Iris Lutfiya dan Qisya Elza tiba di sebuah tasik yang menjadi tempat mereka bertiga beriadah sewaktu bujang dahulu.Agak lama juga mereka tidak ke situ.
"Rindu kan tempat ni?" ujar Iris Lutfiya sambil tersenyum.
"Aku pun sama.." kata Qisya Elza.
"Kalau Liya ada sekali mesti lagi seronok.."
Sarah Aliya tidak dapat perjumpaan mereka kerana ada hal keluarga yang tidak dielakkan.
"Erm..Ris,kau bahagia?Maksud aku,kau dengan suami kau?"
Iris Lutfiya memandang wajah sahabatnya.Pelik dengan soalan itu.
"Mestilah aku bahagia.Fiq layan aku baik.." balasnya sambil membayangkan wajah kacak suaminya.
"Dulu Han layan kau tak baik ke?"
Iris Lutfiya diam apabila nama bekas suaminya disebut bekas madunya itu.Dia sebolehnya tidak mahu mengungkit kisah lalu.
"Qis,aku dah tak nak cakap pasal hal dulu.Kau boleh tak jangan buat aku rasa bersalah semula?Aku dah ada seorang suami yang cukup baik untuk aku sekarang.Aku dah tak nak ingat lagi hal dulu.."
Qisya Elza mengenggam tangan sahabatnya.
"Ris,bagi aku tebus balik kesilapan aku yang dulu.." rayunya.
"Kau nak tebus balik apa?Aku datang sini sebab nak luangkan masa bersama sahabat aku.Bukan nak ungkit kisah tu.." kata Iris Lutfiya sedikit meninggi.
Tidak faham kenapa tiba-tiba sahabatnya itu membahaskan kisah dulu.Tangan Qisya Elza yang mengenggam tangannya dilepsskan.
"Ris,aku dah terima balasan aku.Aku dah tak boleh bagi zuriat pada Han.Rahim aku dah tak de.Kau faham kan apa yang sedang aku rasa dan lalui?Kau je yang ada,Ris.."
"Dah tu kau nak aku buat apa?Han tetap sayangkan kau,Qis.."
"Ye,dia memang sayangkan aku tapi sampai bila?Satu hari nanti dia membrontak jugak sebab tak de zuriat.Aku merayu pada kau,Ris.Kahwin semula dengan Han.Aku tak kisah kita bermadu.Aku sanggup.." rintih Qisya Elza.
Iris Lutfiya menggelengkan-gelengkan kepalanya.Tidak percaya dengan apa yang didengarinya.
"Qis!Kau sedar tak apa yang kau minta ni?Aku ni isteri orang.Takkan kau sanggup runtuhkan masjid yang baru aku bina beberapa bulan ni?Tak.Aku takkan buat kau macam tu dan aku takkan khianati Fiq.."
Qisya Elza segera memeluk tubuh sahabatnya.Dia menangis teresak-esak.Iris Lutfiya membalas pelukan sahabatnya.
"Aku minta maaf,Ris.Aku buntu.Aku tak tahu nak buat apa.."
"Qis,apa pun yang jadi,aku tahu Han takkan sesekali tinggalkan kau.Dia akan cintakan kau sampai bila-bila.." kata Iris Lutfiya sambil mengusap perlahan belakang sahabatnya.
🌻🌻🌻
Iris Lutfiya mendekati suaminya yang sibuk menghadap laptop.Lengan suaminya dipeluk.
"Honey,sayang tengah buat kerja ni.Nak manja-manja,tunggulah malam.." ujar Razeen Fiqri yang tidak selesa menaip apabila isterinya itu memeluk lengannya.
"I bukan buat apa pun.I cuma peluk lengan you je.." kata Iris Lutfiya tidak puas hati apabila suaminya itu seakan tidak suka dia memeluk lengan kepunyaan lelaki itu.
"Ye,sayang tahu tapi sayang tengah buat kerja.Malam nanti honey nak manja-manja,sayang takkan tolak.Kenapa mengada sangat ni?"
Razeen Fiqri berhenti menaip.Matanya kini fokus pada wajah putih bersih isteri tercinta.
"You tak suka ke I manja-manja,mengada dengan you?"
"Bukan tu maksud sayang.Ye lah.Peluk lah lengan sayang ni sampai putus pun tak pe.." kata Razeen Fiqri sambil sempat mengusik isterinya.
"You perli I?"
Razeen Fiqri tidak membalas.Dia kembali menghadap laptop.Iris Lutfiya membaringkan kepalanya di atas peha lelaki itu.
Dia pun tiada kerja jadi dia baring sahajalah.Lagipun,suaminya tidak mahu melayannya.Matanya ditutup rapat.
Razeen Fiqri hanya membiarkan.
🌻🌻🌻
"Honey,bangun.Dah asar ni.." kejut Razeen Fiqri.
Iris Lutfiya mengeliat seketika.Kemudian,dia menguap.Rasa mengantuk masih kian terasa.
"Lena betul honey tidur.Penat ye?"
Iris Lutfiya hanya mengangguk.Tidak larat mahu bersuara.Dia bangun dari pembaringan lalu duduk di katil itu.
Rambutnya dibetulkan.
"Honey,tadi Datin Hasna call.Sayang tolong jawabkan.Datin cakap Han dah keluar hospital.Yang sayang pelik,kenapa kena bagitahu honey?" ujar Razeen Fiqri apa teringatkan telefon isterinya itu berdering semasa isterinya itu tidur.
"Hurm..maybe saja nak bagitahu.You tak payah lah fikir yang bukan-bukan.."
"Tapi Datin tu buat macam honey masih lagi isteri anak dia sedangkan honey dah jadi isteri sayang.."
"Hurm..pape jelah.I masuk bilik air dulu.Bentang lah sejadah tu.."
Iris Lutfiya segera beredar ke dalam bilik air.Razeen Fiqri tidak puas hati apabila isterinya seakan tidak ambil kisah dengan tindakan Datin Hasna.
Langsung tidak membantah.
Dia melepaskan keluhan kemudian membentangkan sejadah untuk mereka berdua solat berjemaah.
8 Julai 2020
YOU ARE READING
IRIS LUTFIYA
Random#2020 Coverby:@nurshaziera Dia seorang gadis.Kelahirannya tidak diterima oleh bapa kandungnya hanya kerana dia bayi perempuan sedangkan si bapa terlalu menginginkan anak lelaki. Kata bapanya,lebih baik menjadi seorang lelaki kerana lelaki kuat,tidak...