Seminggu kemudian ,
Setelah diberi masa , Yoonjin rasa dia patut memberi jawapan kepada Puan Jung. Tak nak membiarkan orang menunggu terlalu lama. Dia tidak tahu yang dia buat benda ini betul atau tidak. Dia juga sudah berbincang dengan oppanya.
Oppanya cuma cakap semua terserah pada Yoonjin sendiri. Dia dah boleh fikir yang mana betul dan salah. Dalam masa yang sama , oppanya dapat rasa yang Wooyoung boleh jaga adik dia seperti dia jaga.
Sebelum ini juga , Yoonjin pernah mimpi yang dia terjumpa dengan eommanya. Masa dia menangis teruk hari itu , dia rasa malu sangat sebab pinjam bahu Wooyoung masa tu. Mesti dia ingat aku ni manja.
Dalam mimpi tu , eomma cakap yang Wooyoung boleh jaga aku. Kalau itu yang eomma mahu. Aku terpaksa penuhi permintaannya. Aku taknak kecewakan eomma.
Aku mengambil beg tangan lalu turun ke bawah. Melihat oppa bersama dengan bangtan oppa. By the way , aku dah puas jumpa dengan Jimin oppa. Hehehehe. Dia baik sangat sampai belikan aku hadiah dari luar negara. Jangan salah faham guys , aku anggap dia macam abang sendiri. Tapi tahu-tahu la Taehyung oppa. Jeles la bila adik dia sayang oppa lain. Hahahahaha.
" Kau nak pergi mana , wahai adikku ? " soal Taehyung sambil memandang aku. Semua memandang aku. Erk. Jangan la pandang macam aku buat salah.
" Yoonjin nak jumpa eomma Wooyoung " ujar aku sambil tersenyum.
" Cakap dekat Wooyoung nanti oppa nak jumpa okay " kata Taehyung oppa. Aku mengangguk sambil tersenyum. Semua orang tahu yang aku nak kahwin.
Kereta yang dipandu oleh Yoonjin telah sampai di hadapan rumah keluarga Jung. Aku menghela nafas. Termasuk hari ini dah 3 kali aku jejak di rumah ini. Tapi perasaan still sama .Tangan aku berpeluh tanda nervous mula menguasai diri.
Aku turun dari kereta lalu masuk ke dalam rumah. Kali ini maid di rumah ini membawa aku ke dalam rumah. Aku melihat di sekeliling. Puan Jung juga tiada. Maid yang bawa aku tadi sudah pun pergi. Tinggal aku seorang di ruang tamu. Aku menangkap sebuah frame gambar yang elok tersusun di rak tv tersebut.
Gambar keluarga Jung yang tersenyum itu menampakkan mereka sebuah keluarga yang bahagia. Aku melihat sebuah gambar yang menarik perhatian aku. Aku mengambil frame gambar itu.
Aku tersenyum sendirian . Comel. Dah besar pun still comel. Terus aku letak balik frame gambar tersebut ke tempat asal setelah dengar suara Puan Jung.
Puan Jung memberi senyuman kepadaku. Dia tidak pernah lengkang dengan senyuman manisnya. Aku membalas lalu dia mempelawa aku duduk di sebelahnya.
" Aunty , Yoonjin setuju berkahwin dengan Wooyoung. " ujar aku terus terang.
Dia menarik aku ke dalam pelukan. Puan Jung mengusap rambut aku. Aku membalas pelukannya sambil tersenyum.
YOU ARE READING
My Ex Bully { Jung Wooyoung }
FanfictionSeorang gadis bernama Kim Yoonjin telah kehilangan kedua-dua orang tuanya kerana kemalangan. Dia berpindah dari Ilsan ke Seoul untuk membuang masa silamnya. Sudah beberapa tahun mereka tidak bertemu , akhirnya mereka bertemu di kafe milik Yoonjin...