Puan Laura tersenyum lebar pada malam itu kerana puteri tunggalnya pulang dan bermalam di rumahnya.
Seleranya bertambah tatkala satu meja dengan Iris Lutfiya.Setelah selesai makan,Iris Lutfiya mengemas meja makan dan mencuci pinggan mangkuk di singki.
Puan Laura tidak dibenarkan sama sekaki membantunya.Dia mahu mamanya berehat.
Kemudian,dia mendekati mama dan papanya apabila selesai mengemas di dapur.
"Ma,mama macam mana?" soalnya.
"Mama macam ni lah,Ris.Biasa je.." balas Puan Laura.
"Dah lah.Jom tidur.Awak tu kena rehat.."
Encik Irham menarik tangan isterinya dan dibawa menuju ke anak tangga.
Iris Lutfiya hanya memerhati.Dia belum puas sebenarnya mahu melepaskan rindu bersama mamanya.
Seminggu ini dia sibuk di galeri seninya.
🌻🌻🌻
Keesokkan harinya,mereka solat subuh berjemaah di bilik yang direka khas untuk solat.
Itupun,di atas permintaan Puan Laura.Encik Irham terpaksa menurut kehendak isterinya.
Semasa di rakaat terakhir,Puan Laura kaku dalam keadaan bersujud.
Selesai memberi salam,Iris Lutfiya hanya memerhati mamanya.Fikirannya mungkin mamanya mahu sujud lebih lama sedikit.
Haih,macam tak logik pula.Dia mengoncang tubuh mamanya.
"Ma.."
Encik Irham memusingkan tubuhnya apabila terdengar suara Iris Lutfiya memanggil mamanya.
"Tepi lah budak!"
Tangan Iris Lutfiya ditepis supaya tidak menyentuh isterinya.Kepala isterinya diangkat lalu diletakkan di pehanya.
"Laura.."
Pipi isterinya ditepuk beberapa kali namun tiada respon.
Encik Irham memegang tangan isterinya lalu memeriksa nadi isterinya.
Tiada denyutan nadi yang dirasanya.
"Laura!Bangun,Laura!Awak tak boleh tinggalkan saya macam ni!"
Iris Lutfiya sudah menangis.Tidak percaya mamanya akan pergi meninggalkannya secepat ini.
"Kau tengok apa kau dah buat,Ris!Kau punca isteri aku mati!"
🌻🌻🌻
Pengembumian Puan Laura selesai.Iris Lutfiya masih duduk di atas tikar yang terbentang.
Kedua-dua sahabatnya memeluk erat tubuhnya.
"Ris,kau sabar ehh?Allah ambil mama kau sebab DIA sayang mama kau.Kau kena redha.." ujar Sarah Aliya.
Qisya Elza mengangguk kepalanya tanda bersetuju dengan kata-kata Sarah Aliya.
"Kau pergi balik lah budak.Semak je kat sini.Sebab kau mama kau mati!" kata Encik Irham panas melihat Iris Lutfiya yang menangis di hadapan kubur isterinya.
"Irham,apa you cakap macam tu?Iris ni anak you.Kalau arwah masih ada mesti dia kecewa you cakap macam tu.." tegur Datin Hasna.
Dari jauh,Puan Sri Irma dan Tan Sri Umar memerhati mereka.Terkejut juga mereka dengan kematian menantu mereka.
Setelah agak lama memerhati,mereka mula meninggalkan perkarangan tanah perkuburan.
"I cakap benda betul.You tak payah back up dia.."
Encik Irham segera beredar dari situ.Tinggallah Iris Lutfiya bersama sahabat-sahabatnya dan Irhan Hakimie serta bakal ibu mertuanya.
"Ris,kita balik ye?" ujar Qisya Elza.
Iris Lutfiya mula berdiri.Bahunya dipapah kedua-dua sahabatnya.Irhan Hakimie dan Datin Hasna mengekori mereka dari belakang.
"Han,mummy minta tolong sangat.Jaga perasaan Iris.Bagi dia semangat sikit.Lupakan Qisya kejap.." bisik Datin Hasna perlahan.
Irhan Hakimie hanya mendengar.Langkah diatur ke kereta.
🌻🌻🌻
Iris Lutfiya dipaksa bermalam di rumah keluarga tunangnya.Kata Datin Hasna,dia risau jika Encik Irham berbuat sesuatu yang tidak diingini terhadap dirinya.
Dia memeluk tubuh sambil memandang air kolam renang.Dia melepaskan keluhan.
"Ris.."
Iris Lutfiya membetulkan selendang yang menutupi kepalanya dari ditiup angin.
Wajah encik tunang dipandang namun hanya seketika.
"Are you okay?" soal Irhan Hakimie.
Ikutkan hati,dia tidak mahu bermalam di rumah mummynya.Dia mahu menemani Qisya Elza yang keseorangan di rumah.
"Kalau I tak okay,kena okay juga kan?I tak sangka mama akan pergi secepat ni.I terkilan juga sebab mama tak sempat tengok kita kahwin.." balas Iris Lutfiya sambil tersenyum nipis.
Irhan Hakimie membetulkan rambutnya yang ditiup angin.Dia memandang bintang-bintang yang berada di langit.
"Err..I masuk dulu lah.You pon rehat lah.." katanya tidak lama kemudian.
"Kejap lagi I masuk.I nak ambil angin malam kejap.."
"Okay.Good night.."
Iris Lutfiya senyum.
"Good night too.Sweet dream.."
30 May 2020

ANDA SEDANG MEMBACA
IRIS LUTFIYA
Random#2020 Coverby:@nurshaziera Dia seorang gadis.Kelahirannya tidak diterima oleh bapa kandungnya hanya kerana dia bayi perempuan sedangkan si bapa terlalu menginginkan anak lelaki. Kata bapanya,lebih baik menjadi seorang lelaki kerana lelaki kuat,tidak...