Iris Lutfiya|26

7K 225 7
                                    

Sudah hampir seminggu Iris Lutfiya dibenarkan pulang ke rumah.Dia ke galeri seperti biasa.

Jam di pergelangan tangan kirinya menunjukkan hampir pukul 12 tengahari.

Dia mula terbayang makanan di kafe milik Qisya Elza.Barangkali dia mengidam mungkin.

Dia mula mengemas barang-barang lukisannya.Kemudian,dia melangkah keluar dari galerinya.

Kereta dipandu menuju ke kafe sahabat baiknya itu.Sebaik sahaja tiba di kafe itu,dia terpandang ke arah Irhan Hakimie dan Qisya Elza yang berjalan beriringan keluar dari kafe.

Melihat keakraban mereka membuatkan perasaan cemburunya hadir secara tiba-tiba.Dia pantas kembali berfikiran positif.

Mungkin suaminya itu berjumpa klien di kafe itu.Jadi,mereka berdua terserempak.

Dia hanya diam memerhati di dalam kereta.Dia kemudian segera menggerakkan keretanya. Tidak jadi untuk makan di situ.Rumah Encik Irham ditujunya.

Tangan papanya disalam penuh hormat.

"Papa dah makan?" ujarnya.

"Belum lagi.Kenapa datang sini?Laki kau tak balik lunch ke?" soal Encik Irham.

"Han busy.Tu yang Iris datang.Papa nak makan apa?Iris masak.Kita makan berdua ye?"

Langkah diatur ke arah dapur.Peti sejuk dibuka.

"Aku dengar kau masuk hospital.Kenapa?"

"Err..tak de apalah.Biasalah penat sikit.Papa risaukan Iris ye?"

Senyuman nipis terukir di bibir Iris Lutfiya.

"Aku tak pernah risaukan kau.Aku cuma nak tahu je.Ibu mertua kau tu yang bagitahu aku.Kalau dia tak bagitahu,aku pun tak nak tahu lah.Aku tak kisah langsung pasal kau.Suka hati kau lah nak jadi apa pun.Aku takkan ambil tahu.."

Terhenti perbuatan Iris Lutfiya yang sedang memotong sayur itu.Dia tersentak dengan kata-kata papanya.Sungguh menusuk ke hatinya.

Riak wajahnya dikawal habis-habisan.Dia kembali menyambung menyediakan bahan masakan.

Beberapa minit kemudian,lauk pauk yang dimasak siap.Dia menghidangkan ke meja makan.

Suasana di meja makan sungguh sunyi sepi.Encik Irham begitu selera menikmati makan tengahari itu.

🌻🌻🌻

Iris Lutfiya menatap wajah lena Irhan Hakimie.Mujurlah malam itu suaminya ada bersamanya.Tidaklah dia berasa sunyi.

Dia teringat soal tadi.Dia ada bertanya kepada Irhan Hakimie tentang apa yang dilihatnya siang tadi.

Irhan Hakimie memberitahu yang dia kebetulan berjumpa klien di kafe milik Qisya Elza.Mujurlah tekaannya betul.

Dia berasa serba salah pula setelah mendapat tahu kebenaran.Tidak sepatutnya dia berasa cemburu.

Dia mengusap lembut rambut suaminya.Pipi suaminya dikucup mesra.

"I love you,Han.." ujarnya sambil tersenyum.

Dia kemudian membaringkan tubuhnya di sebelah suaminya.Dia mengiring ke kiri menghadap suaminya.Selimut ditarik bagi menutupi tubuhnya.

Keadaan di luar hujan renyai-renyai menyebabkan kesejukkan semakin kian terasa.

🌻🌻🌻

Aqif Iman tiba di kaunter pembayaran apabila selesai menjamu selera.Qisya Elza yang duduk di kaunter pembayaran hanya sibuk dengan kalkulator.

"Awak masih belum berterus terang dengan Iris?"

Terhenti kiraan Qisya Elza.Dia mula mengangkat wajahnya memandang Aqif Iman.

"Saya rasa tak sesuai nak cakap soal tu kat sini.."

"Sampai bila awak nak tipu Iris?Awak memang cintakan Irhan ke?"

"Salah ke saya cintakan suami saya sendiri?Awak tak tahu pape,Aqif.Awak tak faham apa yang saya rasa.Nia,tolong gantikan akak.."

Qisya Elza segera beredar dari situ.Nia mula mengambil alih tempat majikannya.

Aqif Iman hanya memerhati Qisya Elza.Sehingga ke hari ini dia masih mencintai gadis itu.Entah mengapa begitu susah dia ingin membuang perasaan cinta terhadap Qisya Elza.

Selesai membuat pembayaran,dia melangkah keluar dari kafe itu.Tempat letak kereta ditujunya.Pintu kereta dibuka lalu masuk ke dalam.




20 Jun 2020

IRIS LUTFIYAWhere stories live. Discover now