di mejanya, sibuk dengan dokumen yang berlambak di atas meja.

"Hi, Sab!"

"Puan! What a surprise." Sabrina datang dengan tanganya terbuka luas nak memeluk aku.

Lama kami tak berjumpa, kali terakhir aku datang ke ofis Izani ini semasa cuti sekolah hujung tahun. Kerja semua dah siap dibuat, aku pula bosan asyik termenung di rumah. Jadinya aku minta izin Izani untuk datang ke ofis dia.

Dia tak menghalang, lagi dia alu-alukan adalah.

Bila duduk dalam biliknya, aku tetap bosan. Asyik pandang muka dia semasa bekerja pun naik bosan. Sudahnya aku bersembang dengan Sabrina di meja setiausaha ini. Nasib baik Izani tak marahkan Sabrina.

Sabrina kan baru saja jadi setiausahanya, menggantikan Kak Fia yang dah letak jawatan. Dari apa yang aku dengar, Kak Fia ikut suami dia pergi ke Brunei. Tak mampu duduk berjauhan dengan suami. Risau katanya.

"Nah, ini untuk awak. Awak kongsilah dengan staf yang lain."

Sabrina melihat isi dalam beg kertas yang aku serahkan. Dia membuka bekas makanan dan menghidu bau kuih yang aku buat pagi tadi.

"Bau dia sedap tapi rasa belum tahu lagi."

"Kenapa? Nak jadi Goldon Ramsay depan saya ke?" Aku menjeling manja.

Wanita itu tersengih. Dia menghilangkan diri sebaik saja aku bagitahu tujuan aku datang ke sini.

Tangan meraih tombol pintu bilik Izani tapi tak semena-mena aku berhenti. Alamak, masa-masa ini jugalah perut nak memulas. Ini mesti kes aku terlajak makan buah mangga pagi tadi.

Beg kertas aku sembunyikan di bawah meja Sabrina dan aku cepat-cepat berlari masuk ke dalam tandas pekerja. Baru nak duduk di mangkuk jamban, aku terdengar suara seseorang menyebut nama Izani.

"Bos itu dah ada isteri pun, masih berkepit dengan Marlisa kan?"

Marlisa? Siapa itu?

Aku tekapkan telinga ke pintu tandas. Kena dengar betul-betul ini, tak boleh hilang satu pun butiran yang mereka tengah bualkan.

"Maksud kau?"

"Kau tak tahu ke? Marlisa, manager baru dekat bahagian HR itu sebenarnya..."

Lama suara itu berjeda. Aduh, kenapa aku tak dengar suara dia ini? Takkan berbisik dengan kawan kot! Come on, bagilah aku dengar sekali. Aku kan isteri bos korang!

"Hah?! Serius lah weh?"

"Shhh! Jangan bocorkan rahsia ini. Aku tahu pun dari Kak Ya."

"Kejap, aku tak boleh hadamlah apa yang kau cakap sekarang. Marlisa itu sebenarnya ex-girlfriend bos? Tapi kalau ikut apa yang aku dengar pula, Puan Alia itulah kekasih pertama dan terakhir bos. Kan?"

Aku yang bersembunyi di dalam tandas kedua ikut menganggukkan kepala. Setuju dengan apa yang kawan itu katakan. Bukan hanya dia saja tahu benda itu tapi aku pun sama. Izani sendiri yang kata macam itu dekat aku.

You are my first and last.

"Kau ini, bengap sangat. Kau ingat lelaki macam bos itu tak tergoda ke tengok Marlisa? Kalau aku jadi lelaki pun, aku akan tergoda. Badan dia hot, rambut panjang mengurai macam dalam iklan syampu rambut. Muka pun ala-ala orang Perancis. Haa, nak dibandingkan pula dengan isteri bos yang sekarang?"

Tunang untuk Dua Bulan | RAYA [c]Where stories live. Discover now