Iris Lutfiya|54

10K 297 72
                                    

9 bulan kemudian,

Iris Lutfiya selamat melahirkan tiga orang bayi yang sungguh comel.Disebabkan dirinya banyak kehilangan darah dan lemah,dia pengsan setelah melahirkan bayi ketiga.

Razeen Fiqri yang menemani isteri tercinta,cuak melihat keadaan Iris Lutfiya sebegitu.Dia takut terjadi apa-apa pada isteri kesayangannya.

Doktor meminta dirinya keluar namun dia tidak mahu.Dia tetap mahu berada di sisi isterinya itu.

Setelah selesai pemeriksaan,doktor memberitahu yang isterinya baik-baik sahaja tetapi keadaan Iris Lutfiya lemah.

Itu sahaja.

Razeen Fiqri keluar dari bilik bersalin itu.Ahli keluarganya segera menerpa ke arahnya.

"Ris macam mana?" soal Puan Sri Irma.

"Baby okay?" soal Puan Sri Faiza pula.

"Alhamdulillah,tok mummy,tok ma.Ris selamat lahirkan anak-anak Fiq cuma dia pengsan lepas bersalin tapi doktor cakap tak de pape.Ris cuma lemah je.." balas Razeen Fiqri.

"Anak-anak?" kata Tan Sri Ahmad pelik.

Setahu mereka,Iris Lutfiya mengandung biasa sahaja tidak pula dikhabarkan mengandung kembar ke apa.

"Ris sebenarnya mengandung triplet.Kami sengaja rahsiakan dulu.."

"Bertuah punya budak!Patutlah perut Iris besar bukan main.Ish,budak ni.." bebel Puan Sri Faiza sambil sempat menampar perlahan bahu cucu kesayangannya itu.

"Apa jantina cicit-cicit kami?" soal Tan Sri Umar pula.

"Dua lelaki seorang perempuan.."

Semua mengucap syukur yang tidak terhingga.

🌻🌻🌻

Encik Irham mendukung cucu perempuannya.Dikucup perlahan pipi si kecil itu.

Iris Lutfiya sudahpun sedarkan diri.Dia mengenggam tangan suami tercinta.Air matanya mengalir.

Razeen Fiqri pantas menyeka air mata isterinya.

"Kenapa honey menangis?"

"I ingat I dah tak de peluang nak tengok baby-baby kita.." ujar Iris Lutfiya menahan sebak.

Razeen Fiqri mengucup lembut dahi isteri tercinta.

"Sayang nak ucapkan terima kasih yang tak terhingga pada honey sebab sanggup berjuang untuk lahirkan zuriat-zuriat sayang.I love you,honey.." ucapnya ikhlas.

Mengalir air mata lelakinya.Sungguh dia terharu dengan pengorbanan isteri tercintanya itu.

Iris Lutfiya menggelengkan kepalanya.

"Sayang,ni tanggungjawab I.Tak perlu ucap terima kasih.I yang patut ucap terima kasih sebab you sudi teman I tadi.."

"Sama-sama,honey.."

Mereka yang lain mendengar dan memerhati.Ketiga-tiga kembar itu sudah mula merengek.

"Tengok mama dengan papa tu.Anak-anak menangis pun tak dihiraukannya.." ujar Puan Sri Irma.

Masing-masing mengesat air mata yang mengalir membasahi pipi.Mereka memandang ketiga-tiga kembar itu.

Tersenyum mereka.

🌻🌻🌻

Hari itu merupakan hari ke 40 Iris Lutfiya berpantang.Sepanjang berpantang,Puan Sri Irma dan Puan Sri Faiza yang menguruskan dirinya.

Razeen Fiqri pula menguruskan si kembar.

Pagi itu,Iris Lutfiya berehat di atas katil.Razeen Fiqri pula sedang memandikan si kecil.

Selesai memandikan ketiga-tiga kembar itu,Razeen Fiqri meletakkan mereka ke atas katil yang sudah terdampar tilam kecil mereka bertiga.

Iris Lutfiya memandang si kecil yang berbalut dengan tuala itu.Sungguh comel.

Isyraf Raikal.

Isyraz Raiyan.

Raisya Imani.

Tiga permata yang menceriakan lagi keluarga kecil mereka.

"Sayang,you main sabun dorang ke?" ujar Iris Lutfiya apabila suaminya itu datang dekat dengannya untuk memakaikan baju untuk si kecil.

"Sayang yang mandikan dorang.Biasalah kalau bau sabun tu lekat pada sayang.Apa honey ni?"

Razeen Fiqri mula memakaikan Isyraf Raikal baju apabila isterinya siapa memakaikan si kecil itu pampers dan meletakkkan bedak.

"I tak marah you lah.I tanya je.."

"Sayang tak cakap pon honey marah.."

🌻🌻🌻

Iris Lutfiya mendukung Raisya Imani yang sudah siap berbaju itu.Geram dia dengan kecomelan si kecil.Mungkin ikut dirinya yang sudah sedia comel.Ops!

Razeen Fiqri pula mendukung Isyraf Raikal dan Isyraz Raiyan di kiri dan kanan lengannya.

"Honey,sayang ada dua little boy.Insya-Allah,besar nanti dia hensem ikut papa dia ni.." ujarnya sambil mengucup kedua-duanya.

"Tapi dorang still anak mama.." kata Iris Lutfiya tidak puas hati.

"No!Nanti dorang jadi lembut.Sayang tak nak anak-anak lelaki sayang jadi lembut.Sayang akan besarkan dorang untuk menjadi lelaki yang sejati.."

"Takkan lah I nak jadikan dorang lembut?Sayang ni.Bukan tu maksud I.Maksud I,I nak dorang manja dengan I.."

"Manja pun tak boleh!" bantah Razeen Fiqri lagi.

Iris Lutfiya sudah melepaskan keluhan.Apa salahnya kedua puteranya itu bermanja dengan dirinya?Peliklah suaminya itu.

"Kenapa tak boleh?" soalnya ingin tahu.

"Sebab nanti honey jauh dari sayang.Dorang jadi pesaing sayang.Lagi satu,sayang tetap tak nak dorang bermanja dengan honey sebab nanti dorang lupa papa dia yang berupa ni.."

Razeen Fiqri tersengih bangga.

"Sayang ni merepek lah.I tetap nak manjakan dorang.." nekad Iris Lutfiya tidak mahu mengalah.







12 Julai 2020

IRIS LUTFIYAWhere stories live. Discover now