Yoonjin sedang membuat sarapan di dapur . Dia membuat roti telur untuk dihidang kepada si suami. Selepas je kejadian semalam , kami berdua mengungkapkan satu kata yang tak pernah rasai sebelum ini iaitu bahagia. Mana taknya sebelum ni kan buli then geram dengan perangai si Wooyoung tu.
Aku meletakkan roti telur yang sudah masak di atas meja. Wooyoung yang baru siap sedang turun ke bawah. Aku membuka apron lalu digantung .
Aku pergi ke meja makan. Wooyoung bermain telefon. Aku menegurnya.
" Asal tak makan lagi ? Kang lambat , macam mana "
" Saya tunggu awak la. Jangan risau saya kan boss " jawab Wooyoung lalu mencuit hidungku. Sejak semalam juga , Wooyoung dah tukar panggilan .
Aku mengecilkan mata. Ada je dia nak menjawab.
" Awak ni.. Boss mana boleh lambat-lambat. Nanti apa pula pekerja cakap " kata Yoonjin.
" Saya suka tengok awak marah. Comel " kata Wooyoung sambil memandang aku.
Aku tidak melayan Wooyoung lalu mengambil roti dan makan. Wooyoung masih memandang aku.
" Kenapa awak tak makan ? " tanya Yoonjin kepada Wooyoung yang masih memandang aku. Angau teruk dah ke.
" Saya nak awak suap .. Aaaa.. " jawab Wooyoung lalu membuka mulut untuk Yoonjin menyuapnya.
" Amboi.. Mengadanya. Suap sendiri " kata aku sambil makan lagi.
" Aipp... Tak baik tau buat suami macam ni. Dah la saya pergi dulu.. " Wooyoung bangun lalu aku menarik lengannya.
" Alolo... Meh sini saya suapkan "
Wooyoung duduk semula lalu aku menyuap roti itu ke dalam mulutnya.
" Sayang juga awak dekat saya " kata Wooyoung sambil makan.
Aku berhenti makan dan senyum ke arah Wooyoung.
" Mestilah sayang. "
" Tu makan sendiri eh. Jangan nak mengada sangat " sambung Yoonjin sambil menuding jari ke arah roti yang ada di dalam pinggan.
Kedengaran Wooyoung mula ketawa. Aku memandangnya dengan pelik.
" Kenapa awak gelak ? "
" Garang eh awak. Hahahahahaha " jawab Wooyoung sambil ketawa lagi.
Aku mula menggulingkan mata. Ada je dia nak membahannya. Masih lagi tersisa ketawanya.
Aku naik ke atas lalu turun ke bawah semula.
Wooyoung juga telah habis makan . Aku membetulkan tali lehernya yang agak senget itu. Semasa aku sedang membetulkan tali lehernya , sempat Wooyoung menghadiahkan sebuah ciuman di dahi aku. Aku memejamkan mata tanda geram.
Aku mencekak pinggang. Boleh pula dia buat macam tu. Dia masih tersengih. Eee... Nasib comel tau.
" Saya pergi dulu.. " kata Wooyoung lalu mengusap rambutku.
Aku tersenyum lalu menghantar pandangan Wooyoung ke luar rumah. Jadi kerja aku di rumah sudah habis , sekarang kerja aku di kafe pula. Aku mengambil beg tangan milikku lalu keluar pergi ke kafe.
Sampai sahaja di kafe , aku di sambut oleh ucapan selamat pagi daripada Mia dan Chaeyoung. Mereka mula mengusik aku lagi sekali. Tak sah la kalau tak sakat aku tu.
" Unnie.. Senyum sampai ke telinga tu. Bahagia betul eh ? " ujar Chaeyoung yang sedang menyusun kek ke dalam peti ais.
" Mestilah.... " jawab aku sambil menayangkan senyuman.
YOU ARE READING
My Ex Bully { Jung Wooyoung }
FanficSeorang gadis bernama Kim Yoonjin telah kehilangan kedua-dua orang tuanya kerana kemalangan. Dia berpindah dari Ilsan ke Seoul untuk membuang masa silamnya. Sudah beberapa tahun mereka tidak bertemu , akhirnya mereka bertemu di kafe milik Yoonjin...