Iris Lutfiya tiba di tanah perkuburan islam yang menempatkan arwah mamanya setelah pulang dari galeri.
Kelihatan seorang lelaki dan seorang wanita sedang menziarahi kubur arwah mamanya.
Puan Sri Irma terpandang ke arah Iris Lutfiya.Dia kelihatan sedikit terkejut dengan kehadiran cucu tunggalnya itu.
"Err..assalamualaikum.Aunty dan uncle ni siapa ye?Saya tak pernah nampak pun sebelum ni.Kenalan arwah mama saya ke?" ujarnya ramah.
"Ye,kami kenalan arwah mama kamu.Baik arwah mama kamu ni.." balas Tan Sri Umar tenang.
"Ohh.."
Puan Sri Irma dan Iris Lutfiya bersalaman.Puan Sri Irma sempat memeluk erat cucunya itu.Melepaskan kerinduan.
Iris Lutfiya hanya membiarkan.Dia sebenarnya agak terkejut juga dengan tindakan wanita itu.
"Kami pulang dulu ye?"
"Terima kasih sebab ziarah kubur arwah mama saya.."
"Sama-sama.."
Kepala Iris Lutfiya tiba-tiba terasa berat.Matanya mula terasa berpinar-pinar.
Dia kemudian rebah di situ.
"Iris!" jerit Puan Sri Irma.
Risau takut terjadi apa-apa pada cucunya itu.
🌻🌻🌻
Buka sahaja mata,dia terlihat ada Datin Hasna di sisi kanannya.
"Ris,Ris dah sedar?"
Iris Lutfiya mengangguk perlahan.Tidak larat untuk bercakap.
"Ris ni buat mummy terkejut je.Risau mummy tau tak?Doktor cakap Ris kurang rehat.Ris tahukan Ris tengah pregnant.Mana boleh penat-penat.." ujar Datin Hasna lagi.
Dia masih lagi terkejut apabila mendapat berita yang menantu kesayangannya itu tiba-tiba pengsan tetapi yang paling dia terkejut disaat tiba di hospital wajah Tan Sri Umar dan Puan Sri Irma yang ada menemani Iris Lutfiya.
Bila masa mereka berjumpa?Itu soalan yang bermain di mindanya.
"Err..my.Han mana?" soal Iris Lutfiya sambil matanya melilau mencari kelibat suaminya.
"Han dalam perjalanan.Jangan risau,okay?"
"Erm..aunty dan uncle tadi mana?"
Kini matanya tercari-cari pula kelibat lelaki dan wanita tadi.Dia pasti,merekalah yang menghantarnya ke hospital.
"Maksud Iris,Puan Sri Irma dan Tan Sri Umar?"
"Tan Sri?Puan Sri?Iris tak tahu pun pangkat dorang.Dorang nampak biasa je.Baik.."
"Iris jumpa dorang kat mana tadi?"
"Kat kubur mama.."
"Ohh.."
Fahamlah Datin Hasna.Nampaknya gaya kedua orang tua besannya sudah dapat menerima kenyataan mungkin.
🌻🌻🌻
Datin Hasna duduk di kerusi yang ada di luar bilik yang menempatkan Iris Lutfiya.
Irhan Hakimie tiba bersama Qisya Elza.
"Patutlah bukan main lambat.Ajak Qisya rupanya.Han,Han boleh tak beri perhatian kat Iris sekejap?Iris tu tengah sakit.." ujar Datin Hasna tidak puas hati.
"My,Qis pun isteri Han.Apa salahnya?"
Qisya Elza hanya diam.Tidak berani menatap wajah ibu mertuanya.
"Han,masuk.Jenguk Iris.Jaga dia malam ni.Qis,kamu jenguk Iris esok je.Mengalah sikit ye?Kamu tidur rumah aunty malam ni.Jom.."
Datin Hasna mula mengatur langkah.Melihat Qisya Elza yang tidak berganjak,dia berpatah semula.
"Jangan risau,Han.Mummy tak kejam lagi nak apa-apakan Qisya ni.Jom.."
Irhan Hakimie dan Qisya Elza bersalaman.Sempat dia mengucup lembut dahi isterinya itu.
Dia kemudian memulas pintu yang menempatkan Iris Lutfiya.Kelihatan Iris Lutfiya sudah pun melelapkan mata.
Dia mendekati Iris Lutfiya.Tangan kanan Iris Lutfiya dicapai lalu digenggam erat.
"Maafkan I,Ris.I bukan suami yang terbaik untuk you.." ujarnya.
Lena Iris Lutfiya terganggu.Matanya dicelikkan.Terus dia tersenyum melihat wajah suami tercinta berada di sisinya.
"Han!"
"Shh.You rehat,okay?"
"Erm..mummy ada bagitahu you pape tak?"
"Tak de.Mummy cuma cakap you tak sihat.Kenapa sampai boleh pengsan ni?"
Iris Lutfiya melepaskan nafas lega.Mujur ibu mertuanya tidak memberitahu berita itu.Kalau tidak,tak surprise lah nanti.
"I tak sihat pon sebab you lah.You yang buat I tak sihat.You jahat!"
Iris Lutfiya tersengih.Sengaja dia berkata begitu.
Irhan Hakimie mula cuak.Adakah rahsianya yang disimpan kemas itu sudah terbongkar dan menyebabkan Iris Lutfiya pengsan?
"I'm so sorry,Ris.I tak bermaksud pon nak.."
Belum sempat Irhan Hakimie menghabiskan kata-katanya,Iris Lutfiya sudah memintas.
"I'm pregnant!Ish,bukan salah you pun.I happy sebab ada zuriat bersama you.Jangan rasa serba salah,okay?"
Irhan Hakimie berasa sedikit lega mendengar kata-kata Iris Lutfiya.Ingatkan rahsianya sudah terbongkar.
"Thank you,Ris.I harap you dan baby sihat selalu.." ucapnya.
"Okay.Hurm..sinilah baring sebelah I.You mesti penat.Sorry kalau I selalu susahkan you.."
Iris Lutfiya berganjak ke tepi sedikit bagi membolehkan suaminya itu baring di sebelah.
"Tak pe lah.I boleh baring kat sofa tu.." tolak Irhan Hakimie.
"Tak pe.I tak nak you sakit badan tidur atas sofa tu.Sini.."
Irhan Hakimie terpaksa mengalah.Iris Lutfiya memeluk pinggang suaminya.Matanya kembali dipejamkan.
14 Jun 2020

ANDA SEDANG MEMBACA
IRIS LUTFIYA
Random#2020 Coverby:@nurshaziera Dia seorang gadis.Kelahirannya tidak diterima oleh bapa kandungnya hanya kerana dia bayi perempuan sedangkan si bapa terlalu menginginkan anak lelaki. Kata bapanya,lebih baik menjadi seorang lelaki kerana lelaki kuat,tidak...