Tengahari itu,Iris Lutfiya menuju ke pejabat suami kesayangannya.Awal-awal lagi,Razeen Fiqri sudah memberitahu dia yang tidak jadi untuk lunch bersama.
Dia tiba di muka pintu bilik suaminya.Kelihatan suaminya itu sedang sibuk menghadap laptop kemudian menaip.
Pintu bilik diketuk.
Razeen Fiqri yang sedang menaip terdengar bunyi ketukan pintu.Dia memandang ke arah pintu kaca biliknya.
Terkejut dengan kehadiran isteri tercinta.Dia pantas berdiri.Iris Lutfiya menolak pintu kaca itu.
Tangan suaminya disalam penuh hormat.
"Kenapa tak cakap honey nak datang?" soal Razeen Fiqri.
"Tak suka lah tu I datang sini.Okaylah,I balik dulu.."
Iris Lutfiya berura-ura mahu keluar semula dari bilik suaminya itu.Dia tersengih.
Razeen Fiqri pantas menghalang laluan isterinya.Bukan itu lah maksud dia.
Dia cuma terkejut dengan kedatangan tiba-tiba Iris Lutfiya ke pejabatnya sedangkan pagi tadi dia sudah memberitahu yang dia sibuk dan tidak dapat makan tengahari bersama.
"Mana ada sayang tak suka dengan kedatangan honey.Sayang suka.Kalau boleh,sayang pergi kerja nak angkut sekali honey datang sini.Ni naik teksi lah ni kan datang sini?"
Iris Lutfiya tersengih kemudian menganggukkan kepalanya.Pandai sungguh suaminya itu mengagak.
"Suka hati je nak angkut I.Ingat I barang ke nak angkut-angkut?"
Razeen Fiqri tersenyum.
"Ish,sayang tak suka honey naik teksi.Lain kali jangan buat lagi tau?"
"You yang tak bagi I bawa kereta sendiri.So,jangan salahkan I,okay?"
"Yelah.Sayang jugak yang salah.."
Razeen Fiqri mengalah kemudian dia menarik tangan isterinya lalu diajak duduk di kerusi.
Dia kemudian duduk berhadapan isterinya.
"I bungkuskan you nasi ayam.Okay kan?" kata Iris Lutfiya sambil meletakkan bungkusan plastik yang berisi dua polisterin.
"Okay je tapi sayang lagi suka air tangan honey.."
🌻🌻🌻
Selesai makan bersama,Razeen Fiqri bergegas ke bilik mesyuarat kerana ada meeting penting.
Iris Lutfiya mengemas meja dan membuang sisa makanan yang mereka makan tadi.
Setelah selesai mengemas,dia duduk seketika di kerusi suaminya.Berangan sekejap menjadi bos besar.
Dia tersenyum seorang diri.Tiba disaat itu,dia terpandang ke arah frame yang terdapat di atas meja.
Semua gambar suaminya namun ada satu gambar suaminya bersama seorang gadis.
Mungkin itulah arwah tunang suaminya itu.Lama juga dia menatap wajah gadis itu.
Cantik.
Sopan.
Memang sama padan lah dengan suaminya jika hendak dibandingkan dengan dirinya.
Kemudian,dia mula melangkah keluar dari bilik itu.
🌻🌻🌻
Alhamdulillah,Irhan Hakimie sudah sedarkan diri.Dia pelik kenapa isterinya itu masih muram sedangkan dia sudah sedar.
"Sayang.." ujarnya.
"Abang,Qis nak minta maaf.Qis tak jaga anak kita dengan baik.Anak kita dah tak de,bang.Semua ni salah Qis.." kata Qisya Elza sambil mula tersedu sedan.
Terkejut Irhan Hakimie mendengar kata-kata isterinya.Tidak menyangka kemalangan yang menimpa diri mereka tempoh hari,mengakibatkan nyawa anak mereka melayang.
"Tak,sayang.Semua ni salah abang.Abang yang tak berhati-hati bawa kereta.Sayang tak salah.." pujuknya.
"Qis izinkan abang kahwin satu lagi.." ujar Qisya Elza sambil menahan sebak di dada.
Sungguh dia tidak dapat menerima berita itu sewaktu doktor memberitahunya secara personal.
"Sayang cakap apa pula ni?Jangan merepek.Abang takkan duakan sayang.."
"Qis tak merepek.Qis..Qis dah tak boleh mengandung lagi,abang.Kemalangan tu menyebabkan doktor terpaksa buang rahim Qis.Qis takkan boleh lahirkan zuriat abang lagi.."
Irhan Hakimie terdiam.Dia pantas memeluk tubuh isterinya.Qisya Elza menangis di dalam pelukan suaminya.
🌻🌻🌻
Iris Lutfiya merendamkan kakinya di dalam kolam renang pada malam itu.Razeen Fiqri mendekati isterinya.
"Honey buat apa kat sini?"
"Tak de apa.Saja ambil angin.."
Razeen Fiqri turut merendamkan kakinya.Kepalanya disandarkan di bahu isterinya.
"Sayang,arwah tunang you tu cantik lah.." ujar Iris Lutfiya tiba-tiba.
Razeen Fiqri mengangkatkan kepalanya.Pelik dengan kata-kata Iris Lutfiya.Tiba-tiba sahaja membahas soal arwah tunangnya.
"Kenapa tiba-tiba cakap pasal arwah El?"
"Saja.Tadi waktu I kemas meja you,I terpandang frame gambar kat atas meja tu.I nampak satu gambar ni.Gambar you dengan seorang perempuan.I fikirlah dia arwah tunang you.."
"You cemburu eh?" duga Razeen Fiqri.
"Tipu lah kalau I tak cemburu.You ceritalah serba sikit pasal dia.Selama ni,you tak pernah cerita pun dia tu macam mana orangnya,perwatakan dia.You tahu semua pasal I tapi I tak tahu pasal kisah silam you.."
"Tak nak lah.Sayang tak nak buat hati honey sakit.Lagipun,tu kisah lama.El pun mesti tak nak sayang sakitkan hati honey.Lagi satu,sayang nak minta maaf sebab masih simpan gambar arwah El.." kata Razeen Fiqri serba salah.
"Tak pe.."
Razeen Fiqri mengambil tangan isterinya lalu dicium beberapa kali.
"Sayang beruntung dapat seorang isteri yang cantik dan baik hati macam honey.Terima kasih sebab sudi terima sayang sebagai suami.." ucapnya ikhlas.
"Sama-sama,sayang.I pun nak ucap terima kasih pada sayang sebab sudi terima I sebagai isteri you.Terima baik buruk I.."
"Sama-sama,honey.."
Razeen Fiqri mengucup dahi Iris Lutfiya.Iris Lutfiya tersenyum bahagia.Angin yang menyapa menghangatkan lagi suasana.
7 Julai 2020

ANDA SEDANG MEMBACA
IRIS LUTFIYA
Random#2020 Coverby:@nurshaziera Dia seorang gadis.Kelahirannya tidak diterima oleh bapa kandungnya hanya kerana dia bayi perempuan sedangkan si bapa terlalu menginginkan anak lelaki. Kata bapanya,lebih baik menjadi seorang lelaki kerana lelaki kuat,tidak...