Seperti yang dijanjikan , Yoonjin terpaksa bangun awal untuk menyiapkan sarapan pagi kepada Wooyoung. Apron yang disangkut itu diambil dan dipakai oleh Yoonjin. Yoonjin melihat kabinet . Nak masak apa eh ?
Roti dan jem strawberry diambil. Yoonjin mengambil pembakar roti lalu memasukkan roti ke dalam pembakar tersebut. Selepas bakar , Yoonjin menyapu jem di atas roti yang telah dibakar. Yoonjin memandang jam di dinding.
" Eh .. Dah pukul 8 pagi . Asal Wooyoung tak bangun lagi. Dah la tak bagitahu aku nak pergi office pukul berapa " ujar Yoonjin sendirian sambil melihat tangga.
Sebelum Wooyoung turun , Yoonjin makan terlebih dahulu. Nak rasa.. Sedap ke tidak. Kang tak sedap Wooyoung tu kerja membebel macam makcik . Yoonjin melihat jam lagi sekali.
" Aikk.. Pukul 8.30 dah ni "
" Aaarghhh... Dah lambat !! " jerit Wooyoung di atas.
Yoonjin yang sedang minum air panas terus letak cawan itu di atas meja. Lidah jadi melecur sebab dengar Wooyoung jerit tiba-tiba.
Kelihatan Wooyoung turun dengan kalutnya. Yoonjin terus berlari mendapatkan Wooyoung. Semalam bukan main suruh aku buat breakfast kan.
" Wooyoung !! Wooyoung !! " panggil Yoonjin dari belakang sambil membawa sekeping roti.
Wooyoung terus pandang Yoonjin yang memanggilnya.
" Salah kau la ni .. Asal kau tak kejut aku ??? Aku dah lewat ni " kata Wooyoung sambil memakai stoking.
" Eh .. Saya pula. Awak tak bagitahu saya pun meeting pukul berapa. Saya ingat meeting pukul 11 pagi ke apa ke " ujar Yoonjin.
Wooyoung bingkas bangun dan ingin keluar dari rumah tapi sempat di halang oleh Yoonjin di pintu.
" Tepi lahh.. Aku nak pergi kerja ni " Wooyoung menolak Yoonjin tapi nasib la Yoonjin ni boleh tahan.
" Eh.. Semalam awak yang gatal sangat suruh saya buat breakfast kan. Ni ha ! Makan dulu . " Yoonjin memasukkan sekeping roti dalam mulut Wooyoung.
Yoonjin memberi laluan kepada Wooyoung namun sempat lagi dia memanggil.
" Wooyoung.. "
" Apa lagi ? " muka geram Wooyoung ditayang.
" Saya nak pergi kafe lepasni. "
" Pergi lahh.. Aku tak halang pun. Jangan masak malam ni. Mungkin aku balik lambat kot " ujar Wooyoung lalu membuka pintu kereta.
" Senyum la sikit.. Ini tak monyok je " kata Yoonjin walaupun tidak didengari oleh Wooyoung. Marah-marah pun comel. Hm.
Kereta Wooyoung hilang bayangan. Tidur lambat la tu semalam. Gedik sangat kan nak suruh orang buat breakfast.
" Eh.. Aku ni mengata Wooyoung macam takde kerja pula. Sekarang aku pun dah lambat " kata Yoonjin seorang diri lalu membuka apron yang dipakainya.
Dia naik ke atas dan mengambil barang-barang yang penting. Pintu rumah dikunci.
.
.
.
.
.
Sampai sahaja di kafe milik Yoonjin , dua orang pekerjanya iaitu Mia dan Chaeyoung mula menyakat si boss." Wow.. Orang baru dah sampai " ujar Mia yang sedang melihat Yoonjin.
" Berseri-seri muka unnie. Apa cerita unnie dengan Wooyoung oppa ? " kali ini Chaeyoung pula bersuara.
" Amboi korang .. Kalau tak sakat tak sah eh. Takde benda menarik yang nak diceritakan. " jawab Yoonjin .
" Unnie takde semalam jadi bosan tau. Kitaorang pun sendu " kata Mia sambil membuat muka masam.
YOU ARE READING
My Ex Bully { Jung Wooyoung }
FanfictionSeorang gadis bernama Kim Yoonjin telah kehilangan kedua-dua orang tuanya kerana kemalangan. Dia berpindah dari Ilsan ke Seoul untuk membuang masa silamnya. Sudah beberapa tahun mereka tidak bertemu , akhirnya mereka bertemu di kafe milik Yoonjin...