Iris Lutfiya|4

9K 373 52
                                    

Mac 2020

Lebih kurang seminggu sahaja lagi keputusan SPM 2019 akan diumumkan.

Selepas sahaja tamat persekolahan dan selesai menjawab kertas terakhir SPM,Iris Lutfiya bekerja sambilan di sebuah kedai pakaian menjual pakaian sekolah.

Di situ dia belajar,betapa susahnya mencari duit.Susah juga menjadi meningkat dewasa.Kalau dulu,dia sentiasa berfikir.Dia ingin cepat habis sekolah.Dia ingin cepat membesar.Kerja bagus-bagus.Kan seronok macam tu?

Namun itu semua hanyalah angan-angan jika kita tiada usaha.Semua orang pasti melalui fasa kehidupan yang dia sedang lalui.Tiadanya lahir-lahir terus pandai itu ini.Semuanya kena belajar.

Dia tiba di rumah setelah tamat waktu bekerja.Masuk sahaja ke dalam rumah,kelihatan papanya sedang menonton televisyen.

Dia ingin menegur papanya namun dibatalkan sahaja niatnya.Kata-kata papanya yang ingin melayannya sebagai seorang anak hanyalah untuk memancing mamanya supaya tidak keluar dari rumah.Itu sahaja.

Hakikatnya,papanya itu memang tidak boleh menerima kelahirannya.Banyak kali papanya berkata padanya yang dia tidak boleh diharap,bawa malang pada keluarga mereka dan macam-macam lagi yang boleh menyakitkan hatinya.

Banyak kali juga dia melihat surat beranak,kad pengenalannya dan semua yang berkaitan dengan dirinya.Namanya tetap berbintikan Irham.Tiada yang ubah pun.

Tapi kenapa papanya melayannya sebegini?

"Ris,buat apa berdiri kat pintu tu?" tegur Puan Laura.

Dia kembali ke dunia yang nyata.Terkejut dengan teguran mamanya.

"Tak de pape lah.Ris naik dulu.."

"Okay.Naik atas,mandi,tukar baju pastu solat and then kita makan sama-sama.Okay,sayang?"

"Awak ni buat dia macam budak-budak.Dia dah besar.Dah boleh tanggung diri sendiri dah.." sampuk Encik Irham.

Iris Lutfiya segera menuju ke anak tangga.

"Abang ni.Saya ingatkan je.."

"Dia dah besar,Laura.." kata Encik Irham sedikit menekan.

Puan Laura segera beredar ke dapur untuk menghidangkan lauk pauk ke meja makan.Malas dia mendengar bait-bait yang keluar dari mulut suaminya.Buat sakit hati je.

🌻🌻🌻

"Kau dah banyak berdoa belum?SPM keluar minggu depan kan?"

Belum sempat Iris Lutfiya ingin menyuapkan nasi ke dalam mulut setelah selesai membaca doa makan terus terbantut.

"Abang,apa ni?"

Puan Laura memperlahankan suaranya sambil memandang suaminya di sebelah.

"Ma,Ris naik dulu lah.."

Iris Lutfiya meninggalkan meja makan dan berlari naik ke bilik.Hilang moodnya untuk makan.

Dia membuka pintu bilik kemudian menuju ke bilik air.Pili air dibuka perlahan.Dia membasuh tangannya.

Dia memandang ke arah cermin yang berada dalam bilik air itu.Matanya sudah berkaca.Perlahan-lahan air matanya mengalir membasahi pipinya.

'Aku redha jika keputusan aku minggu depan tidak memberangsangkan,Ya Allah.Aku tahu usaha aku tak setinggi orang lain..' desis hatinya.

Dia mula melangkah keluar dari bilik air.Dia menuju ke katil.Dia memeluk bantal sambil baring mengiring ke kanan.

Keadaan di meja makan kembali sunyi.Selepas selesai makan dan mengemas meja,Puan Laura mula memanjat anak tangga.

"Awak nak pergi mana tu?" soal Encik Irham.

Langkah Puan Laura mati disaat suaminya menyoalnya.Dia berpaling memandang suaminya.

"Nak suruh Iris turun makan.Kesian dia.."

"Tak payah.Kalau dia lapar,dia pandai lah cari sendiri.."

"Kenapa abang ni kejam sangat?"

"Awak cakap apa ni,Laura?" kata Encik Irham tidak puas hati.

"Saya cakap apa?Betul kan apa saya cakap?Abang tak habis-habis nak sakitkan hati Iris.."

Puan Laura menyambung langkahnya menuju ke bilik puterinya.

Bunyi ketukan pintu,menyentakkan Iris Lutfiya.Dia pantas mengesat air matanya.

"Ris,mama ni.." ujar Puan Laura.

"Kejap,ma.."

Iris Lutfiya mula berdiri dan menuju ke pintu.Pintu bilik dibuka.

"Ada apa,ma?"

"Jom makan.Ris belum makan lagi kan?"

"Tak pe lah,ma.." tolak Iris Lutfiya.

"Mama ada.Mama temankan Iris.Okay?"

Iris Lutfiya mengangguk lemah.Dia tidak sampai hati melihat mamanya sebegitu.

🌻🌻🌻

Keputusan SPM sudah dimumkan.Alhamdulillah,Iris Lutfiya berjaya memperoleh 4A-,2B+dan 1C memandangkan dia budak aliran seni visual.Jadi subjeknya sedikit.

Pulang sahaja di rumah,Encik Irham kembali menyakitkan hati Iris Lutfiya walaupun tadi di sekolah sewaktu sahabat-sahabatnya memuji Iris Lutfiya.

"Belajar tinggi-tinggi,hujung-hujung nanti masuk dapur jugak.." ujar Encik Irham.

Iris Lutfiya melepaskan keluhan.Dia menuju ke bilik.

"Abang ni nak apa sebenarnya?Iris dah berjaya banggakan kita.Apa lagi yang abang nak?"

"Saya cakap benda betul,Laura.Bukan menyindir dia pun.."

Encik Irham beredar menuju ke dapur.Tekaknya haus.Puan Laura pula hanya duduk di sofa sambil memerhati gerak geri suaminya.

Dalam hati dia sekali lagi mengucap syukur kepada Allah kerana anaknya berjaya memperoleh keputusan yang membanggakan walaupun tidak seperti yang diharapkan suaminya.

Baginya itu sudah cukup memadai.Alhamdulillah.



19 May 2020

IRIS LUTFIYAWhere stories live. Discover now