Yeosang memegang kepalanya setelah bangun . Kepalanya yang sakit itu membuatkan Yeosang mengaduh sikit. Yeosang memandang sekeliling. Dekat mana ni ? Seorang perempuan yang sedang tidur di atas meja menarik minat Yeosang.
Yeosang berdiri bangun walaupun baru terjaga daripada tidur. Dia pergi ke arah perempuan tersebut. Yeosang memandang muka perempuan tersebut yang sedang tidur. Nak kejut tak sampai hati. Tapi dalam masa yang sama takut. Mana nak tahu dia jahat lepastu culik aku.
Yeosang mendekatkan wajahnya sedikit ke perempuan tersebut. Macam kenal tapi tak ingat. Aku buat apa doh semalam. Mata perempuan itu terbuka dan terus menjerit lalu menampar aku.
" Aduh ! " Yeosang mengaduh kesakitan. Sakit oo tamparan wanita.
" Aurora !! Kenapa ni ? " soal lelaki di belakang perempuan tersebut.
Oh , nama dia Aurora.
" Sorry encik.. Saya tak sengaja.. " kata Aurora serba salah yang ingin memegang pipi Yeosang.
" Erm.. Its okay. Saya okay. Saya dekat mana ni ? " Yeosang mengangkat tangan tanda ' tidak mengapa ' kepada Aurora.
" Encik dekat convenience store. Semalam encik mabuk teruk lepastu pengsan. Jadi ,saya tolong encik " jawab Aurora yang agak janggal.
" Saya mabuk ? " soal Yeosang lagi.
Aurora mengangguk laju.
" Aurora... Dia ada buat apa-apa dekat kau ke ? " tanya lelaki tadi tu lagi.
Aurora menggelengkan kepala.
" Takde apa pun. Kau pergi jaga depan , Yunseong " jawab Aurora lalu memandang Yeosang semula. Yunseong mengangguk lalu ke depan semula.
" Saya minta maaf sebab tampar encik. Saya tak sengaja " pinta Aurora lagi.
" Kan saya cakap saya okay. Tak perlu berencik-encik dengan saya. Nama saya Kang Yeosang. Panggil Yeosang je " kata Yeosang.
" Oh , saya Aurora " kata Aurora lalu menghadiahkan senyuman janggal.
" Terima kasih sebab tolong saya semalam . Sorry saya menyusahkan awak " kata Yeosang.
" Takpe.. " kata Aurora. Muka Aurora dah berona merah kerana malu. Haish. Time-time ni lah nak malunya pun.
" Saya pergi dulu " ujar Yeosang. Sebelum pergi , Yeosang meminta sesuatu.
" Ermm.. Aurora.. " panggil Yeosang. Aurora mengalih ke belakang.
" Boleh saya minta nombor awak ? " soal Yeosang lalu menghulurkan telefonnya.
Aurora terkaku. Dia minta nombor ? Hati Aurora dari tadi asyik berdegup laju.
Aurora mengambil telefon Yeosang lalu mendail nombor telefonnya.
" Nah ! " Aurora memberi telefon Yeosang semula.
" Thank you " kata Yeosang lalu menunduk 90 darjah. Aurora juga membalas.
Lepas je Yeosang keluar , Aurora melompat keriangan seorang diri di dalam stor.
" Yeayyy !! Dia minta nombor aku !! Dah la hensem. Baik pula tu " kata Aurora sambil melompat-lompat.
Yeosang keluar daripada convenience store tersebut dan pergi ke arah keretanya. Yeosang bersandar di kerusi kereta. Dia melihat nombor telefon yang disimpannya.
' Aurora ❣️ '
Yeosang tersenyum sendirian lalu menghidupkan enjin. Dia terus pulang ke rumah. Harap-harap Mingi dah pergi kerja. Kalau tak dia bebel je kerja.
YOU ARE READING
My Ex Bully { Jung Wooyoung }
FanfictionSeorang gadis bernama Kim Yoonjin telah kehilangan kedua-dua orang tuanya kerana kemalangan. Dia berpindah dari Ilsan ke Seoul untuk membuang masa silamnya. Sudah beberapa tahun mereka tidak bertemu , akhirnya mereka bertemu di kafe milik Yoonjin...