"Kau sedar tak apa kau dah buat ni?" kata Akmal Wafiey tidak berpuas hati dengan tindakan sahabat baiknya itu.
Irhan Hakimie sudahpun menceritakan segala-galanya kepada sahabatnya itu.Tidak menyangka pula sahabatnya itu tidak bersetuju dengannya.
"Aku sedar.." balasnya perlahan.
"Kalau kau sedar kau takkan kahwin dengan kawan baik tunang kau sendiri lah,Han!Kau tak kesiankan Iris ke?Cuba kau fikir,kalau dia dapat tahu.Tak ke hubungan persahabatan Iris dengan Qisya terputus?Kau ada fikir tak sebelum kau ambil keputusan untuk kahwin dengan Qis?Ada kau fikir?"
"Aku cintakan Qisya.Salah ke aku kahwin dengan dia?Lagipun aku nak selamatkan maruah dia.Kau tak kesian ke kat dia?Bakal suami dia tak datang waktu majlis pernikahan.Tak ke dia malu?"
Akmal Wafiey sedikit terkejut dengan pengakuan sahabatnya.
"Memang salah!Salahnya sebab kau tunang Iris!Salahnya sebab kau cintakan Qisya!Salah,Han!Kalau kau tak suka Iris,kenapa tak bantah bila mummy kau nak tunangkan korang?"
"Sebab waktu tu aku fikir aku dah tak de harapan untuk memiliki Qisya.Sebab tu aku terima Iris.." jujur Irhan Hakimie berkata.
Sampai ke hari ini dia masih belum mencintai Iris Lutfiya.Dia cuba namun tetap sama.
"Aku tak sangka kau sanggup buat Iris macam ni.Kau lukakan hati dia,Han.Iris punyalah baik tapi kau gunakan dia?Tergamak kau buat dia macam ni kan?" kata Akmal Wafiey kecewa.
"Aku akan cuba berlaku adil dengan dorang.Aku akan cuba jadi suami yang terbaik untuk dorang.." nekad Irhan Hakimie.
"Kau still nak teruskan majlis kau dengan Iris?Kau memang tak guna,Han!Aku nak tengok berapa lama kau mampu simpan kenyataan bila kau dengan Iris dah kahwin nanti yang Iris tu isteri kedua kau!"
Akmal Wafiey segera berdiri dan beredar meninggal perkarangan restoran itu.Irhan Hakimie meraup wajahnya.
'Maafkan I,Ris..' desisnya di dalam hati.
Fresh orange dihirup.
🌻🌻🌻
Iris Lutfiya tiba di perkarangan hospital.Pintu bilik yang menempatkan mamanya dibuka perlahan.
Kelihatan mamanya sedang tidur.Dia mencapai tangan mamanya.Perlahan-lahan air matanya turun.
"Ma,jangan tinggalkan Ris lagi.Ris tak puas nak bermanja dengan mama.." ujarnya perlahan.
Encik Irham yang baru tiba sempat mendengar kata-kata 'anak'nya.
"Kau doalah banyak-banyak.Doa kau kan makbul.."
Iris Lutfiya sedikit terkejut mendengar suara papanya.Tahu lah dia dengan kehadiran papanya.
"Ris,kenapa lah kau bukan lelaki erk?Kau nak tahu tak?Lelaki ni kuat.Tak macam perempuan.Lembik.Sikit-sikit menangis.Menyusahkan.Kalau aku ada anak lelaki,macam-macam aku boleh harap kat dia.Kau?Apa je yang boleh aku harapkan?"
Iris Lutfiya cuba untuk tidak menghadam kata-kata papanya.Dia melepaskan tangan mamanya.
"Pa,papa memang bencikan Iris sangat ke?" ujarnya berani namun dia tidak berani mahu bertentangan mata dengan papanya.
"Bukan setakat benci.Kalau boleh muka kau pon aku tak nak tengok.."
Air matanya bergenang di tubir mata diseka.Dia tidak mahu tunjuk lemah di hadapan papanya.
"Tapi kenapa?Apa salah Ris?" ujarnya sambil bergetar nada suaranya.
"Sebab kau perempuan.."
"Mama pon perempuan,pa.."
"Kau keluar lah.Sakit mata aku tengok kau.." halau Encik Irham.
Iris Lutfiya hanya menurut.Jika tidak,macam-macam ayat yang dikeluarkan Encik Irham untuk menyakitkan hatinya.
Dia membuka pintu bilik lalu duduk di kerusi yang berada di luar bilik itu.
Tanpa dia sedar,seseorang memerhatinya.Puan Sri Irma hanya memerhati dari jauh.Ingin pergi dekat takut gadis itu pelik pula nanti.
Air mata Iris Lutfiya yang ditahannya tadi mengalir juga.Dia kadang-kadang terfikir.Adakah sampai bila-bila dia tidak dapat kasih sayang dari seorang lelaki yang bergelar papa?
"Ris.."
Iris Lutfiya segera memandang gerangan itu.Bibirnya menguntumkan senyuman.Air mata segera diseka.
"Kenapa you menangis ni?" ujar Irhan Hakimie.
"Err..tak de pape lah.You dari mana ni?"
"I dari ofis.."
"Ohh.."
"Betul you tak nak share dengan I?Ni soal papa you ke?"
Irhan Hakimie sudah sedia maklum tentang hubungan tunang dengan bakal bapa mertuanya.
Dia juga pelik.Ada juga seorang bapa yang tidak suka pada anaknya sendiri?
Disebabkan itu juga kadang-kadang dia berasa serba salah pada tunangnya itu.Dia menerima tunangnya hanya kerana kesian.
Namun,dia sudah bernekad mahu menjaga dan berlaku adil kepada kedua-dua gadis yang digelar isterinya.
"Erm..you don't worry,okay?I dah biasa.."
"Okay.You dah nak balik ke ni?"
"Ha'ah.."
"I teman you pergi kat kereta.."
"Okay.."
27 May 2020
YOU ARE READING
IRIS LUTFIYA
Random#2020 Coverby:@nurshaziera Dia seorang gadis.Kelahirannya tidak diterima oleh bapa kandungnya hanya kerana dia bayi perempuan sedangkan si bapa terlalu menginginkan anak lelaki. Kata bapanya,lebih baik menjadi seorang lelaki kerana lelaki kuat,tidak...