Pintu bilik Wooyoung di ketuk berkali-kali sehingga menyebabkan Wooyoung terjaga dari tidur lenanya. Di luar nampak hari sudah cerah. Tapi entah jam pukul berapa. Kacau betul la aku tidur. Penat semalam tak habis lagi tau.
Wooyoung pergi ke arah pintu yang seperti hendak roboh itu. Muncul muka Seonghwa hyung di muka pintu. Wooyoung dengan malasnya kembali ke katilnya.
" Woi , bangun lah. Kau tahu tak dah pukul berapa ? " Seonghwa menggocangkan badanku. Aku masih di posisi yang sama.
" Wooyoung kau tahu tak kejadian semalam . Yang kau kena tampar tu viral ? " ujar Seonghwa lalu aku terbangun . Terkejut dengan ayat dia. Patutlah notification dari tadi tak berhenti masuk ke dalam telefon aku.
Aku mencapai telefon lalu melihat banyak article tentang aku. Aku meraup rambutku dengan kasar . Bodoh ! Kau memang bodoh , Wooyoung.
" Takde gunanya kau nak patah balik. Lain kali fikir sebelum bertindak. Dah ah hyung nak balik. Yang lain dah balik semalam. Hyung malas nak balik semalam. Kebetulan Kyungmin suruh aku tidur bilik tetamu semalam " ujar Seonghwa panjang lebar lalu bangun.
Aku menghantar pandangan aku kepada Seonghwa sehingga dia hilang dari pandangan aku. Aku meraup rambutku lagi. Ramai yang dm aku di instagram. Semua member aku dm aku dan menghantar article yang sama.
minihongs
Lain kali buat la lagi ☺
Dm yang pertama aku baca dari Hongjoong hyung.
Dm yang kedua aku buka.
yunhonizer
Kan dah viral. Ha itu lah. Buat lagi perangai lama. 😆
sanranghae
Apa nak jadilah dengan kawan aku ni. Dah famous jangan lupa aku. 🤪
Ceh , dia ni kan. Saja.
Aku tutup telefon lalu bersiap-siap untuk keluar.
Baru sahaja melangkah hendak keluar rumah , eomma menegurku dari belakang.
" Ha tu nak pergi mana ? Eomma dah tahu pasal video kamu yang viral tu. Eomma nak jumpa dengan perempuan tu dan eomma nak kamu minta maaf dengan dia " ujar Puan Jung dengan tegas.
Aku berdehem sahaja lalu keluar dari rumah.
.
.
.
.Kereta aku betul-betul berada di hadapan ' SweetHoney Cafe ' . Aku harus berjumpa dengan Yoonjin pasal ni. Masuk sahaja kafe tersebut , pekerja di kafe itu menyapa aku. Aku memberikan senyuman.
Aku pergi ke arah kaunter. Aku datang sini nak jumpa si Yoonjin tu. Bukan nak makan. Semalam dah makan satu whole cake dia dah.
" Ya encik nak order apa ? " soal pekerja yang sama seperti semalam. Mia namanya.
" Saya nak jumpa boss awak. Dia ada kan ? " jawab aku sambil menjongket kening.
" Hm.. Maaf encik. Boss tak nak diganggu. Dia.. " belum sempat dia menghabiskan ayatnya. Aku terus memotong.
" Dia dekat atas kan. Takpe biar saya yang pergi. Saya boyfriend dia " ujar Wooyoung. Dia sengaja berkata seperti itu agar dia dapat lepas untuk berjumpa dengan Yoonjin.
Aku naik ke atas tapi pekerjanya tadi mengikuti aku.
" Tapi encik.. Boss saya tak nak jumpa sesiapa. Saya tahu apa yang jadi diantara encik dengan boss saya semalam. " kata pekerjanya itu lagi sambil membuntuti aku naik ke atas .
YOU ARE READING
My Ex Bully { Jung Wooyoung }
FanfictionSeorang gadis bernama Kim Yoonjin telah kehilangan kedua-dua orang tuanya kerana kemalangan. Dia berpindah dari Ilsan ke Seoul untuk membuang masa silamnya. Sudah beberapa tahun mereka tidak bertemu , akhirnya mereka bertemu di kafe milik Yoonjin...