Monthly checkup done. First ultrasound checked.
Aku menulis semua butiran yang diberitahu oleh Doktor Ilya siang tadi ke dalam buku jurnal kehamilan aku. Saja nak menulis semua ini, dari awal sehinggalah baby aku ini cukup setahun.
Nanti aku boleh imbas semula ingatan semasa hamil bila dah tua-tua, baru seronok.
Gambar ultrasound baby, aku selitkan dengan menggunakan paper clip. Tak sabarnya nak jumpa depan-depan, nak cium baby sendiri. Indahnya perjalanan hidup aku lepas bergelar ibu mengandung ini.
Minggu ini, aku dah masuk second trimester. Alhamdulillah, alahan atau sakit-sakit tak ada. Kandungan aku dalam keadaan sihat, baby pun dalam keadaan sihat.
Aku cuma rasa tak selesa bila tidur. Selalunya aku akan baring mengiring, menghadap Izani tapi sejak mengandung ini, aku asyik nak mengiring membelakangi Izani. Tak boleh tengok muka dia, mesti aku nak kacau saja.
Kejap usik matanya, kejap usik hidungnya. Geram. Tak tahu kenapa.
Bila malam saja, mesti aku tak dapat tidur. Berjaga macam burung hantu, dalam pukul empat pagi barulah aku terlena. Jenuh juga Izani melayan aku walaupun dia sendiri mamai dalam tidur.
"Hello, Sab. Bos kamu ada dekat ofis ke?"
"Ya, Puan. Sekarang bos ada meeting dengan BOD. Puan nak saya sampaikan apa-apa pesanan ke?" Sabrina selaku setiausaha Izani menanti pesanan dari aku.
Hm... aku nak pesan apa ya?
Aku saja nak tanya pasal Izani, rindu pula. Tiba-tiba saja ni. Sudahnya aku tak bagitahu apa-apa kepada Sabrina dan hanya bertukar khabar dengannya. Tak naklah dilabel sombong oleh pekerja Izani.
Nombor Tasneem, jiran sebelah aku dail. Ada benda yang aku nak minta tolong dengan dia. Tak sampai seminit, panggilan berjawab. Suara girang Tasneem mencuit hati aku.
"Hi, Kak Lia!"
"Anem... kalau akak nak singgah rumah Anem kejap, boleh?"
"Boleh je, meh la datang. Anem ada buat kuih puteri ayu."
Kuih puteri ayu? Memang aku onz la!
Aku mengunci pintu rumah dan berjalan ke rumah sebelah. Anisa dah menunggu aku di depan pagar, macam tuan puteri pula rasanya apabila dilayan begini. Perut yang kian menonjol aku usap.
Baby, hari ini kita dapat makan kuih lagi!
Tasneem hidangkan sepinggan kuih puteri ayu di atas meja di ruang tamu. Aku duduk di situ bersembang dengan Anisa dan Tasneem sampai ke petang. Macam-macam benda yang kami bualkan, topik utama adalah tentang baby.
"Bila agaknya saya pula nak merasa ada anak ini?" Anisa bersandar ke badan sofa.
"Kau itu jual mahal sangat dengan Badrul. Dia nak dekat kau, kau tak nak dekat dia. Apalah..."
"Cakap orang itu tengok kiri kanan dulu, please? Kau pun sama je, Akid itu nak dekat kau tapi kau tak nak dekat dia. Kawan itu punyalah helok dari atas sampai bawah, apa yang tak disuka tentang Akid itu pun, aku tak tahu." Anisa mencemuh.
Aku yang menjadi pemerhati hanya ketawa perlahan. Tak mahulah masuk campur urusan orang. Kalau mereka perlukan nasihat atau pendapat, baru aku akan bagi.
Aku bukannya tahu apa yang dah jadi dalam hidup mereka berdua.
"Akid itu bos aku. Takkan aku nak kahwin dengan dia? Nanti orang dekat ofis itu kata apa pula pasal aku. Akak.."
Tasneem mengalihkan pandangan kepada aku yang diam membisu.
"Akak tahu tak, bos Anem itu buat peraturan baru dalam ofis. Hanya disebabkan salah seorang staf di ofis melamar rakan sepejabat depan dia, terus dia buat rule, tak boleh bercinta sesama staf melainkan yang sudah berkahwin. Eee, gila betul!" Tasneem marah.
Nampak bengang betul dengan bos dia yang bernama Akid itu.
Aku hanya mampu gelengkan kepala. Dulu bolehlah aku nak bantah semahu-mahunya, sekarang aku dah bersuami. Perangai gila-gila pun makin hilang. Mungkin kerana dimamah usia yang kian bertambah.
"Lepas itu apa jadi dengan staf dua orang itu? Kena buang kerja ke?"
"Hah, berani dia buat macam itu? Kalau dia buat macam itu, aku nak buat aduan dekat Persatuan Buruh Malaysia. Biar dia kena tangkap, senang hati aku ini!"
Anisa ketawa. Aku pun sama.
Betul-betul bengang Tasneem dengan bos dia. Kalau betul mereka dikahwinkan, mahu terbalik rumah mereka nanti. Tak dapat aku bayangkan Tasneem kahwin dengan bos dia sendiri.
"Anem, nanti boleh tak kamu hantarkan resepi untuk buat kuih puteri ayu ini? Akak ingat nak buat surprise dekat suami akak esok."
Tasneem anggukkan kepala.
Dia terus menghantar resepi untuk membuat kuih puteri ayu itu ke dalam WhatsApp.
Esok aku akan buat kejutan di ofis Izani, nak bagi semangat kepadanya. Sekarang ini aku rasa macam dia terlampau sibuk dengan kerja, sampai terlupa tentang aku di rumah.
Bila dia balik, waktu ketika itu sudah pun lewat malam. Aku cuma tersedar apabila dia merebahkan badan ke katil selepas mandi. Dia akan baring, regangkan semua otot-ototnya dan kemudian bibir Izani akan singgah mengucup pelipis aku.
Itu saja.
Kemudian dia tidur, membelakangi aku. Macam mana aku tahu?
Aku toleh untuk melihatnya. Aku ingatkan dia merajuk dengan aku kerana aku dah tak selalu tidur menghadap mukanya. Tapi entahlah... dia tak ada kata apa-apa pun. Esok pagi, elok saja dia menyapa dan berbual dengan aku sebelum pergi kerja.
Mungkin dia nak bagi aku ruang kot. Tengah mengandung, mestilah aku akan cepat letih. Takkan dia nak kejut aku tengah malam untuk layan dia saja kan?
Aku sendiri dah terbiasa berdikari sendiri. Masa kami berada di bulan-bulan pertama perkahwinan, aku selalu buat tak tahu saja. Dia nak tidur terlentang ke, jatuh katil ke. Pagi pula aku sediakan benda yang aku nak makan saja.
Teruk betul aku dulu.
Tapi benda itu tak lama, adalah satu malam kami buat sesi luahan hati suami isteri, malam itu baru aku tahu apa yang dia inginkan dari aku sebagai isteri. Aku juga bagitahu apa yang aku inginkan dari dia sebagai suami.
Apa-apa pun dalam hubungan suami dan isteri ini, kita mahupun pasangan kenalah bertolak ansur kan? Itulah apa yang aku cuba lakukan sekarang.
Aku rasa macam aku ini terlampau pentingkan diri sendiri. Sikit-sikit nak Izani, tak dengar suara dia sehari rasa macam tak lengkap hidup. Mengada-ngada.
Haisy... harap suami aku bersabarlah dengan perangai baru aku ini sampai habis berpantang nanti.
YOU ARE READING
Tunang untuk Dua Bulan | RAYA [c]
RomanceSetelah dua tahun melayari bahtera perkahwinan, Alia dan Izani semakin bahagia. Berita gembira yang pasangan suami isteri ini inginkan akhirnya kunjung tiba. Daripada bahagia, kepada double bahagia apabila mereka bakal menjadi parents-to-be! Banyak...