Part 37

277 30 1
                                    

3 bulan kemudian ,

      Keluar sahaja dari klinik , Wooyoung memegang isterinya. Takut kejadian lama berlaku sekali lagi. Kandungan Yoonjin sudah mencecah 4 bulan. Perutnya semakin membesar.. Jantina baby masih belum ketahui kerana baru beberapa bulan.

Wooyoung membuka pintu kereta di bahagian penumpang di sebelah pemandu. Yoonjin masuk dan duduk . Wooyoung menunduk seketika dan mengusap perut Yoonjin.

" Anak daddy duduk diam-diam harini . Jangan bagi mama penat. Kita nak jalan-jalan harini " ujar Wooyoung sambil mengusap perut Yoonjin.

Kening bertaut menyebabkan Yoonjin bingung. Jalan-jalan ? Yoonjin memandang Wooyoung supaya dia memberitahu jawapan tetapi jangan harap. Lelaki itu tidak pernah memberitahunya. Hanya senyuman sahaja dia beri. Wooyoung menutup pintu di sebelah penumpang lalu masuk ke dalam bahagian pemandu.

Yoonjin memandang Wooyoung dengan riak muka marah. Dia memegang stereng kereta supaya Wooyoung tidak dapat membawa.

" Sayang.. Macam mana saya nak bawa kereta kalau awak pegang stereng ? " soal Wooyoung dengan nada lembut.

" Awak tak bagitahu saya pun nak pergi mana " Yoonjin menarik muka.

Wooyoung tergelak kecil melihat gelagat si isteri. Comel.

" Kalau saya bagitahu. Memang dah tak surprise sayang. " kata Wooyoung. Tangan Yoonjin melepaskan stereng kereta.

Sejak-sejak Yoonjin membawa budak di dalam perut , sikapnya makin lama makin aneh. Cepat merajuk dan moody. Kadang-kadang Wooyoung tak larat melayan kerenah Yoonjin. Setakat ini , mengidam dia tak teruk lagi. Kalau dia minta benda pelik-pelik , tak ke mampus nak pergi cari benda yang pelik.

Senyap sahaja di dalam kereta . Hanya lagu ' Dynamite ' milik BTS sahaja bermain di radio. Kereta laju meluncur ke destinasi yang ingin dituju. Yoonjin tertidur di dalam kereta.

Tidak sampai 30 minit , mereka telah sampai ke bandar Ilsan di mana kenangan sewaktu sekolah berlaku di sini. Banyak kenangan yang diciptakan tetapi tak seindah yang disangka. Siapa sangka orang yang selalu dia buli akhirnya menjadi isteri sendiri.

Kereta diparkir elok pada kotak yang disediakan. Wooyoung mengejut Yoonjin yang sedang lena tidur.

" Sayang... Bangun , kita dah sampai " kejut Wooyoung. Yoonjin menggeliat kecil apabila terdengar suara Wooyoung yang mengejutnya. Mata dibuka lalu memandang suaminya di sisi.

" Kita dekat mana ? " soal Yoonjin. Mata ligat meliarkan di kawasan tersebut . Dia kenal kawasan ini. Ini kawasan sekolah. Sekolah lamanya di mana Wooyoung buli dia dulu.

" Kenapa awak bawa saya ke sini ? " soal Yoonjin bingung. Wooyoung tersenyum kecil .

" Jom turun ? " kening Wooyoung dijongket. Yoonjin mengangguk kecil lalu keluar daripada kereta.

Mereka berdua berjalan di belakang sekolah di mana kejadian sewaktu umur 16 tahun ketika itu. Sejak kejadian itu , Yoonjin terus pindah sekolah.

" Kenapa awak bawa saya lorong belakang sekolah ni ? " soal Yoonjin. Dia tak nak ingat semua benda ni tapi kejadian ini membuatkan dia rasa benci pada Wooyoung yang membuak-buak.

" Saya nak minta maaf pasal kejadian lama " ucap Wooyoung.

Flashback

Yoonjin selalu pulang ke rumah dengan menggunakan lorong belakang sekolah. Lebih cepat sampai rumah jika dia menggunakan lorong ini. Cermin mata yang melorot ke hidung ditolak. Buku yang dibawa balik dipegang kemas.

My Ex Bully { Jung Wooyoung }Where stories live. Discover now