Hari demi hari , bulan demi bulan , kini kandungan Yoonjin sudah mencecah 9 bulan. Perut yang memboyot itu bila-bila masa sahaja boleh beranak. Wooyoung semakin kerja keras. Tapi sekarang dia balik awal . Balik je kerja , dia akan cuba untuk bercakap dengan bayi yang masih di dalam perut.
Yoonjin mengusap perut dengan lembut. Tersenyum dibuatnya. Tidak sabar ingin menemui si kecil ini. Jantina anak mereka yang pertama adalah lelaki. Wooyoung yang baru selesai mandi turun ke bawah. Dia mengambil tempat di sebelah Yoonjin.
Telinganya didekatkan pada perut Yoonjin. Tendangan kecil dari bayi membuatkan Wooyoung teruja seolah-olah sedang berbual dengan si ayah. Yoonjin bermain-main dengan helaian rambut Wooyoung .
" Daddy tak sabar nak jumpa awak " kata Wooyoung.
Wooyoung menghentikan perbuatannya lalu memandang Yoonjin. Dia dihadiahkan dengan sebuah senyuman yang manis daripada Yoonjin. Pipi sebelah kanan Yoonjin dielus lembut.
" Jom tidur. Saya nak awak rehat " ujar Wooyoung lalu menarik tangan Yoonjin.
Yoonjin akur lalu naik ke atas bersama dengan Wooyoung. Mereka tidur di atas katil setelah jam sudah masuk pada pukul 11 malam.
.
.
.
.
.
.
.
.Yoonjin terjaga daripada tidur apabila dia merasakan sakit pada bahagian perut. Tangan ditekap pada perut untuk menahan kesakitan. Kaki melangkah perlahan ke bilik air yang berada di dalam bilik tersebut. Jam menunjukkan pukul 3 pagi.
Air ketuban mula pecah membuatkan Yoonjin menahan kesakitan. Tangannya di tekan pada sinki.
" Awak ! Sayang ! " jerit Yoonjin dari bilik air. Air ketuban tidak berhenti mengalir di celah pehanya.
Wooyoung terjaga dan dia mencari Yoonjin. Langkah kakinya terus menuju ke bilik air.
" Sayang ! " Wooyoung mencempung badan kecil Yoonjin. Diletaknya Yoonjin di bahagian belakang.
Dia mengambil kunci kereta lalu kereta laju menuju ke arah hospital. Nasib tak banyak kereta. Tidak sampai 5 minit , kereta Wooyoung berhenti di unit kecemasan.
Yoonjin diletakkan di atas katil lalu dimasukkan ke dalam bilik bersalin. Wooyoung terpaksa tunggu di luar sekejap.
Sudah 3 jam , mereka menunggu di luar. Puan Jung terus datang ke hospital apabila Wooyoung menelefonnya. Dari tadi Wooyoung gelisah. Puan Jung menepuk-nepuk bahu anak lelakinya agar dia lebih tenang.
Seorang doktor keluar dari bilik pembedahan tersebut. Laju sahaja langkah Wooyoung ke arah figura yang memakai lab coat tersebut.
" Doktor , macam mana dengan isteri saya ? " soal Wooyoung. Laju jantungnya mengepam darah. Seperti ada yang tidak kena.
" Tahniah ! Isteri encik selamat melahirkan anak lelaki " tangan dihulurkan kepada Wooyoung.
Wooyoung menghembus nafas lega apabila doktor beritahu yang kedua-dua nyawa dia selamat. Akhirnya , jatuh juga air mata jantannya. Tidak sangka bahawa dia sudah menjadi bapa kepada seorang anak lelaki.
Puan Jung menarik Wooyoung ke dalam pelukan lalu diusap lembut helaian rambut lelaki itu.
" Tahniah Wooyoung ! " ucap Puan Jung.
Wooyoung masuk ke dalam wad yang ditempatkan Yoonjin. Yoonjin yang masih belum sedar sedang tidur di atas katil. Dahi milik Yoonjin dikucup.
" Thank you sayang " ucap Wooyoung lembut.
Mata Yoonjin terbuka luas apabila menyedari seseorang menciumnya. Melihat Wooyoung di sebelahnya membuatnya tersenyum. Seorang jururawat menolak katil bayi ke dalam wad. Puan Jung turut masuk melihat cucunya.
YOU ARE READING
My Ex Bully { Jung Wooyoung }
FanfictionSeorang gadis bernama Kim Yoonjin telah kehilangan kedua-dua orang tuanya kerana kemalangan. Dia berpindah dari Ilsan ke Seoul untuk membuang masa silamnya. Sudah beberapa tahun mereka tidak bertemu , akhirnya mereka bertemu di kafe milik Yoonjin...