Perut mereka berdua sudahpun kenyang setelah selesai makan tengahari bersama di rumah memandangkan Iris Lutfiya tidak ke galeri.
Razeen Fiqri berkerja separuh hari pada hari itu disebabkan sudah berjanji mahu membawa isterinya itu ke sebuah taman hanya gara-gara isterinya itu bermain layang-layang.
Macam-macam lah perangai isterinya itu.Sebagai seorang suami yang baik,dia hanya turutkan.Jika tidak,merajuklah isteri kesayangannya itu.
"Sayang tak kerja dah kan?Jangan buat-buat ye?" ujar Iris Lutfiya seakan menuntut janji yang dibuat malam tadi.
"Ye,sayang tak lupa.Apa je untuk honey,sayang sanggup redah lautan api sekalipun.."
Iris Lutfiya tersengih.Ada-ada sahaja suaminya itu.
"Thank you,sayang.You selalu tunaikan permintaan I.I je yang.."
Razeen Fiqri mematikan kata-kata isterinya itu dengan meletakkan jari telunjuknya di bibir Iris Lutfiya.
Dia tidak mahu isterinya itu bersedih.Dia ikhlas lakukan apa sahaja untuk bidadarinya itu.
"Sayang ikhlas buat semuanya untuk honey.Kalau boleh mengandung ni pun,sayang nak.Sayang rela tanggung kesakitan yang honey tanggung.."
Laju Iris Lutfiya menampar tangan suaminya.
"Merepek lah sayang ni!Mana ada lelaki mengandung.You mana ada rahim.."
"Ish,honey ni.Maksud sayang,sayang sanggup buat je untuk honey.Sayang tak boleh tengok honey sakit-sakit.Honey terlalu istimewa dalam hidup sayang.."
"You buat I nak muntah semut.Manis sangat kata-kata you.Buat I nak pengsan.."
"Jangan pengsan dulu.."
"Dah lah tu merepek.." marah Iris Lutfiya.
"Siapa yang mulakan dulu?"
"You yang mulakan!You kata nak redah lautan api lah.Nak pregnant lah.You lah yang mulakan dulu.."
"Dia pun sama je.Nak muntah semut.." kata Razeen Fiqri tidak mahu mengalah.
🌻🌻🌻
Mereka tiba di Taman Tasik Metropolitan yang terletak di Kepong.Kelihatan ramai pengunjung yang datang ke taman itu.
Razeen Fiqri sudahpun membeli layang-layang untuk isterinya.Dia membetulkan tali sebelum menaikkan layang-layang ke langit."Dah,honey boleh naikkan sekarang.." ujarnya.
Perlahan Iris Lutfiya cuba menaikkan layang-layang itu. Iris Lutfiya begitu teruja menaikkan layang-layang.Tidak ubah seperti kanak-kanak.
Razeen Fiqri hanya memerhati.Sempat dia mengambil beberapa gambar aksi isterinya itu bermain layang-layang.Dia tersengih.
Setelah lama bermain,Iris Lutfiya pun berhenti.Dia sudah tiada mood untuk bermain.Suaminya yang dari tadi mengawasinya dari jauh didekati.
"Dah penat ke?" ujar Razeen Fiqri.
"Sayang lah pulak yang main.I nak tengok.."
"Tak nak lah.Tak seronok lah main layang-layang.Macam kanak-kanak je.."
"So you nak cakap I ni kanak-kanak lah?"
Razeen Fiqri hanya diam.Bukan itu maksud itu.Dia cakap sahaja.Sensitif betul lah isteri kesayangan itu.
"Betul lah tu kalau you diam.I ni budak-budak.Tak matang.."
"Ish,dia ni.Tu pun nak terasa.Sayang cakap je lah.Tak payah lah ambil hati.." kata Razeen Fiqri sambil meletakkan kedua-dua belah tangannya ke pipi isterinya.
"Okay.." balas Iris Lutfiya perlahan.
🌻🌻🌻
Qisya Elza tersenyum apabila sudah mengambil anak angkatnya.Bayi kecil itu dicium bagai tidak mahu lepas.Dia akan jaga sebaik mungkin amanah itu.
Irhan Hakimie tersenyum melihat isterinya sudah kembali ceria seperti selalu.Jika tidak asyik muram sahaja.
"Suka betul sayang ye?"
"Mestilah suka.Alisya ni comel sangat.Qis janji Qis akan beri kasih sayang yang secukupnya dan jaga dia baik-baik.Lagi satu kan,Qis nak susukan dia.." kata Qisya Elza.
"Ye lah.Abang tak kisah.Sayang buat lah apa yang sayang nak buat asalkan sayang ceria macam dulu.Tak nak dah sedih-sedih.Okay?"
"Okay,abang.Terima kasih sebab selalu ada untuk Qis.Beri semangat untuk Qis.Kalau abang tak de,Qis tak tahu apa yang jadi pada Qis.."
"Sama-sama,sayang.."
Irhan Hakimie mengambil Alisya dari dukungan isterinya.Semoga dengan kehadiran Alisya akan menambahkan kebahagiaan dalam kehidupan mereka.
🌻🌻🌻
Iris Lutfiya tersenyum selepas selesai berbual dengan Sarah Aliya melalui video call.Razeen Fiqri hanya memerhati.
"Senyum lebar malam ni.Ada apa-apa nak kongsi dengan sayang?" ujarnya tidak lama kemudian.
"Liya nak bertunang.." balas Iris Lutfiya teruja.
"Liya yang nak bertunang,kenapa honey yang teruja sangat sayang tengok?"
"Ye lah.Sebab Liya tu sahabat I.Dia tu susah sikit untuk lelaki dekati.I happy lah ada yang berjaya curi hati dia.."
"Tapi sayang tengok macam honey je yang nak bertunang sekarang ni.."
Dahi Iris Lutfiya berkerut.Salah ke kalau dia teruja sebab sahabatnya yang seorang itu mahu bertunang?
"You izinkan ke I nak bertunang?" sengaja dia ingin mengusik Razeen Fiqri.
"Dalam perut ada anak sayang,ada hati nak bertunang?"
"Dah tu?You ni.I sayang suami I sorang je.Tak de yang lain.Kalau I nak bertunang,kahwin sekalipun,I nak dengan you je.Tak nak orang lain.."
Razeen Fiqri tersenyum mendengar kata-kata Iris Lutfiya.
"Honey buat jantung sayang nak terkeluar.Cair sangat dengan kata-kata honey.."
"Ish,mengada!"
10 Julai 2020
YOU ARE READING
IRIS LUTFIYA
Random#2020 Coverby:@nurshaziera Dia seorang gadis.Kelahirannya tidak diterima oleh bapa kandungnya hanya kerana dia bayi perempuan sedangkan si bapa terlalu menginginkan anak lelaki. Kata bapanya,lebih baik menjadi seorang lelaki kerana lelaki kuat,tidak...