Bab 10

673 34 3
                                    

Aina menampar Zarina. Adik-beradik itu berpakat menjodohkannya , dengan lelaki yang pernah selalu dipandang rendah dulu ;Tengku Zaril?!.

" Aina!" Marah Zaril terhadap Aina menampar adiknya.

" Apa Aina Aina?!. Korang dah gila?!.  Zarin?!.  Kau pandai-pandai nak jodohkan aku dengan abang tak guna kau?!" Aina menunding jari pada Zaril. 

Zarina mencapai tangan Aina. Dia faham bagaimana perasaan Aina apabila hatinya terluka.  Aina suka Zaril,  tapi Zaril sukakan Syazira.  Zaril pula nak memperisterikan Aina semata-mata nak ngelak dihina. Aina menepis pegangan Zarina.

" Jangan sentuh saya!"

" Aina,  tolonglah. Abang aku perlukan kau sangat-sangat.  Kau sanggup tengok abang kita dihina? "

Abang?.  Istilah ' abang ' dalan diri aku telah dihapuskan!.  Dia tolak cinta aku mentah-mentah,  tak ada jodohlah,  boleh jumpa lelaki lebih baik dari dia,  last-last dia suruh aku kahwin dengan dia,  sebab nak menujuk-nunjuk?!. 

" Ohh....  baru sekarang orang tu nak mengaku abang?.  Atau...  orang tu nak mempergunakan orang supaya bila dah famous,  orang tu ceraikan aku, dia pula dapat perhatian?"

Zaril dan Zarina mengucap panjang.  Allahuakbar... 

Zaril punca semuanya.  Salah dia pergi tolak luahan perasaan budak tu awal-awal.  Dia pula merayu teruk sekarang nakkan budak tu. 

" Aina!.  Kau jangan tuduh abang aku!. Niat kitorang ikhlas!.  Abang akan bayar mas kahwin seberapa awak nak! "

Bayar mas kahwin?.  Kau ingat aku barang dagangan ke apa?. 

" Korang hidup zaman bila?.  Zaman sistem barter?.  Hahahah!. Kesiannya.  Selama ni,  korang anggap aku barang jualan lah ya?.  Korang ' beli ' aku,  sekarang korang nak tukar aku jadi mas kahwin pula?.  Wow!.  Sungguh menarik!"

" Aina...  tolong abang kali ni. Abang janji akan jaga Aina"

" Jaga?.  Abang tak ingat macam mana abang reject   Aina masa dekat hospital dulu?.  Abang bukan main cakap, Aina terlalu baik untu abang!. Aina akan jumpa lelaki lebih baik dari abang!.  Aina faham sekarang kenapa abang reject.   Sebab....  KAU!.  TENGKU ZARINA!. KAU HASUT DOKTOR ZARIL!!!! " Aina menolak Zarina sehingga dia terkena bucu meja  kopi lalu pengsan. 

" Zarina!!" Zaril mendapatkan Zarina. Zarina berposisi menelentang.  Dahinya berdarah. 

" KAU DAH MELAMPAU,  NUR AINA AISYAH BINTI TAJUDIN!.  KAU KELUAR DARI RUMAH AKU,  SEBELUM AKU PANGGIL PENGAWAL!!! "

Aina segera angkat kaki. Rumah ini tidak menerima kehadirannya lagi.  Selamat tinggal...  Mak Habibah... . Air mata Aina menitis.  Dia mengemas barang-barangnya dan beredar keluar.

***************

3 tahun kemudian

Aina melirik skrin kenalan pada telefon.

Contact : Zarina Zarin

Entah apa khabarnya sekarang.  Aku berpura-pura tidak peduli perkembangannya,  meskipun aku teringin hendak tahu. Instagram Zaril sudah tinggal 3 gambar saja.  Dulu, akaunnya mempunyai 120 gambar.  Semenjak aku mengikuti akaun dia setelah aku memujuk diri,  agar kembali mengikutnya di Instagram, Zaril terus memadam semua gambar  Zarina dan dia sendiri. 

3 keping gambar itu ialah bunga,  buku dan kata-kata bijaksana.  Kali terakhir Zaril aktif,

Tengku Zaril Ar-Rasyid

3 tahun lalu

Nampak tak?.  Dia marahkan aku.  Ya, aku tak sengaja tertolak Zarina sampai pengsan.  Aku bersalah sangat...  Ya Allah....

Dua hari selepas kena halau,  Mak Habibah telefon aku.  Dia risau kenapa aku tak ada.  Aku katakan padanya : " Mak,  Aina dah kena daftar asrama.  Sorry tak bagitau Mak.  Aina sayang mak".

Mak Habibah mungkin tak percaya.  Pada waktu itu,  aku belum SPM... dan belum dapat tawaran mana-mana Universiti. 

Ok,  aku tak pandai menipu.  Banyak kali Mak Habibah memujuk aku agar aku kembali ke Banglo itu , aku menolak dengan lembut.  Tentang pergaduhan aku,  Abang Zaril dan Zarina,  aku rahsiakannya.  Mereka anak Mak.  Aku tak nak Mak Habibah membenci mereka kerana mereka bergaduh dengan aku. 

Aku sayangkan mereka...

Siling bilik sewa berwarna kuning lembut ditatap. Aina menyewa sebuah bilik murah tidak jauh dari bandar. Bolehlah daripada kena tidur bawah jambatan.  RM 100 deposit dihulur,  dapatlah satu bilik usang.  Mula-mula masuk,  Ya Allah...  baunya hanya Tuhan saja tahu.  Aku terus pergi beli barang : cadar baru,  cat,  pewangi bilik  dan berus jamban. Aku hias bilik aku cantik-cantik.  Taklah secantik bilik di banglo Zarina. Tapi, oklah.  Cantik dipandang. 

Gruk!

" Laparnya... bekalan mi segera dah habis pulak... "

Aina telah bekerja sebagai pelayan kafe.  Gajinya RM 1500 sebulan.  Wah...  korang dah terbayang bestnya dapat duit banyak kan?.  Tak, tak,  tak !. Jari telunjuk Aina bergerak kiri kanan. RM 1500 tak cukup untuk aku beli makanan,  bayar bil elektrik dan api!.

Aina tiada pilihan.  Dia bersiap lalu mencari restoran berdekatan. Aplikasi Grab dibuka.

Destinasi anda : Restoran mamak.

Huhuhu. Paling senang nak order apa.  Cakap Nasi Goreng Telur ekstra,  confirm dapat telur mata lembu tambah telur goreng keju! . Berat aku?.  Psst psst.  Next page. 

Lagi 5 minit Grab sampai.  Tunggu lah.  Aina ternampak seorang lelaki tua hendak melintas jalan.  Terdetik hati Aina menolong pak cik itu. 

" Pak cik, saya tolong pak cik lintas jalan? " Aina mempamerkan senyuman lantas memimpin tangan pak cik itu. 

" Datuk!.  Puas Wan cari!.  Datuk jangan merayau-rayau lagi! "

" Atuk nak pergi makan.  Wan lambat"

Tingginya lelaki ni...

Ok,  aku pendek. Hahaha.  Lelaki memanggil dirinya ' Wan '  menjeling sinis padaku. 

" Kau nak culik Datuk aku?" Wan menyilang tangan.  Aku segera menggelengkan kepala.

" Tak!.  Saya bukan nak culik Datuk awak!.  Saya nampak Atuk nak lintas jalan!. Saya tolonglah!  "

Pft

" Really? "  Sinis ujarannya. 

Datuk meleraikan pergaduhan kami. 

" Adik comel,  cucu degil.  Sudah lah.  Tak elok membenci. Nama pak cik Ghaffar.  Ini cucu tunggal pak cik,  Zawani.  Dia doktor pakar bedah.  Adik ikut kitorang makan?.  Atuk belanja. "

Zawani meluat.  Sesuka hati saja atuknya mengajak orang asing!.  Gemuk pulak tu budak ni!..






























































Dia girlfriend DoktorWhere stories live. Discover now