San baru sahaja selesai kerjanya terus keluar dari biliknya. Dia nak cepat sebab ada temu janji. Hehehehe. Malam semalam San menghantar mesej kepada seseorang iaitu pemilik buku yang dia jumpa pada tempoh hari. Dalam hati sekarang memang rasa tak sabar nak jumpa sebab hari tu kejap sangat jumpanya.
San turun ke bawah dan melihat Wooyoung masuk ke dalam pejabat dengan muka cemberutnya.
" Wooyoung ! Kau laju-laju ni nak ke mana.. Bukan ke kau lunch dengan.. " belum sempat menghabiskan kata , Wooyoung sudah pun menyampuk dan berlalu dari situ.
" Jangan sibuk.. "
San mengerutkan dahi. Apa masalah mamat ni. Ada la tu benda tak kena. Ah , lantak dia lah. Yang penting aku nak pergi jumpa crush aku.
San menaiki kereta dan dia berada di hadapan restoran. San menghela nafas.
" Relaks San.. Jangan nervous " kata San sendirian sambil memegang buku milik perempuan hari tu.
San mencari perempuan tersebut tetapi tak ada. Mungkin belum datang lagi. Jadi , San mengambil tempat duduk di hujung restoran. Sambil menunggu , San membuka telefon. Mana nak tahu dia ada hantar mesej apa-apa ke.
Ting !
-Awak dekat mana ? Saya tak cam awak la -
Mesej dari wanita itu membuatkan San tersenyum. Kelibat seorang wanita mencari-cari seseorang. San mengangkat tangan. Wanita itu perasan dan menunduk 90 darjah kepada San. San membalas.
Wanita itu menarik kerusi di hadapan San.
" Sorry..buat awak tertunggu. " kata wanita itu yang serba salah.
San usah di kata. Asyik pandang je perempuan tu. Cantik betul ! Dah la ada lesung pipit macam aku. Hehehehehe. Sesuai betul. Jodoh-jodoh.
" Takpe.. Saya okay je " kata San sambil tersenyum malu. Haish , kau ni kenapa San. Nanti dia ingat aku tak betul. Dah angau teruk ni.
Seorang pelayan lelaki mengambil pesanan kami berdua.
" So , awaklah Choi San ? " soal perempuan tersebut.
San hanya mengangguk.
" Awak.. Choi Hyejin.. Kita dah kenal semalam kan .. Mesej " kata San yang agak janggal.
" Hm ya "
" Oh ni buku awak . Sorry kalau saya terbuka satu page dan terbaca " kata San sambil menggarukan leher yang tidak gatal.
" Awak baca ? Hm malunya saya " muka Hyejin mula berona merah. Haish.
" Awak memang suka tulis quote eh ? Saya suka quote awak " ujar San.
Hyejin mengangguk sambil tersenyum.
Tengok tu lesung pipit dia. Mana tak jatuh hati.
Tidak lama kemudian , makan pun sudah sampai. Mereka menjamu selera sambil berborak-borak.
" Hyejin.. Kalau kita jadi kawan boleh kan ? " soal San.
" Hm.. Boleh but kita tak boleh selalu jumpa " jawab Hyejin.
" Kenapa ? "
" Sebab.. Saya dah ada namchin "
Zasss..
San mendengar perkataan namchin terus kecewa tak berlagu. Kenapa dia dah ada namchin ? Tadi dalam hati ada taman , sekarang taman tu dah hancur. Dah remuk-remuk dah.
YOU ARE READING
My Ex Bully { Jung Wooyoung }
FanfictionSeorang gadis bernama Kim Yoonjin telah kehilangan kedua-dua orang tuanya kerana kemalangan. Dia berpindah dari Ilsan ke Seoul untuk membuang masa silamnya. Sudah beberapa tahun mereka tidak bertemu , akhirnya mereka bertemu di kafe milik Yoonjin...