Irhan Hakimie tersedar dari lena yang begitu nyenyak.Tangannya yang memeluk pinggang Iris Lutfiya dialihkan.
Dia mula bangun dari pembaringan.Rambutnya dirapikan.Serentak itu,Iris Lutfiya mencelikkan matanya.
"You nak pergi mana?" ujarnya yang masih mengantuk itu.
"I nak pergi surau kejap.Subuh nak masuk dah ni.You rehatlah.I pergi sekejap je.." balas Irhan Hakimie.
Iris Lutfiya menganggukkan kepalanya.
Beberapa minit kemudian,Iris Lutfiya setia menunggu kedatangan suaminya semula.Dia bersamdar di kepala katil.
Dia mula berasa ingin membuang air kecil.Perlahan-lahan dia menuruni katil itu.
"You nak pergi mana ni?" kata Irhan Hakimie yang baru sahaja tiba di bilik itu.
Terkejut dia masuk-masuk sahaja isterinya itu sedang perlahan-lahan menuruni katil.
"I nak pergi bilik air.." balas Iris Lutfiya sambil tersengih kecil.
Dia pasti suaminya itu mesti risau akan keadaannya.Bahagianya rasa.
"I teman you.."
"Tak pe.I still boleh jalan lagi,Han.Don't worry,okay?"
Iris Lutfiya menolak pelawaan suaminya.Langkah diatur ke bilik air yang berada di dalam bilik itu.
Irhan Hakimie mengikuti langkah isterinya dari belakang.Iris Lutfiya yang menyedari hanya membiarkan.
Dia pantas masuk ke dalam bilik air.Belum sempat dia menutup pintu bilik air itu,Irhan Hakimie menahan kemudian menyampaikan pesanan.
"Jangan kunci pintu ni.I ada kat luar.Apa-apa jerit je.."
"Okay.."
🌻🌻🌻
Bilik yang menempatkan Iris Lutfiya semakin meriah dengan kehadiran Qisya Elza dan Sarah Aliya.
Iris Lutfiya teruja melihat perut Qisya Elza yang memboyot.Irhan Hakimie setia berada di sisinya.
"Qis,apa gender baby kau?Comel lah aku tengok keadaan kau sekarang.." ujar Iris Lutfiya.
"Lelaki.." balas Qisya Elza.
"Wow,bestnya.Aku kalau boleh nak juga anak aku yang ni lelaki tapi kalau perempuan pun aku okay je.Muka dia tetap ikut aku atau muka Han.Kan,you?You rasa baby kita ni jantina apa?" sempat Iris Lutfiya menanyakan soalan iti kepada Irhan Hakimie.
"I tak kisah,Ris.Mana-mana pun okay.."
Qisya Elza hanya memendam perasaannya.Sedaya upaya dia cuba mengawal perasaan cemburunya.Dalam pada masa yang sama,dia terfikir.Layakkah dia cemburu?
"Aku rasa aku dengan Qis macam kacau masa korang berdua pulak.Sweet sangatlah,Ris.." kata Sarah Aliya.
Iris Lutfiya tersenyum lebar.
"Kau ni.Mana ada korang kacau masa aku dengan Han.Rileks lah.." ujar Iris Lutfiya tidak lama kemudian.
Tiba disaat itu,pintu terkuak.Terjengul wajah Datin Hasna.
Datin Hasna memeluk erat tubuh Iris Lutfiya.Qisya Elza hanya memerhati.
Sungguhpun Datin Hasna masih memberikan layanan yang baik terhadapnya namun dia tahu ibu mertuanya itu belum merimanya sebagai menantu.
Irhan Hakimie memandang sekilas Qisya Elza kerana takut ada yang perasan.Dia faham perasaan isterinya itu yang sedang memerhati kemesraan Datin Hasna dan Iris Lutfiya.
"Ris okay?"
"Okay je,mummy.Doktor dengan nurse kat sini jaga Ris dengan baik tapi Ris lagi baik bila Han yang jaga Ris.Lena Ris tidur dalam pelukan Han malam tadi,mummy.."
"Baguslah tu.Dah tahu bila boleh keluar?" soal Datin Hasna sambil masih tersenyum kerana suka mendengar cerita menantunya tentang malam tadi.
"Doktor cakap kalau tak de pape esok dah boleh keluar.."
"Mummy rasa Ris kena duduk dengan mummy lah dalam keadaan macam ni.Han bukannya sentiasa ada kat rumah.Mummy risau lah.." cadang Datin Hasna.
"Han tak de halangan,my.." Irhan Hakimie mula bersuara.
"Memanglah kamu tak de halangan.Haih.Ris ni kena dijaga betul-betul.Hati perasaan dia sekali.." kata Datin Hasna penuh makna.
"Kami balik dulu lah.Takut jem pulak.." ujar Sarah Aliya sambil meminta diri.
Dia dan Qisya Elza bersalaman dengan Datin Hasna dan Iris Lutfiya.
Sempat Irhan Hakimie dan Qisya Elza berbalas pandangan.
18 June 2020
YOU ARE READING
IRIS LUTFIYA
Random#2020 Coverby:@nurshaziera Dia seorang gadis.Kelahirannya tidak diterima oleh bapa kandungnya hanya kerana dia bayi perempuan sedangkan si bapa terlalu menginginkan anak lelaki. Kata bapanya,lebih baik menjadi seorang lelaki kerana lelaki kuat,tidak...