Yoonjin dengan Puan Jung berada di luar. Walaupun cuaca agak sejuk , mungkin sekejap sahaja yang ingin dikatakan oleh Puan Jung. Yoonjin menunggu Puan Jung bersuara. Angin yang sejuk itu meniup lembut rambut Yoonjin yang lepas itu.
" Yoonjin , aunty ada benda nak cakap " ujar Puan Jung di sebelah. Aku melihatnya sambil tersenyum . Hm. Kan best kalau eomma masih ada. Aku teringatkan eomma dan appa.
" Aunty tahu benda ni tak masuk akal bagi kamu. Tapi aunty nak kamu jadi menantu aunty " sambungnya lagi. Aku terdiam. Menantu ? Dia nak aku kahwin dengan siapa ?
" Nae ? " aku masih blur.
" Aunty tahu kamu boleh ubah sikap Wooyoung. Aunty nak kamu kahwin dengan dia " jujur Puan Jung sambil memegang tangan aku dengan lembut.
" Nae ? " aku tayang muka blur. Hah ? Otak aku masih loading.
" Boleh kan kalau kamu penuhi permintaan aunty untuk kahwinkan kamu dengan Wooyoung ? " ujarnya lagi. Aku terdiam.
Aku kahwin dengan Wooyoung ? Aku tak suka dia.
" Aunty , boleh bagi Yoonjin masa tak untuk fikir semua ni. Sebab terlalu tiba-tiba. " jawab aku. But why me ? Takde perempuan lain ke.
" Takpe, aunty akan bagi kamu masa. Aunty dah pun bagitahu Wooyoung pasal ni. " kata Puan Jung lagi.
" Tapi kenapa saya aunty ? Aunty baru je kenal saya. Saya rasa banyak lagi perempuan lain yang sesuai dengan Wooyoung " terang aku sambil memandangnya dengan muka yang mengharap.
" Aunty , nampak yang kamu ni seorang yang sangat baik . Aunty suka dengan sikap kamu yang sopan tu. " terangnya. Aku sopan ke ? Ini kalau oppa dengar confirm dia bantah. Aku mana pernah sopan dengan dia.
Aku menggarukan leher yang tidak gatal itu.
" Boleh aunty tanya sesuatu tak ? " soal Puan Jung.
Aku mengangguk sambil tersenyum.
" Kamu tinggal dengan siapa ya ? Eomma appa kamu ke ? " tanya Puan Jung. Aku agak sedih apabila sebut tentang eomma dan appa.
Aku senyum kelat.
" Yoonjin tinggal dengan oppa. Eomma dengan appa dah takde " jawab aku dengan suara yang agak sedih. Terus Puan Jung memeluk aku. Aku membalas pelukannya. Aku rindu pelukan eomma.
" Mian , Yoonjin-ah. Aunty tak patut tanya. " kata Puan Jung sambil melepaskan pelukan. Aku tersenyum. Ya , tadi air mata aku terjatuh. Tapi cepat aku seka setelah Puan Jung lepaskan pelukan.
" Takpe , aunty. Kalau aunty tak tanya sampai bila pun taktahu " ujar aku sambil tergelak sedikit untuk menghilangkan rasa sedih.
" Aunty , Yoonjin rasa.. Yoonjin kena balik dulu. Sebab dah lewat ni. " Yoonjin sekilas melihat jam di tangan kirinya.
" Eh, nak suruh Wooyoung temankan ke ? "
" Takpe aunty. Yoonjin boleh drive sendiri. " jawab aku. Aku tak mahu la menyusahkan Wooyoung tu. Kang membebel je kerja.
" Okay hati-hati "
Aku mengangguk lalu menghadiahkan senyuman kepadanya.
Aku masuk ke dalam kereta dan pulang ke rumah.
~♥♡♥~♥♡♥~♥♡♥~♥♡♥~♥~
Pintu dikuak dari luar , hanya eomma sahaja yang masuk. Wooyoung memandang di belakang eommanya. Tiada Yoonjin. Dia dah balik ke ? Time macam ni ? Jarum pendek menunjuk pukul 12 tengah malam.
YOU ARE READING
My Ex Bully { Jung Wooyoung }
FanfictionSeorang gadis bernama Kim Yoonjin telah kehilangan kedua-dua orang tuanya kerana kemalangan. Dia berpindah dari Ilsan ke Seoul untuk membuang masa silamnya. Sudah beberapa tahun mereka tidak bertemu , akhirnya mereka bertemu di kafe milik Yoonjin...