Part 9

352 42 4
                                    

          Mia menyambung kerjanya.  Dia mengambil order di kaunter.  Seorang lelaki yang agak tinggi masuk ke dalam kafe.  Aku mengucapkan selamat datang kepadanya sambil tersenyum.

Lelaki tadi melihat papan tanda di kaunter.  Aku hanya menunggu sementara dia sedang melihat menu di situ.  Lepas dia tengok menu , dia ingin memesan tetapi dia perbuatan dia tergendala kerana sedang memandang aku. 

Aku mengerutkan dahi tanda pelik.  Kenapa dia pandang aku ? Ada yang tak kena ke dengan muka aku.  Mata lelaki itu tidak mengerdip dari tadi.  Bagai sedang memandang jodoh. 

Aku melambaikan tangan di hadapannya.  Masalahnya dia pandang aku sambil tersenyum.  Erkk.  Apa masalah dia. 

" Encik.. Encikk " panggil aku sambil melambaikan tangan di hadapannya. 

Dia tersedar. 

" Encik nak order apa ye ? " soal aku. 

" Saya nak order awak boleh " jawab lelaki tersebut. Kening aku bertaut.  Pelik la lelaki ini. 

" Saya bukannya untuk diorder . Boleh tak encik order dengan cepat sebab ramai lagi pelanggan di belakang encik " ujar aku.  Padahal seorang sahaja di belakangnya. 

" Erm , ramai sangat.  Takpelah , encik boleh order dulu " kata lelaki yang tinggi tu sambil memberi laluan kepada lelaki di belakangnya. 

Selepas aku mengambil pesanan seorang lelaki dalam lingkungan 30-an tadi.  Kali ini giliran lelaki itu balik.  Aku menghela nafas. 

" Encik nak order apa ya ? " soal aku lembut sambil tersenyum . Sabar Mia,  depan customer kau kena senyum. 

" Hm comelnya.  Saya nak ice americano satu dan jangan lupa campur hati awak sekali.  Saya nak curi . " ujar lelaki itu lagi sambil mengenyitkan mata .  Aku menggulingkan mata sebab geram.  Eeee.. Dia ingat aku apa ! Dasar byuntae !

" Nama encik ? " soal aku lagi.  Aku tanya sebab nak tulis nama dekat minuman dia.  Memang tak la aku nak tanya nama dia.  Nanti dia perasan. 

" Nama saya Jeong Yunho.  Tulis Yunho jer.  Untuk awak macam panjang sangat.  So awak boleh panggil saya sayang ataupun oppa " ujar lelaki itu.  Erghh , apa masalah dia . Aku hanya menulis namanya.  Yunho !

Time-time macam ni pula customer takde.  Lama pula la minuman mamat ni nak siap pun. 

" Nama awak apa ? " soal lelaki yang bernama Yunho itu.  Aku hanya buat taktahu . Sengaja membusykan diri. 

Dia menongkat dagu di peti ais kek yang tersusun itu sambil memandang aku. 

Rimas betul la mamat ni. 

" Oh , Hai Mia " ujar lelaki itu lagi.  Eeee... Cepat la.  Lambat pula la.  Macam mana dia tahu nama aku ? Bila tengok apron balik , oh ya nama aku ada dekat apron.

Minumannya yang dah siap tu aku bagi kepadanya. 

" Thank you ! See you again , cutie !  " ucapnya dan pergi dari cafe.  Aku menggulingkan mata tanda menyampah.  Cutie.. Cutie.  Apa ingat aku ini cute girl ke.

" Ehem , dah ada peminat la orang tu " usik Chaeyoung unnie di belakang. 

" Eeee...  Menyampah betul . " kata aku sambil menyilangkan tangan di dada. 

" Unnie ,  tengok ..dia hensem jer.  Dah la tinggi.  Hensem.  Comel " kata Chaeyoung unnie sambil tersenyum. 

" Dah la unnie.  Unnie ambil order pula.  Mia nak pergi belakang " kata aku lalu pergi ke dapur .

My Ex Bully { Jung Wooyoung }Where stories live. Discover now