Iris Lutfiya|55

10.3K 271 15
                                    

Pada petang itu,rumah mereka dikunjungi oleh Sarah Aliya bersama encik tunang dan Qisya Elza bersama Irhan Hakimie dan Alisya.

"Liya,kau tak patut tau tangguh pernikahan kau sebab aku.Serba salah lah aku pada kau.Kau pun,Az.." ujar Iris Lutfiya serba salah.

Sarah Aliya hanya tersenyum.Mujurlah tunangnya itu seorang yang jenis memahami dirinya.Keluarga bakal mertuanya juga okay sahaja.

Kebetulan pula pada sehari sebelum hari pernikahan mereka,ayah kepada tunangnya itu jatuh sakit dan dikejarkan ke hospital.Jadi pernikahan mereka terpaksa juga ditundakan.

"Tak de apa lah,Ris.Aku okay je.Tak perlu rasa bersalah.Lagipun sehari sebelum tu,ayah aku masuk hospital.Kalau bukan sebab kau bersalin pun,majlis aku dengan Liya tetap kena tunda.." balas Azfar Danial tenang.

Qisya Elza yang mendukung Alisya hanya mendengar.

"Weh,aku teringin nak makan nenas.Terliur lah tengok orang post kat ig.." kata Iris Lutfiya apabila teringat tentang buah nenas yang dilihat di laman instagram pagi tadi.

"Kau ni merepek lah,Ris.." ujar Qisya Elza seakan membantah.

"Aku betul-betul terliur.." kata Iris Lutfiya bersungguh-sungguh.

"Honey,awak tu dalam pantang lagi.Tak payah nak makan buah macam tu.." sampuk Razeen Fiqri.

Iris Lutfiya sudah mencebik.Dengar sahaja telinga suaminya apa yang mereka bualkan.Betul-betul pasang telinga tu.

Irhan Hakimie pula memandang Isyraf Raikal dan Isyraz Raiyan yang baring di atas tilam.Kepala mereka berdua diusap-usap perlahan.

Razeen Fiqri hanya memerhati.

🌻🌻🌻

Beberapa bulan kemudian,

Dengan sekali lafaz,Sarah Aliya sah bergelar isteri kepada Azfar Danial.Semua yang hadir mengucap syukur.

Setelah acara pembatàlan air sembahyang dilakukan,mereka bergambar bersama.

Razeen Fiqri mendukung kedua-dua bayi lelakinya di kanan dan kiri lengannya manakala Iris Lutfiya mendukung puterinya.

"Tahniah,Liya.Selamat pengantin baru.Terima kasih sebab jadi sahabat aku.Aku harap persahabatan kita kekal sampai bila-bila.." ucap Iris Lutfiya.

"Aku pun sama,Liya.Kau memang sahabat yang paling the best in the world.Aku takkan lupa kau.Aku sayang kau.." ucap Qisya Elza pula.

Sarah Aliya mengangguk.Terharu dengan ucapan kedua-dua sahabatnya.Mereka bertiga berpelukan.

🌻🌻🌻

Pagi itu,mereka dikejutkan dengan berita Encik Irham dimasukkan ke hospital.Semenjak diberitahu tadi,Iris Lutfiya tidak berhenti menangis.Si kembar tiga itu langsung tidak dihiraukannya.

Fikirannya cuma memikirkan papanya.Dia buntu.Macam-macam yang bakal berlaku difikirkannya.Dia belum bersedia untuk rasa kehilangan lagi.

Razeen Fiqri tidak putus-putus memberikan kekuatan dan semangat buat isteri tercinta.Dia jadi tidak tentu arah melihat keadaan isterinya sebegitu.

Sampai sahaja di hospital,Iris Lutfiya segera menerpa ke arah Puan Sri Irma.Puan Sri Faiza mengambil Raisya Imani yang berada dalam dukungan cucu menantunya.

"Tok mummy,papa macam mana?" ujarnya dengan air mata yang sudah bergenang di tubir mata.

"Papa..papa dah tak de,Ris.." kata Puan Sri Irma seakan tidak sampai hati ingin memberitahu cucu kesayangannya itu.

"Tak..tak mungkin.."

Puan Sri Irma segera memeluk erat tubuh cucunya.Iris Lutfiya menangis teresak-esak.

"Papa sakit apa?Kenapa Ris tak tahu pun yang papa sakit?Ris memang anak tak berguna,tok mummy.."

"Shh.Bukan salah Iris,sayang.Papa memang tak nak bagitahu Iris sebab tak nak Iris menangis macam ni.."

Puan Sri Irma mengusap lembut belakang badan cucu kesayangannya itu.

"Tapi kenapa tak boleh bagitahu Iris?Dulu,mama pun sakit.Mama pun tak bagitahu Iris.Mama tinggalkan Iris macam tu je.Sekarang,papa.Papa pun buat benda yang sama.."

"Ris,semua ni dah ditakdirkan.Ris kena redha.Ingat Allah,sayang.." pujuk Puan Sri Irma lagi.

Pelukan dilepaskan.

"Papa sakit apa?"

"Papa ada barah hati,Ris.Barah papa lambat dikesan.."

Iris Lutfiya tidak percaya dan tidak boleh menerima dengan apa yang didengarinya.Semuanya berlaku trlalu pantas.

🌻🌻🌻

Setelah selesai pengembumian Encik Irham,semua yang hadir beransur pulang.

"Ris,kau kena kuat.Allah lebih sayangkan papa kau.." ujar Sarah Aliya.

Terkejut juga dia dengan perkhabaran itu.Razeen Fiqri yang menghubunginya tadi.

"Aku dah tak de papa.Aku..aku masih tak percaya,Liya.Papa aku tak sempat lagi nak tengok anak-anak aku besar.."

Iris Lutfiya kembali teresak-esak.Sungguh dia sebak dengan pemergian papanya.

"Ris,kau ada kitaorang.Kau ada atuk dan nenek kau.Kau ada Fiq,Ris.Kau ada anak-anak kau.Semua sayang kau.." ujar Qisya Elza pula.

"Terima kasih sebab ada dengan aku.." hanya itu yang mampu Iris Lutfiya katakan.

Setelah itu,mereka mula beransur pulang.Iris Lutfiya hanya berkurung di dalam bilik.

Si kembar tiga itu,atuk-atuk dan nenek-neneknya yang uruskan.

Pintu bilik dibuka.Terjengul wajah suami tercinta.

"Honey.."

Razeen Fiqri mendekati isterinya.Iris Lutfiya segera memeluk tubuh suaminya.Tangisannya semakin menjadi-jadi.

"Shhh.Honey tak payah lah menangis.Biarkan papa tenang kat sana.Kita yang masih hidup ni kena teruskan hidup.Honey kena selalu doakan dorang.Anak yang soleh,doa dia makbul tau.." pujuk Razeen Fiqri sambil mengusap perlahan rambut isterinya.

Dia sudah lalui apa yang isterinya itu lalui.Jadi,dia faham apa perasaan isterinya itu.

Pelukan dileraikan.Iris Lutfiya menyembamkan kepalanya pada dada bidang Razeen Fiqri.Razeen Fiqri hanya membiarkan.






13 Julai 2020

IRIS LUTFIYAWhere stories live. Discover now