Wooyoung pulang ke rumah setelah kerja di pejabatnya sudah selesai . Penat tu penat but malam ni dah ada date. Wooyoung membuka pintu rumah. Ternyata hanya eommanya yang berada di ruang tamu.
" Ha dah balik pun ! Pergi siap . Then , keluar dengan Yoonjin " Puan Jung pergi ke arah anaknya.
" Mana Yoonjin ? " soalan pertama yang ditanya oleh Wooyoung. Benda pertama yang dia cari adalah Yoonjin.
" Dia ada dekat bilik bawah tu. Eomma suruh dia siap dekat situ. Kamu pergi mandi.. Sekarang dah pukul 7 malam dah " kata Puan Jung lalu menolak badan Wooyoung .
" Ala eomma... Woo baru balik ni. Bagi lah Woo rehat dulu " ujar Wooyoung malas dan baru hendak duduk di sofa.
" No.. No.. Pergi mandi. Siap cepat " Puan Jung sempat menarik lengan Wooyoung dan menolaknya supaya dia naik ke atas.
Wooyoung dengan terpaksanya naik ke atas. Dia bersiap-siap di atas manakala Yoonjin di bilik bawah.
Setelah 20 minit Wooyoung bersiap , dia turun ke bawah. Wooyoung mencari seseorang dari tadi . Aik. Punya lama la Si Yoonjin ni bersiap. Aku yang dah siap ni pun takkan dia tak siap lagi.
Baru je cakap pasal Yoonjin , pintu bilik bawah itu dikuak perlahan dari dalam. Yoonjin keluar dari bilik itu dengan memakai dress putih yang dibeli oleh Puan Jung tadi. Dress tersebut juga adalah fesyen shoulder off .
Wooyoung dari tadi memandang Yoonjin tidak lepas. Dalam hatinya dah berbunga-bunga. Memang dia akui sangat yang Yoonjin cantik malam ni.
" Ehemm.. Tahu la Yoonjin tu cantik. Dah pergi cepat " ujar Puan Jung untuk menghentikan Wooyoung daripada memandang isterinya.
" Oh.. Okayy.. Jom " ajak Wooyoung. Yoonjin meminta diri kepada Puan Jung terlebih dahulu sebelum keluar.
.
.
.
.
.
.
Semasa memandu , Wooyoung memandang sekilas ke arah Yoonjin. Cuma Yoonjin hanya endahkan perbuatan Wooyoung. Malas hendak bercakap. Hm. Awkward.
Sampai sahaja di restoran tersebut , mereka masuk bersama-sama sambil berpegangan tangan. Itu pun Wooyoung suruh. Entah lah kenapa sejak kebelakangan ni perangai dia agak pelik sikit.
" Yes encik ? Ada book ke ? Kalau ada , boleh saya tahu book atas nama siapa " tanya seorang pelayan perempuan yang berada di hadapan restoran tersebut. Dari luar pun boleh tahu yang restoran ni mewah .
" Ya ada. Atas nama Jung Wooyoung " jawab Wooyoung.
Pelayan itu mencari-cari nama di list di buku tersebut.
" Okay encik boleh ikut saya " kata pelayan itu. Kami mengikutinya sahaja.
Masuk sahaja di satu tempat tersebut , ternyata ada kelopak bunga-bunga di atas lantai dan juga lilin di atas meja. Ala-ala candle light gitu. Macam orang nak propose pun ada.
YOU ARE READING
My Ex Bully { Jung Wooyoung }
Fiksi PenggemarSeorang gadis bernama Kim Yoonjin telah kehilangan kedua-dua orang tuanya kerana kemalangan. Dia berpindah dari Ilsan ke Seoul untuk membuang masa silamnya. Sudah beberapa tahun mereka tidak bertemu , akhirnya mereka bertemu di kafe milik Yoonjin...