Part 34

246 29 6
                                    

          Tangan Wooyoung terus mencapai kunci kereta di atas meja. Lepas je Yunho hantar location , dia memecut ke arah lokasi tersebut. Mengambil masa selama 1 jam juga dari rumah untuk sampai ke destinasi. Perasaan yang tidak sabar membuatkan hatinya berdegup kencang.

Rumah yang agak besar di hadapan Wooyoung membuatkan dia terpana sekejap. Dia tinggal di sini ? Rumah anak yatim ? Kenapa tak pernah tahu yang dia selalu datang sini ? Hati Wooyoung agak tersentuh dengan sikap Yoonjin yang sangat baik serta pemurah.

Wooyoung melepaskan keluhan berat . Dengan rasa risau dan takut , dia perlu kentalkan hati . Yoonjin tak nak dengar penjelasan dia itu , tidak kisah kerana dia ingin berjumpa dengannya sama ada dia baik-baik ataupun tidak. Sihat atau tidak.

Wooyoung keluar dari kereta. Loceng ditekan . Jantung tak usah dikata. Berdegup terlalu kencang sehinggakan seperti mahu meletup. Pintu dibuka dari dalam . Muka Yoonjin terpacul. Rindunya !

Mereka berdua saling berpandangan. Yoonjin terkejut dengan kehadiran Wooyoung. Macam mana dia boleh tahu ? Yoonjin mengetap bibir. Mata mereka bertemu. Nampak mata Wooyoung ikhlas. Di dalam hati Yoonjin , dia sungguh rindukan lelaki itu. Penampilannya agak berubah walaupun 3 hari dia menghilang.

Air liur ditelan payah. Wooyoung menghentikan lamunan lalu dia menghampiri Yoonjin. Tapi Yoonjin menjauhkan diri. Terkedu juga Wooyoung dibuatnya .

" Kenapa awak datang sini ? " soal Yoonjin dingin.

" Saya rindukan awak , Yoonjin " jawab Wooyoung.

" Macam mana awak boleh tahu saya dekat sini ? " suara Yoonjin masih sama.

" Saya tahu dari mana tu tak penting. Saya nak jumpa awak. Tolong lah dengar saya explain dulu " Wooyoung cuba untuk menarik tangan Yoonjin tapi ditepis oleh Yoonjin. Hati sedikit terasa apabila Yoonjin berbuat demikian tapi dia tak boleh salahkan Yoonjin. Pasti hati dia sakit.

Yoonjin mengeluh. Dia pandang Wooyoung lama. Entah di sudut hati , Wooyoung yakin bahawa gadis itu pasti sayangkan dia lagi . Cuma ego yang menghalangnya.

" Kita cakap dekat luar. Saya ada benda nak cakap dengan awak " kata Yoonjin. Walaupun masih berdingin , percakapan Yoonjin masih sama. Tidak berubah kepada aku kau. Wooyoung sangat kagum dengan sikap Yoonjin. Sopan dan lembut.

Mereka berdua duduk di sebuah kerusi . Wooyoung berdehem seketika. Wooyoung ingin meraih tangan isterinya tapi ditahan takut sekali lagi ditepis oleh Yoonjin.

" Saya nak explain semua " ujar Wooyoung. Yoonjin memandang .

" Saya tak nak dengar sebab saya...."

" No , awak kena dengar. Kalau tak sampai bila kita nak macam ni ? " sampuk Wooyoung. Yoonjin menyandar dirinya pada kerusi lalu menyilangkan tangan di dada.

" Saya dengan Hana kena perangkap. Malam tu kami kena perangkap. Taktahu apa-apa. Sorry sayang.. Saya masih siasat benda ni " ujar Wooyoung dengan nada kecewa. Sumpah dia rasa terkilan sebab ini semua punca darinya. Kalau dia tak terima pelawaan Hana , mesti benda ini tak akan berlaku.

" Jadi , awak nak suruh saya buat apa ? Lagipun bukti ada depan mata. Saya nak awak kahwin dengan Hana dan ceraikan saya " kata Yoonjin. Wooyoung memandang Yoonjin dengan pandangan tidak puas hati.

" Saya tak akan kahwin dengan Hana selagi kebenaran yang betul tak akan keluar sebab saya tak bersalah dalam hal ini. Malam itu memang kami tak buat apa-apa " terang Wooyoung bersungguh-sungguh. 

Yoonjin menggelengkan kepala seolah-olah tidak membenarkan Wooyoung berbuat begitu. Yoonjin juga seorang perempuan. Bagaimana kalau Hana mengandung dan Wooyoung tak nak bertanggungjawab atas apa yang dia buat.

My Ex Bully { Jung Wooyoung }Where stories live. Discover now