Iris Lutfiya menatap buku latihan sejarah.Dia perlu struggle untuk lulus subjek itu.Entah mengapa sejak memasuki form 5,dia seakan hilang semangat untuk belajar.
Mungkin apa yang didengarinya tempoh hari,betul.Kata papanya,dia tiada masa depan.
"Ris.."
Iris Lutfiya memandang gerangan yang menegurnya.
"Mama.."
Puan Laura menghadiahkan senyuman kepadanya.
"Ris buat apa?"
"Tengah hadam buku sejarah ni.Erm..mama.Kalau Ris tak lulus SPM,mama marah tak?"
"Ris,semua ibu bapa nak anak dorang bijak,anak dorang pandai.Mama tak marah Ris kalau Ris ada usaha untuk berjaya.Mama akan marah kalau Ris tak usaha.Biarlah papa tu.."
"Tapi kalau Ris usaha,tak berjaya jugak macam mana?"
Puan Laura menatap wajah puteri kesayangannya.
"Ris,Ris kena banyakkan doa.Mama tetap sayang Ris kalau itu dah takdir Ris tapi selagi kita boleh ubah nasib kita,kita ubah.Jangan cepat mengalah,Ris.."
Tubuh anaknya itu dipeluk erat.
"Ma,betul ke Ris bukan anak papa?Kalau Ris bukan anak papa,Ris anak siapa?Siapa papa kandung Ris?"
"Ris,pedulikan apa yang papa cakap.."
"Jadi betul lah yang Ris ni bukan anak papa?Sebab tu papa tak sayang Ris?"
Mata Iris Lutfiya mula berkaca.
"Sayang,sayang anak papa dan mama.Jangan cakap yang bukan-bukan ye,sayang?"
Iris Lutfiya mengangguk.
"Okaylah,mama tak nak ganggu Ris.Mama percaya Ris boleh buat yang terbaik.Walaupun Ris tak pandai belajar pasal dunia,tapi mama nak Ris pandai belajar pasal akhirat.Okay?"
Puan Laura mula beredar dari bilik anaknya itu.Iris Lutfiya kembali membelek-belek buku sejarah itu.
'Ya Allah,kembalikanlah semangatku untuk belajar.Aku nak papa bangga dengan keputusan SPM aku..' doanya dalam hati.
🌻🌻🌻
Keputusan percubaan SPM sudah dikeluarkan.Alhamdulillah,berkat usaha Iris Lutfiya,dia lulus namun belum cukup membuatkan Encik Irham gembira dengan keputusannya.
"Kenapa sejarah cukup-cukup makan je?!40 je?Tepat-tepat lulus?Kau ni memang tak boleh diharaplah!" kata Encik Irham.
Iris Lutfiya hanya diam dan mendengar.Entah kenapa dia terasa sebak dengan kata-kata papanya.
"Abang,janganlah marah Iris macam tu.." tegur Puan Laura.
"Budak ni memang ditakdirkan bawa malang dalam keluarga kita.Takkan awak tak rasa macam tu?!"
"Abang!Abang cakap apa ni?!Apa salah Iris pada abang?!Kalau abang benci Iris,bermaksud abang benci saya sekali!Saya yang mengandungkan dia dan saya juga yang melahirkan dia.Kalau abang tak boleh terima Iris,maksudnya abang tak boleh terima saya!Saya sedar saya tak sekaya abang.Saya sedar saya bukan menantu pilihan keluarga abang tapi ni.Ni zuriat kita.Cahaya mata kita.."
Air mata Puan Laura mula bergenang di tubir matanya.Mungkin disebabkan perkahwinan mereka yang tiada restu dari kedua ibu bapa suaminya membuatkan mereka jadi sebegini.
Tiada kebahagiaan dalam perkahwinan mereka.
Iris Lutfiya hanya mendengar.Patutlah selama ini dia tidak pernah berjumpa dengan atuk dan nenek belah papanya sedangkan mereka masih hidup.
"Mummy daddy saya tak de kena mengena dalam hal budak ni!" kata Encik Irham tidak puas hati.
"Ohh.Tak pe.Mungkin saya yang salah.Sebab saya kan abang jadi anak derhaka.Sebab saya,abang dibuang keluarga.Saya minta maaf.Saya akan keluar dari rumah ni.Saya akan bawa Iris bersama saya.Biar dia membesar dengan saya.Abang tak perlu ambil tahu lagi pasal kami berdua.."
Puan Laura mula berdiri lalu mengatur langkah namun langkahnya dihalang Encik Irham.
"Tak,Laura!Saya takkan benarkan awak tinggalkan rumah ni.."
"Baik,saya takkan tinggalkan rumah ni tapi abang kena terima Iris.Abang akan layan dia macam seorang papa layan seorang anak,boleh?"
Encik Irham melepaskan keluhan sebelum membalas.
"Okay.." balasnya perlahan kemudian sempat dia menjeling Iris Lutfiya.
Dia menuju ke anak tangga lalu naik ke tingkat atas.
Puan Laura mendekati anaknya.Iris Lutfiya memandang wajah mamanya.
"Ma,kenapa mama tak pernah cerita semua ni?Kenapa mama rahsiakan dari Iris?" ujarnya.
"Belum sampai masa yang sesuai,Ris.." balas Puan Laura.
"Sampai bila,ma?Ris dah cukup matang untuk tahu soal ni.."
"Nanti dah sampai waktu yang betul-betul sesuai,mama akan cerita.Cukuplah Iris tahu sampai situ.Sekarang ni,fokus pada pelajaran Iris.Banggakan papa.."
18 May 2020
YOU ARE READING
IRIS LUTFIYA
Ngẫu nhiên#2020 Coverby:@nurshaziera Dia seorang gadis.Kelahirannya tidak diterima oleh bapa kandungnya hanya kerana dia bayi perempuan sedangkan si bapa terlalu menginginkan anak lelaki. Kata bapanya,lebih baik menjadi seorang lelaki kerana lelaki kuat,tidak...