Seminggu kemudian
Kelas Tingkatan 5 UM
Aina memulakan sekolah seperti biasa. Seminggu keluar hospital, dah rindu dengan doktor dekat sana. Zarina menyapa Aina. Lama tidak bertanya khabar Aina sejak dia kemalangan beberapa bulan lalu. Kes kemalangan itu masih misteri lagi.
" Hai Aina!. Rindunya aku pada kau!". Zarina peluk Aina kuat-kuat. Tak nak lepas!!! . Murid lain memandang sinis dua orang itu. Accident sikit rindu!. Khabar berita Aina terlibat dalam kemalangan, tersebar luas dalam warga sekolah. Aina terharu sahabatnya sorang ni sedang merindui dirinya. Dia memeluk kembali Zarina. Cikgu subjek Matematik belum masuk lagi. Apa salahnya mengadakan sesi peluk-memeluk?.
" Zarin.... aku pun rindukan kau... . Doktor dekat sana buli aku... " Zarina macam tak percaya Aina berkata sedemikian. Tersentak seperti terkena kejutan elektrik. Ya ya je. Doktor buli budak chubby ni?.
O. M. G!
" Ya ke?. Sorry lah masa kau kat hospital, aku tak dapat lawat kau. Keluarga aku sibuk uruskan pertunangan majlis abang aku"
" Abang?. Abang kau bukan belajar dekat Australia ke?. Bila masa abang kau balik sini?. Apa pun, Mak cik Habibah sihat?. Aku nak minta resipi puding jagung dia boleh? " Puding jagung Mak Habibah memang sedap!. Rasa jagung asli, susunya lemak manis!. Fuhh.... kalau bulan puasa, mahu ngap terus tengah hari buta.
" Alhamdulillah mak aku sihat. Boleh, nanti aku tanya mak aku. Tak payah malu-malu. Kau dengan mak aku kan rapat?. Mak aku dah anggap kau macam anak dia. Kiranya, kita Adik-beradik lah. Hahahah! " Zarina ketawa tak bertapis. Sampai meja, kelas sebelah dengar bunyi ketawa Zarina. Aku menggeleng kepala. Syazmimie mengetuk meja Aina. Aina terkejut beruk.
" Hoi!. Kau baru accident, tak bermakna kau dilayan macam Tuan Puteri!. Jari ditunding tepat pada wajah Aina. Apa hal dia tu?.
" Syaz, aku ni baru nak baik tau!. Kau nak aku patah-patahkan, lenyek-lenyek jadi ayam penyek? " Ugutku berani. Syazmimie mengherotkan bibir. Menyampah!. Aku tahu perbuatan tadi tidak baik dan tidak patut dicontohi budak-budak menengah rendah. Kitorang tingkatan 4-5 macam abang kak long. Berkuasa seluruh sekolah!. Muahaha!. Opss, tak baik tak baik. Akau budak baik. Aku tak nak jadi gangster. Ahli ilmuwan mungkin. Aku suka baca Bibilografi, buku sejarah. Zarina pun pelik dengan sikap aku yang suka baca buku tajuk berat . Zarina lebihkan novel cinta. Tapi, aku juga suka membaca novel cinta bergantung pada isi kandungannya. Jika ada isu seks, tolak tepi.
Syazmimie tidak dapat bermain api dengan Aina. Cikgu Anita melangkah masuk ke kelas membawa set objek 3 D : kon, segi empat , segi empat panjang dan sfera.
Aww.... seharian aku akan dalam kebosanan... . Aku tak suka topik sudut...
Kejap
Tempat Zahidi kosong?.
" Zarin, kenapa tempat Zahidi macam dah lama tak bertuan? "
Zarina serba salah hendak memberitahu Aina.
" Aina... Zahidi.... dia dah tak ada... . Dia kemalangan masa nak berpindah ke Kuala Lumpur. Aku harap kau sabar... "
Cikgu Anita menegur Aina dan Zarina kerana masih berbual. Buku latihan tak keluarkan lagi. Ini ke perangai murid 5 UM yang serba bagus?.
Aku tak ada rasa apa-apa pun bila dapat tahu Zahidi meninggal dunia. Hati aku dah tawar sejak dia tolak aku mentah-mentah tambahan pula, kawan satu gengnya mengejek-ejek aku, kata nya aku ni beruang????.
Yang pergi, dibiarkan pergi.
************
Barang hantaran : 2 bentuk cincin, kasut pengantin perempuan, sejadah, minyak wangi Echanter disusun cantik di pelamin berwarna ungu lembut. Mak cik Habibah memilih warna tersebut. Bakal menantunya suka warna tu. Abang si Zarina bersetuju menjadikan warna itu sebagai warna majlis pertunangan mereka.
Aku tak nampak mana abang Zarina?.
Zarina bersama kumpulan bunga telur. Nama je bunga telur. Isi dalamnya gula-gula dan coklat. Seronok aku nampak Zarina bergelak ketawa dengan geng mak cik-mak cik itu. Mesra dan riuh!. Aku bersimpuh sebelah Zarina.
" abang kau mana?"
" Dia sibuk. Kejap lagi balik . Bakal kakak ipar aku ada dekat dapur. Nama dia Kak Mi "
Kak Mi?. Aku meminta diri untuk ke dapur. Nak lihat siapa bakal kakak ipar angkat aku. Hehehe. Seorang wanita cantik bertudung labuh, sedang mengacau rendang bersama Mak Habibah.
" Assalamu'alaikum, Mak... "
" Waalaikumsalam, hah Aina!. Ada pun kamu!. Ummi, ni Aina. Anak angkat Mak. Kamu dah kahwin nanti, anggaplah Aina adik kamu juga" Habibah mengelap tangan di apron untuk ku bersalaman. Ummi pusing menghadap Aina. Masya Allah. Cantik dan manis orangnya. Kakak ni tak pakai makeup kan?. Untung abang Zarina.. Haihh... aku?. Zahidi main tarik tali.
" Hai, Aina ..." Sapa Ummi lembut.
Aina menyalami tangan Ummi. Ummi mengusap kepala Aina. Dia teringin nak ada adik sendiri. Tuhan hendak beri bakal dua adik ipar dah cukup bersyukur.
" Tahniah, Kak Ummi... " Aina memeluk pinggang Ummi. Ummi tersenyum. " Terima kasih. Aina nak tolong akak dan Mak masak?. Atau Aina nak tolong akak bersiap?. Kejap lagi majlis dah nak bermula"
Masak?. Aku tak pandai masak. Masak air reti lah.
" Errr... tak apalah Kak Ummi. Saya duduk di ruang tamu, tolong Zarina buat bunga telur"
Ummi mengangguk.
Para tetamu yang dijemput telah sampai. Keluarga belah perempuan macam orang kaya je?. Tengoklah beg tangan akak-akak tu. Jenama Gucci, Bonia. Hebat Zarina dapat kakak ipar yang kaya. Hehehe.
" Kau bertenggek dekat sini kenapa?. Orang dah ramai, Aina!. Kau pergi tengok abang aku dah sampai ke belum kat luar! " Zarina bercekak pinggang mengarahkan aku. Zarina sudah memakai baju kurung moden berwarna krim serta tudung bawal merah jambu. Lengannya dilipat.
Aina keluar rumah. Cari abang Zarina. Tak keluar cari abang dia menyinga pulak!. Aku ternampak Doktor Zaril a.k.a doktor handsome di tempat kereta, bersamping dan berbaju melayu persis pengantin.
" Doktor Zaril? "
" Aina?. Kamu buat apa di sini? "
" Saya kawan Zarina"
Zaril mengangguk faham. Dia mengajak ku masuk bersama.
" Pengantin lelaki dah sampai! " Jerit sepupu Zarina, Rasyidah.
Pengantin lelaki???. Aina pandang Zaril. Zaril malu-malu melihat bakal sepupu-sepupunya.
*************
" Doktor Zaril abang kau? " Soalku berbisik pada Zarina, di biliknya. Kak Ummi sedang disolek Mak Habibah. Tunang atau nikah terus?.
" Doktor?"
" Zarin, doktor tu lah rawat aku "
Mata Zarina membutang. Serius?.
" Ouh.... kau tak tahu ?.. Abang aku doktor. Sorry aku tak bagitau kau"
" Hari ni lah abang aku nak tunang dengan Syazira Ummi" Sambungnya lagi. Aina terdiam. Sangat terkejut.
YOU ARE READING
Dia girlfriend Doktor
RomanceDoktor Tengku Zaril, telah membuatkan hati Aina berdegup laju. Pada mulanya, Aina hanya lah pesakit biasa. Namun, layanan Dr.Zaril yang baik hati itu, Aina mula rapat dengannya. Boleh ke Zaril menerima dirinya yang chubby?. Hurmm...