Iris Lutfiya sabar menunggu kepulangan suami kesayangan.Sudah pukul 9.35 malam namun kelibat suaminya masih belum kelihatan.
Dia mula berfikir yang bukan-bukan.Dia juga takut Razeen Fiqri seperti bekas suaminya.
Kata pergi kerja tetapi jumpa madunya.Dia berharap Razeen Fiqri bukanlah seorang lelaki seperti itu.
Kedengaran enjin kereta memasuki halaman rumah.Dia tersenyum.Dia menuju ke pintu utama.
Senyumannya mati disaat dia terlihat Razeen Fiqri membuka pintu di bahagian penumpang.
Seorang gadis yang bertudung litup keluar dari kereta mewah suaminya.Hatinya mula terasa membara.
"Sayang!Siapa dia ni?!" ujarnya apabila mereka berdua mendekatinya.
"Bakal madu honey.Okay tak?"
Laju tangannya menampar pipi lelaki itu.
"Aduh!"
Iris Lutfiya terdengar suara lelaki mengaduh.Razeen Fiqri berada di hadapan matanya sambil memegang pipi.
Iris Lutfiya mencari kelibat perempuan tadi.
"Mana dia?!"
"Dia?Siapa dia?"
Razeen Fiqri tidak faham apa maksud isteri kesayangannya itu.Siapa yang isterinya itu maksudkan?
"Dia lah.Perempuan tadi.Bakal madu I yang you kenalkan pada I tadi!" balas Iris Lutfiya geram.
"Honey mimpi apa tadi?Tu lah.Tidur tak tunggu sayang.."
Razeen Fiqri tersengih.Tangan bermain-main dengan rambut isterinya.
"Janganlah!"
Iris Lutfiya segera menepis tangan suaminya.
"Honey kenapa ni?"
"Tak payah pura-puralah,Razeen Fiqri!I tak sangka sanggup you permainkan hati I?You dengan Irhan sama je!Tak de beza!I ni rasa menyesal sebab terima rancangan keluarga kita.I ni memang mudah dipermainkan ke?I memang tak layak bahagia ke?!"
Perlahan-lahan air mata Iris Lutfiya mengalir.Kecewa yang teramat sangat disaat dipermainkan sekali lagi.
"Honey cakap apa ni?Kenapa nak samakan sayang dengan bekas suami honey?Sayang bukan lelaki macam tu lah.."
"You masih nak berdalih lagi?"
Iris Lutfiya mula berdiri.Dia segera naik ke bilik.Razeen Fiqri mengekori langkah isterinya.
Pintu bilik dibuka agak kasar.
"Mana you sorok perempuan tu?!"
"Perempuan mana?Tak de lah,Ris.."
Suara Razeen Fiqri juga mula meninggi.Bengang saat dituduh sebegitu.Baru balik kerja,isterinya itu cari pasal pula.Mana dia tidak bengang?
"You tipu I!Hei,perempuan.Keluarlah!I tahu you ada dalam rumah ni!Kenapa suami I jugak yang you nak kebas?!"
Iris Lutfiya mula menggila.
Dia pantas turun ke bawah lalu menuju ke dapur.Dicari lagi kelibat perempuan itu.Sekali lagi Razeen Fiqri mengekori langkah isterinya.
"Honey,percaya cakap sayang.Tak de perempuan lain selain honey dalam hati sayang.."
"You tak payah nak tipu lah!Semua lelaki sama je!Takkan pernah cukup satu!Mana kunci kereta you?You sorok dia dalam kereta kan?!"
Razeen Fiqri menghulurkan kunci keretanya.Dibiarkan sahaja Iris Lutfiya memeriksa keretanya.
Segera Iris Lutfiya membuka membuka pintu kereta.Lampu di dalam kereta dibuka.
Razeen Fiqri berpeluk tubuh sambil memerhati tindak tanduk isterinya.Iris Lutfiya kembali mengunci kereta apabila apa yang dicarinya tiada.
"Ada?" ujar Razeen Fiqri.
"Tak de.." balas Iris Lutfiya perlahan.
"Sayang tak tahu kenapa honey jadi macam ni tapi percayalah.Sayang takkan duakan honey.Honey anugerah yang terindah dalam hidup sayang.Tak mungkin sayang nak lukai bidadari sayang ni.."
Iris Lutfiya segera memeluk tubuh suami tersayang.Tangisannya semakin menjadi-jadi.
"I'm sorry.I takut you curang dengan I.I tak nak kehilangan you.."
Razeen Fiqri mengusap perlahan belakang tubuh isterinya.
"I mimpi ke tadi?"
"Ye lah kot.Sayang sampai je rumah pastu nampak honey tengah tidur kat sofa.Sayang pun datang dekat.Tak sangka pula sayang dapat rasa penampar honey.."
"I'm sorry.." kata Iris Lutfiya lagi sambil mengusap lembut kedua-dua belah pipi suaminya.
Apa kau dah buat ni,Iris?
🌻🌻🌻
Qisya Elza memegang baju milik arwah si kecil.Diciumnya bertalu-talu.Sudah seminggu lebih dia dibenarkan pulang ke rumah.
"Maafkan ibu,sayang.." ujarnya sebak.
Air matanya gugur membasahi pipinya.Dia mengambil bantal kecil lalu didukungnya seperti bayi.
"Anak ibu dah ada semula.."
Qisya Elza kembali tersenyum.Air matanya dilap perlahan.
"Tapi kenapa anak ibu tak menangis?Nangis lah!Nangis lah!"
Bantal itu digoncang-goncangnya.Geram apabila bayi kecil itu tidak menangis seperti selalu.
Puan Qasya yang kebetulan mahu menghantar makanan dan minuman kepada anaknya terkejut melihat anaknya sebegitu rupa.
"Ya Allah,Qis!Kenapa jadi macam ni?"
"Umi,tengok cucu umi ni.Dia tak nak menangis.Dia tidur kot,umi.." kata Qisya Elza sambil menunjukkan bantal yang dianggap seperti bayi itu kepada uminya.
Terus Puan Qasya meletakkan dulang lalu memeluk tubuh anaknya itu.Sebak dia dengan keadaan Qisya Elza.Menantunya pula masih di hospital.
7 Julai 2020

ANDA SEDANG MEMBACA
IRIS LUTFIYA
Random#2020 Coverby:@nurshaziera Dia seorang gadis.Kelahirannya tidak diterima oleh bapa kandungnya hanya kerana dia bayi perempuan sedangkan si bapa terlalu menginginkan anak lelaki. Kata bapanya,lebih baik menjadi seorang lelaki kerana lelaki kuat,tidak...