Aina menyarung tudung sekolah pengawas perpustakaan. Hari ni dia bangun seawal 6 pagi. Selepas dia solat, Aina terus bersiap memakai baju sekolah. Insiden 2 hari lepas memang tak boleh dilupakan. Bagaimana perasaan Doktor Zaril?. Meskipun baru mengenali abang angkatnya sebagai Doktor Zaril, sikap lelaki itu sukar ditafsir.
Aina melepas keluhan kecil. Bersemangat Aina!. Kau tak boleh tunjuk kau sedih sama!. Doktor Zaril perlukan sokongan keluarga!. Aina menuruni anak tangga menuju dapur. Zarina belum siap ?. Tiada sorang kelibat manusia di dapur. Mak Habibah sudah pergi kerja jam 5.30 pagi. Hurmm, aku kena masak sarapan lah nampaknya.
Aina membuat bento untuk dia, Zarina dan Abang Zaril. Bento merupakan bekal makanan buatan rumah berstail Jepun serta dihias cantik. Aina memang pakar buat Bento.
" Assalamualaikum, Aina buat sarapan untuk kitorang ya?. Baiknya Aina" Zaril datang mengejut. Dia berbisik pada telinga Aina, Zaril meniup telinga Aina. Aina geli-gelaman ada seseorang sesuka hati meniup telinganya.
PAP!
Aina memukul bahu Zaril.
" Hah!. Padan muka!. Jangan Kacau lah. Aina tengah sibuk buat bekal. Nanti tak siap, kebulur pulak"
" Aina buat apa?. Pelik-pelik lah Aina buat. Siap ada muka kartun " Di atas nasi ada muka panda diperbuat dari rumpai laut. Apa Zaril tengok tu bekal makanan Aina. Aina suka panda. Zarina pula berbola ikan, Zaril telur goreng gulung. Aku ubah sikit lauk Jepun kepada citarasa lauk Malaysia.
" Ini namanya Bento"
Bentong?. Hulu Bentong?.
" Tahulah abang tak tahu apa Aina sebut tu. Tapi, janganlah main-mainkan abang " Zaril mencapai mug, serbuk kopi nescafe dimasukkan ke dalam mug. Air panas dituang dan digaul. Pagi-pagi tak pekena kopi, rasa tak lengkap.
Kopi dibru sendiri, memuaskan hati yang lara. Huhuh.
Ada bakat jadi model kopi tak?.
" Apa pula Aina mainkan abang?. Memang betullah ni bento atau bekal makan stail Jepun"
" Hah, tu Aina sebut Bentong lagi. Betul-betul lah Aina ? "
Eeii.... orang cakap bento, dia jawab Bentong.
" Abang cari dekat google lah apa tu bento!"
Zaril menghidupkan telefon, dan mencari maklumat tentang Bento.
**************
Bengkel Pendidikan Seni Visual
Cikgu Farhana, guru subjek PSV memuji kehandalan Aina menggabungkan medium warna air. Aina dijadikan contoh, Cikgu Farhana mendaftarkan namanya masuk bertanding ke Top 10 Young Outstanding Award 2020 anjuran Universiti The One Academy, iaitu acara pertandingan melakar dan mewarna peringkat daerah Johor. Jika Aina tersenarai 5 terbaik di pusingan 2 , dia akan bertanding di The One Academy Hall Sunyway Pyramid, Selangor untuk pusingan akhir bagi merebut gelaran juara serta memenangi biasiswa tajaan sebanyak RM 600,000.
" Untunglah cikgu daftarkan nama kau, Aina. Aku tak pernah masuk bertanding acara luar" Zarina sedikit cemburu. Tapi, bukan maksud dia nak cemburukan Aina. Dah memang tu bakat Aina. Zarina juga ada bakatnya tersendiri. Seperti pernah mewakili sekolah dalam sukan badminton mengalahkan sekolah tinggi Johor Bahru. Piala emas tau.
" Thanks .... . Aku kena practice lah kan balik nanti? ".
" Ya lah. Ni melibatkan sekolah!. Kau jangan malukan kitorang!. Bawak balik biasiswa RM 600,000 tu! "
" Amboi. ... kau ingat duit tu untuk enjoy?"
Zarins tersengih.
" Aina, abang aku bagitau balik nanti kita naik Grab. Dia ada pembedahan sampai 4 petang. Kau nak singgah hospital abang aku ke?. Atau... kau memang nak ke sana? " Zarina merapatkan Aina pada dia. Zarina menyondol pipi Aina yang gebu.
" Hishh!. Aku nak balik!. Aku busy! "
Tapi, Aina memang nak pergi sana. Hati dah meronta-ronta nak tengok wajah kacak Doktor Zaril, tambah-tambah pula dia pakai kot putih!. Cair!.
Zulhaimi, berhenti depan meja Aina dan Zarina. Aina mendongak kepala. Zulhaimi antara 5 murid 5UM paling popular kerana kebijaksanaannya menyelesaikan Matematik Tambahan, hanya 5 minit.
" Ya?"
Di tangan Zulhaimi terdapat sekotak coklat jenama Patchi.
" Saya... saya nak berikan awak ni"
Coklat patchi?. Zarina terjerit.
" Wow!!!!. Coklat Patchi!. Zul... kau ada hati dekat kawan chubby aku ke ni? " Kening Zarina terangkat-angkat . Aku menyekeh siku Zarian dek keceloparan mulutnya.
" Aku suka kau, Aina Aisyah... "
Murid 5 UM terkejut. Zulhaimi yang popular meluahkan perasaan pada si gemuk tu?!. Mereka saling memandang Aina dengan wajah tak puas hati. Walaupun Aina dan Zulhaimi sekelas, dia tidak berapa mengenali lelaki ini. Bukannya rapat sangat.
" Zul, terima kasih. Tapi saya tak boleh terima awak. Kita kawan okey?"
Riak wajak Zulhaimi berubah kecewa.
" Tak apa, Aina... saya faham"
Dia kembali duduk di tempat duduknya. Aina menarik nafas lega. Zarina menujuk ibu jari ' bagus '.
*************
Syed Huzir segera mengunci gudang bawah tanah banglo mereka. Sesiapa tidak boleh tahu rahsia mereka. Hanya dia dan Ibu Rabbiah saja boleh tahu apa di sebalik gudang ini.
Ibu Rabbiah, ibu kepada Syed Huzir.
" Huzir?" Ibu Rabbiah muncul di belakang anak lelakinya , yang bermandi peluh. Ibu ni... muncul mengejut lagi. Suka sangat buat anaknya terkejut.
" Ibu, jangan risau. Mayatnya tiada siapa boleh jumpa. Tengku Zaril lagi lah. Ibu, mujur saja kita sempat bunuh Syazira Ummirah sebelum dia mengahwini Tengku Zaril. Dia tak tahu siapa sebenarnya Syazira"
" Kamu dah pastikan mayatnya tidak berulat? "
" Ya, Ibu. Huzir dah periksa. Huzir letak mayat Ummi dalam peti sejuk" Huzir berjalan sambil memasukkan tangan dalam kocek seluar.
" Ingat Huzir. Perempuan tu akan bocorkan rahsia kita kalau dia berjaya berkahwin dengan Tengku Zaril Ar-Rasyid. Kamu memang bijak, Huzir. Kamu senyapkan dia pada masa yang tepat"
" Rahsia apa ibu sampai kita perlu bunuh Syazira? "
" Syazira sorang gadis sangat liar dan jijik. Dia pernah ugut bapa kamu untuk mengahwininya. Bapa kamu memberikannya wang. Tetapi, Syazira jauh lebih bijak. Dia ugut kita semua untuk beritahu rahsia kita sebenarnya bukan keluarga berpangkat tinggi. Kita hanya insan yang datang dari lorong jijik . Bapa kamu ambil Ibu jadi isterinya. Perempuan tersebut kembali. Dia tahu kita berasal dari lorong yang jijik. Kerana, dia berasal daripada tempat yang sama. Syazira dah lama kenal bapa kamu sebelum dia selamatkan Ibu. Dia seorang yang sangat merbahaya"
YOU ARE READING
Dia girlfriend Doktor
RomanceDoktor Tengku Zaril, telah membuatkan hati Aina berdegup laju. Pada mulanya, Aina hanya lah pesakit biasa. Namun, layanan Dr.Zaril yang baik hati itu, Aina mula rapat dengannya. Boleh ke Zaril menerima dirinya yang chubby?. Hurmm...