1 tahun kemudian ,
Benda yang telah dirancang lama oleh kami berdua iaitu bercuti bersama rakan-rakan baik kami. Sudah lama ingin bercuti bersama mereka . Pulau Jeju menjadi tempat utama kami.
Jam di dinding dikerling sekilas. Flight ke Pulau Jeju pada pukul 8.15 pagi. Jam menunjukkan 7.15 pagi. Woojin yang sudah siap dengan memakai baju jumpsuit kelihatan sangat comel. Wooyoung mendukung anaknya untuk turun ke bawah.
Wooyoung bermain-main dengan Woojin terlebih dahulu sementara menunggu Yoonjin tengah siap. Beg mereka juga telah siap dibawa turun. Bunyi telefon menghentikan perbuatan Wooyoung.
Ikon telefon berwarna hijau dislide ke arah kanan. San yang menelefonnya.
" Mana kau Wooyoung ? Kitaorang semua dah sampai " soal San di dalam talian.
" Kejap.. Nanti kami sampai la " jawab Wooyoung. Dia memandang Woojin sekilas. Melihat perbuatan anaknya membuatkan bibirnya mengukir senyuman.
" Jangan lupa bawa budak kecil tu. Aku rindu dia " kata San.
" Ye lah " Wooyoung malas hendak layan lalu sambung bermain dengan Woojin. Dia menjerit memanggil Yoonjin.
" Sayang !! Dah siap ke ?! " pekik Wooyoung dari bawah.
" Kejap ! " balas Yoonjin. Tidak lama kemudian , Yoonjin turun dengan membawa beg Woojin.
" Dah jom " ajak Yoonjin. Woojin berada di dalam dakapan ayahnya. Wooyoung meletakkan Woojin di car seat di belakang.
Kereta yang dibawa oleh Wooyoumg laju bergerak menuju ke Gimpo International Airport . Takut pula terlepas flight. Jam menunjukkan pukul 7.40 pagi. Masih ada masa lagi.
Sampai sahaja di lapangan terbang , Wooyoung dan Yoonjin mencari kelibat rakan-rakannya. Woojin dipegang oleh Yoonjin.
" Woi , Wooyoung !! " jerit San di belakang mereka.
Wooyoung mengalih ke belakang dan pergi ke arah mereka semua. Yoonjin laju pergi ke arah Jisoo dan Yerim . Dia memeluk rakan baiknya itu. Sudah lama mereka tidak bertemu kerana kesibukan masing-masing.
Jisoo dan Yerim menunduk sambil mencubit pipi Woojin.
" Aigoo.. Woojin-ah "
Woojin tersenyum malu. Pipinya merah membuatkan lagi comel.
" Woojin ! " Yunho mengambil Woojin dari pegangan Yoonjin. Dicium si kecil itu berkali-kali kerana geram.
Yoonjin hanya menggelengkan kepala. Masing-masing membawa pasangan mereka termasuk Mia dan Chaeyoung . Yoonjin yang mengajak mereka berdua untuk menyertai percutian.
" Eh ,dah-dah. Jom. Nanti terlepas flight " ujar Hongjoong seperti pemandu pelancong.
Mereka semua masuk ke dalam flight. Yoonjin , Wooyoung dan Woojin duduk bertiga. Setelah lama berada di dalam kapal terbang , Woojin meminta sesuatu kepada Yoonjin.
" M-mama... Mam mam " kata Woojin yang masih belum fasih. Dia nak makan rupanya.
Wooyoung mengusap lembut kepala Woojin. Comel betul. Yoonjin menyuapkan bubur kepadanya. Nasib baik dia ada bekalkan makanan Woojin , kalau tak menangis dia dalam flight.
.
.
.
.
.
.
.
.Setelah 1 jam mereka berada di dalam kapal terbang , mereka telah sampai di Pulau Jeju. Bau laut yang membuatkan tidak sabar untuk melihat pemandangan. Mereka menyewa rumah yang agak besar untuk memuatkan 16 orang. Dah masing-masing bawa pasangan. Tak ke sampai 16 orang.
YOU ARE READING
My Ex Bully { Jung Wooyoung }
FanficSeorang gadis bernama Kim Yoonjin telah kehilangan kedua-dua orang tuanya kerana kemalangan. Dia berpindah dari Ilsan ke Seoul untuk membuang masa silamnya. Sudah beberapa tahun mereka tidak bertemu , akhirnya mereka bertemu di kafe milik Yoonjin...