Iris Lutfiya|53

10K 275 16
                                    

"Ya Allah,sayang!"

Razeen Fiqri sedikit terkejut dengan jeritan teruja isteri kesayangannya itu.Tangannya ditarik oleh Iris Lutfiya.

"Sayang,tengok tudung-tudung tu!Cantiknya!"

Laju sahaja dia membawa suaminya itu ke dalam butik tudung.Sungguh dia teruja melihat tudung-tudung yang ada di butik itu.

"Honey,kita datang mall ni nak shopping barang baby.Bukan nak beli tudung-tudung ni.." ujar Razeen Fiqri sambil menepuk perlahan dahinya.

Hailah bini.

"Alaa,kita shopping barang baby lain kali lah.Kita beli lah tudung ni dulu.." pujuk Iris Lutfiya beria-ria.

"No!"

"Alaa.Okay,lepas I pilih tudung,kita shopping barang baby,okay?"

Iris Lutfiya masih tidak berpuas hati.Dia berjalan ke arah tudung yang disukainya.Dia membelek-belek tudung itu.

Razeen Fiqri hanya memerhati.Nak tak nak,ikutkan jelah.

Iris Lutfiya tersenyum ke arah suami tercinta.Nampak seperti suaminya itu okay.Okay lah tu kan?

Selesai memilih dan membeli beberapa jenis tudung,mereka menuju ke kedai barangan bayi.

🌻🌻🌻

Pulang sahaja ke rumah,Iris Lutfiya tersenyum melihat tudung-tudung yang dibelinya di atas katil.

Razeen Fiqri yang memerhati berfikir seketika.Kenapa isterinya itu seakan tidak teruja melihat barangan bayi?Melihat tudung teruja pula?

"Honey,seronok sangat ke dapat tudung?" tegurnya.

"Mestilah seronok.Tudung ni ibarat nyawa I tau?"

Razeen Fiqri hanya mendengar.Nyawa isterinya ialah tudung?Pelik-pelik sahaja perangai ibu mengandung itu.

"Tapi honey,baju-baju baby ni comel tau?Takkan honey tak teruja langsung?Sayang dah bayangkan dah baby kita pakai.Comelnya.."

"Sayang,baby ni baru 4 bulan.Tak tahu pun gender dia apa.."

"Tengok dari gaya mama dia,sayang rasa baby kita perempuan.Suka makan benda manis,kuat merajuk and suka tudung.Betul tak,honey?"

Iris Lutfiya sedikit mencebik apa suaminya itu mengatakan dia kuat merajuk.

"I rasa baby boy.." bantah Iris Lutfiya dengan firasat suaminya yang tidaknpasti kesahihannya.

"Kalau baby boy,lagi sayang suka.Sayang ada geng.."

"Hurm..pape je lah.Yang pasti,I happy sangat sebab dalam bantah-bantah you,you still sudi bayarkan I punya tudung.Thank you so much,sayang.." ucap Iris Lutfiya kemudian pipi suaminya dikucup mesra.

"Sayang kan sayang bini.." ujar Razeen Fiqri bangga.

🌻🌻🌻

Puan Sri Faiza,Puan Sri Irma,Tan Sri Umar dan Tan Sri Ahmad berkunjung ke rumah mereka berdua pada petang itu.

"Rindunya kat Iris.." ujar Puan Sri Faiza sambil mencium pipi cucu menantunya kemudian memeluk tubuh Iris Lutfiya.

"Ehem!Tok ma rindu isteri Fiq je ke?Fiq ni?" kata Razeen Fiqri seakan cemburu.

"Haih,dengan bini sendiri pun nak cemburu?Kamu ni,Fiq.." kata Tan Sri Ahmad pula.

"Tok mummy,kenapa papa tak datang sekali?Ris rindu papa.." luah Iris Lutfiya.

"Paoa kamu ada hal.Dia kirim salam pada kamu berdua.." balas Puan Sri Irma.

"Waalaikumussalam.." kata Iris Lutfiya dan Razeen Fiqri serentak.

"Semua duduk lah dulu.Ris nak pergi dapur.Nak buat air kejap.." ujar Iris Lutfiya sambil berura-ura ke dapur.

Mereka yang lain duduk di ruang tamu.Razeen Fiqri meminta diri untuk melihat isteri tercinta.

Risau.

Belum sempat dia beredar ke dapur,Iris Lutfiya tiba sambil menatang dulang.Razeen Fiqri segera mengambil dulang yang dipegang isterinya itu.

Disuruh isterinya itu duduk.Biarkan sahaja dia yang buat semua itu.

Iris Lutfiya hanya membiarkan walaupun dia sebenarnya segan jika tidak tolong.

"Ris,tok mummy memang tak salah pilih kan?Sejuk mata tok mummy tengok Fiq.." ujar Puan Sri Irma.

"Fiq ni biasa je lah,tok mummy.Tak de yang special pun cuma Fiq hensem je.Sebab tu cucu tok mummy terpikat.."

Mata Iris Lutfiya sudah membulat.Suka hati sahaja suaminya itu mengenakan dirinya.Suaminya itu lupa ke buat-buat lupa siapa yang terpikat dekat siapa dulu?

"Tak kisah lah siapa pikat siapa.Janji korang bahagia.Tak sabar kami nak tengok cicit kami.." kata Puan Sri Faiza sambil memandang ke arah perut cucu menantunya yang sudah mula kelihatan.

🌻🌻🌻

Selesai sahaja makan malam bersama,atuk-atuk dan nenek-nenek mereka meminta diri untuk pulang ke rumah masing-masing.

Sudah diajak untuk tidur di rumah mereka,namun atuk-atuk dan nenek-nenek mereka tetap tidak mahu.

Iris Lutfiya duduk berehat di sofa.Dia menonton televisyen yang sudah tersedia dibuka.

Razeen Fiqri mendekati isterinya.Dilentokkan kepalanya di bahu isterinya.

"Bahu I rasa nak patah lah,sayang.Kepala you dah lah berat.." rungut Iris Lutfiya.

"Berat-berat kepala sayang pun,honey tetap tak sampai hati nak tolak.." usik Razeen Fiqri.

"Ye lah,sebab kepala you berat.Tak larat I nak angkat.Sebab tu I tak tolak.."

"Meh lah kepala honey yang ringan ni.Lentok kat bahu sayang.." kata Razeen Fiqri sambil mengangkat kepalanya dari terus dilentokkan ke bahu isterinya.

Iris Lutfiya sudah tersenyum lebar apabila suaminya itu berkata begitu.Dia pantas melentokkan kepalanya.

"Amboi!Laju je.."

"Selesanya sayang.Nak tidur lah kalau macam ni.Nanti I tertidur,you angkat I eh?"

"Yelah.."

Razeen Fiqri mengalah.Bahu isterinya diusap-usap perlahan dengan sebelah tangan.








12 Julai 2020

IRIS LUTFIYAWhere stories live. Discover now