Telefon dilekapkan pada telinga. Wooyoung sedang menelefon seseorang iaitu orang upahannya untuk mencari dalang yang sebenar pada malam yang terjadi di antaranya dan Hana. Nombor plat BMW semalam seakan-akan bermain di minda. Dia masih ingat lagi ketika makan malam. Dia pasti bahawa ia adalah kereta yang sama.
Beberapa saat kemudian , suara kedengaran di corong telefon iaitu Changbin.
" Changbin.. "
" Ya , kenapa boss. Ada apa-apa info lagi ke ? " soal Changbin.
" Aku nak kau siasat nombor plat yang aku hantar dekat kakao. " jawab Wooyoung. Berharap agar dengan info ini , masalah ini akan diselesaikan dengan cepat.
" Baik boss... Nanti apa-apa saya bagitahu " kata Changbin lalu mematikan telefon.
Baru sahaja Wooyoung ingin masuk , Mummy menegurnya.
" Eo ? Mummy , buat apa dekat sini ? " soal Wooyoung yang agak janggal. Tidak tahu pula Mummy duduk dekat belakang je dari tadi .
" Mummy ingat nak pergi tengok tanam-tanaman tu. Tengok kamu dekat sini pula. " jawab Mummy. Wooyoung mengangguk.
" Mummy ada benda nak cakap dengan kamu " sambung Mummy.
Wooyoung mengangguk dan membenarkan Mummy berbicara.
" Wooyoung.. Orang pregnant ni kamu kena sabar. Jangan bagi dia stress. Kamu kena faham. Emosi orang pregnant tak stabil. " terang Mummy.
Wooyoung mengetap bibir. Benar apa yang dikatakan oleh Mummy. Dia juga perlu bersabar melayan kerenah Yoonjin. Tambahan pula dia tengah merajuk.
" Mummy berharap hubungan korang baik-baik sahaja. Dah la.. Mummy nak siram pokok bunga tu " ujar Mummy lalu beredar meninggalkan Wooyoung.
Wooyoung masuk ke dalam dan melihat Yoonjin sedang bermain dengan kanak-kanak di situ. Seorang kanak-kanak perempuan iaitu Jihyo datang ke arah Wooyoung. Dia memegang tangan Wooyoung.
" Kenapa oppa tak pergi dekat unnie ? " soal Jihyo polos.
Wooyoung tersengih apabila melihatnya. Dia mengusap lembut rambut Jihyo. Jihyo menarik Wooyoung agar mereka lebih dekat.
" Unnie.. " panggil Jihyo lalu dia memegang tangan Yoonjin dan meletakkan tangan Wooyoung pada tangan Yoonjin.
Tangan mereka berpaut. Pandangan mata bertemu selama beberapa saat. Jihyo tersenyum suka apabila melihat mereka berdua.
" Hehehehe. Jihyo suka la tengok unnie dengan oppa " kata Jihyo riang. Suka betul dia.
" Sayang-sayang Mummy !! Jom keluar ! Main ! " jerit Mummy dari luar.
Semua kanak-kanak bersorak riang. Mereka terus keluar dan bermain di luar. Hanya tinggal Yoonjin dan Wooyoung berdua. Yoonjin melepaskan tangan dan bingkas bangun. Wooyoung menyambar tangan Yoonjin dan bangun.
" Sayang.. " lembut sahaja Wooyoung memanggil.
Yoonjin merenung Wooyoung dengan pandangan tajam.
"Sayang.. Please jangan macam ni... Saya rindukan awak " ucap Wooyoung.
" Kan saya cakap saya tak rindukan awak. Tolonglah faham " kata Yoonjin dingin. Mulut kata lain , dalam hati kata lain.
" Tolong jangan tipu diri sendiri. Jom keluar " ajak Wooyoung dengan lembut.
" Tak nak malas ! " protes Yoonjin. Malas nak berdua-duaan dengan Wooyoung. Dia taktahu ke orang yang sedang marah ni macam mana.
YOU ARE READING
My Ex Bully { Jung Wooyoung }
FanfictionSeorang gadis bernama Kim Yoonjin telah kehilangan kedua-dua orang tuanya kerana kemalangan. Dia berpindah dari Ilsan ke Seoul untuk membuang masa silamnya. Sudah beberapa tahun mereka tidak bertemu , akhirnya mereka bertemu di kafe milik Yoonjin...