Iris Lutfiya|1

21.7K 513 23
                                    

"Tahniah,encik.Bayi perempuan.." ujar Dr.Ana yang baru keluar dari ruangan pembedahan.

Irham hanya beriak bersahaja apabila mendengar kata-kata doktor yang baru selesai membedah isterinya disaat bersalin sebentar tadi.

"Saya minta diri dulu.." ujar doktor itu lagi.

Irham menganggukkan kepalanya sebelum melangkah memasuki ruangan yang ditempatkan keberadaan isterinya.

Setelah beberapa minit,seorang jururawat menolak katil kecil yang menempatkan seorang bayi perempuan.

Irham hanya memandang zuriatnya itu.Dia sebenarnya kecewa kerana tidak dapat memiliki bayi lelaki.Dia terlalu menginginkan anak lelaki.Bukan anak perempuan.

Sedangkan dia sudah tahu sewaktu mereka membuat check up.Dia ingatkan kemungkinan doktor yang membuat check up itu salah tengok.Rupanya betul.

Laura mula membuka matanya.Dia memandang suaminya yang duduk di sofa.Pelik dia.Langsung tidak teruja dengan kehadiran puteri mereka.

"Abang.." ujarnya perlahan disebabkan keadaannya yang masih lemah akibat pembedahan tadi.

Irham memandang wajah isterinya yang menegurnya.

"Abang kenapa tak dukung baby kita?"

"Abang penat lah,Laura.Abang tak cukup rehat.." ujarnya sengaja tidak mahu menjawab pertanyaan isterinya.

"Abang,tolong saya angkat puteri kita ni.Saya nak dukung dia.." kata Laura teruja.

Irham hanya menuruti permintaan isterinya.Dia mendekati katil bayi itu.Diangkatnya bayi perempuan itu lalu dihulurkan kepada isterinya.

"Abang dah cium dia?" soal Laura lagi.

"Dah.." balas Irham perlahan.

"Abang dah iqamatkan Iris?"

"Iris?"

Pelik Irham mendengar nama yang disebut isterinya.

"Saya nak namakannya Iris Lutfiya.Sedapkan,bang?"

Irham terpaksa menganggukkan kepalanya.

"Abang belum iqamatkan dia kan?Baik abang iqamatkan cepat.."

🌻🌻🌻

10 tahun kemudian,

Iris Lutfiya sudahpun memasuki umur sepuluh tahun.Dia dibesarkan dengan penuh kasih sayang dari seorang ibu.Bapanya pula hanya melayannya seakan acuh tidak acuh sahaja.

Mereka menuju ke sebuah mall.Iris Lutfiya teruja apabila ibunya membawanya masuk ke sebuah kedai permainan.

"Mama!Ris nak barbie ni!" ujarnya riang sambil segera menyambar anak patung barbie yang disukainya.

"Ambil lah,sayang.Papa belanja.Kan,abang?" ujar Puan Laura.

"Laura,apa ni?" kata Encik Irham tidak puas hati.

Bila masa pula dia berkata ingin membelanja budak itu?Suka hati isterinya sahaja berkata begitu.Sudahlah budak itu sangat manja!

"Apa salahnya,abang?Anak kita kan?"

"Bila masa dia anak saya?!"

Air muka Puan Laura mula berubah disaat suaminya berkata begitu.

Iris Lutfiya yang mendengar terus berkata,"Ris bukan anak papa ke?".

"Bukan!"

Segera Encik Irham beredar keluar dari kedai permainan itu.Iris Lutfiya sudah menangis apabila ditengking sebegitu.

Puan Laura segera mendukung anaknya itu.Dipujuk-pujuk anaknya itu.

"Shh..sayang.Papa penat tu.Ris nak yang mana tadi?Mama bayar.."

Laju sahaja tangan kecil itu menunjuk ke arah anak patung barbie yang dipegangnya tadi.

Puan Laura segera mengambil anak patung itu dan beredar ke kaunter untuk membayar.

Kemudian,selesai sahaja urusan membayar dia segera menuju ke parking kereta.Kelihatan suaminya sudah berada di dalam kereta.

Puan Laura yang mendukung si kecil mula membuka pintu kereta.Dia masuk ke dalam.

"Awak boleh tak letak dia kat tempat duduk belakang?"

"Apa masalah abang ni hah?Ris anak kita.Apa yang salahnya?" balas Puan Laura.

Sungguh dia tidak faham dengan suaminya itu.Iris Lutfiya ialah satu-satunya cahaya mata mereka.Tetapi mengapa suaminya itu seakan membenci anak sendiri?

Dia mula perasan perubahan suaminya apabila dia selesai berpantang.Suaminya itu seakan tidak ambil peduli tentang anak mereka.

Apabila anak kecil itu menangis,suaminya itu hanya membuat tidak tahu.Langsung tidak mendekati bayi kecil mereka.

"Suka hati awak lah.."

Encik Irham mengeluh.Dia segera menurunkan handbreak mula menggerakkan kereta.

🌻🌻🌻

Keluar sahaja dari pintu kereta,Puan Laura menyuruh puteri kesayangannya masuk ke dalam rumah.

Iris Lutfiya hanya menurut.

Encik Irham pula duduk di sofa.Keluhan dilepaskan.Puan Laura mendekati suaminya.

"Abang ni apa masalah sebenarnya?Abang tak malu ke marah Iris kat depan umum macam tadi tu?"

"Awak boleh stop tak cakap pasal budak tu?Rimas lah saya asyik ulang benda sama.."

"Iris tu darah daging kita.Zuriat kita.Satu-satunya,abang.Laura sedar Laura tak boleh bagi abang anak lelaki tapi tolonglah terima kenyataan.Kalau abang tak boleh terima kami,abang lepaskan Laura.Biar Laura besarkan Iris seorang diri.."

Puan Laura mula mengatur langkah ke anak tangga.Sebak hatinya dengan sikap suaminya.





15 May 2020

IRIS LUTFIYAWhere stories live. Discover now