Part 23

287 36 1
                                    

            Selesai sarapan , Wooyoung dan Yoonjin pulang dan pergi ke rumah oppa Yoonjin.  Lagipun dia dah janji dengan Taehyung , yang hari ini dia akan datang dengan Wooyoung. 

" Eomma.. Kitaorang balik dulu.  Lepasni nak pergi rumah Taehyung hyung pula " ujar Wooyoung.

" Ye lah.  Nah , Yoonjin bagi ni dekat oppa kamu " Puan Jung menghulurkan bekas makanan kepada Yoonjin. 

Yoonjin hanya mengangguk lalu memeluk Puan Jung. 

" Nanti kalau kamu berdua free.. Datang la lagi.  Mana nak tahu tiba-tiba bawa cucu pula " kata Puan Jung lalu melepaskan pelukan tadi.  Wooyoung membuat muka kepada eommanya.

" Eomma...  " nada Wooyoung agak down. 

" Ish , Wooyoung ni eomma gurau je.  " Puan Jung ketawa apabila riak Wooyoung terus berubah bila sebut perkataan cucu. 

" Ye lah eomma.  Wooyoung dengan Yoonjin balik dulu.  Nanti kalau kami free..  Kami datang lagi " kata Wooyoung lalu keluar dari rumah. 

Puan Jung menghantar mereka berdua sampai depan pintu. Mereka menaiki kereta dan terus meluncur ke rumah oppa Yoonjin pula. 

Selama 30 minit , hanya radio sahaja yang berteman di dalam kereta.  Mereka tidak bersuara langsung ketika perjalanan.  Yoonjin sudah tentu membuang pandangan ke arah tingkap . Walaupun dari dalam kereta tak berapa nak nampak sangat warna langit yang cerah itu , tapi Yoonjin tetap melihat ke arah luar. 

Wooyoung pula fokus membawa kereta sambil menyanyi perlahan untuk hilangkan rasa bosan.  Nak cakap pun taktahu nak cakap apa. 
Lagu Aurora dimainkan di corong radio yang dinyanyikan oleh kumpulan idol iaitu ATEEZ. 

" Wooyoung.. " panggil Yoonjin yang sedang memandang ke arah Wooyoung. 

" Emm.. "

" Macam mana dengan kawan awak yang hari tu ? Dia dah confess ke ? " soal Yoonjin.  Entah kenapa dia nak tahu sangat kawan Wooyoung tu.  Sedangkan kawan-kawan Wooyoung , takdelah kenal sangat. 

" Kau ni dari semalam tanya soalan ni.  Kenapa ? " Wooyoung tidak menjawab malah menyoal Yoonjin semula. 

" Entahlah.  Saya taknak kawan awak menyesal.  Tu je " ujar Yoonjin. 

" Hm..  Sebenarnya.. " Wooyoung terhenti bicara.  Yoonjin menjongket kening ingin tahu. 

" Dia takut nak confess.  Takut perempuan tu benci dia.  Then , kawan saya tu dah bagi hint sikit-sikit tapi perempuan tu still tak perasan...macam kau " sambung Wooyoung namun 2 perkataan diperlahankan. 

" Macam apa tadi ? " soal Yoonjin sambil mengerutkan dahi. 

" Takde apa lah "

" Oh ,jadinya kawan awak tu takut la ye.  Awak pesan dekat dia.  Kalau dia lambat confess , lambat la nak dapat perempuan tu .  Kalau saya jadi perempuan tu ..  Saya terima tau " Yoonjin memeluk tubuh lalu memandang Wooyoung. 

" Oh okay..  Kalau aku yang confess ? Kau terima ke ? " soal Wooyoung memandang Yoonjin sekilas yang berada di sebelah. 

" Nae ? " Yoonjin mula mengerutkan dahi.  Erk.

" Dah la jom.  Dah sampai pun.  Kau lupakan apa yang aku cakap tadi " kata Wooyoung lalu keluar daripada perut kereta. 

Yoonjin masih kaku.  Apa maksud dia ? Dia nak confess ?

Tingkap diketuk membuatkan Yoonjin tersedar.  Dia memandang ke arah tingkap.  Wooyoung sedang mengetuk . Aku keluar daripada kereta.

" Kenapa lah suka tercegat ? " Wooyoung memandang Yoonjin. 

My Ex Bully { Jung Wooyoung }Where stories live. Discover now