AINA menggerakkan tangannya. Dia bingung mengapa tangannya berbalut kain kasa, begitu juga kepalanya walaupun bertudung. Aku dekat mana?. Aku melihat sekeliling. Ini wad persendirian. Siapa bawa aku ke sini?. Seorang doktor muda memasuki wad Aina untuk pemeriksaan berkala.
" Assalamu'alaikum. Macam mana dengan cik?. Ada rasa sakit dekat bahagian balutan tu?" Ujar Zaril dengan lembut. Doktor itu menulis laporan tentang perkembangan Aina setelah sehari dia dimasukkan ke hospital.
" Wa'alaikumusalam... doktor..., saya... apa dah berlaku pada saya, doktor?. Siapa bawa saya ke sini?. Zaril tersenyum kecil.
" Awak terlanggar kereta saya. Saya bawa awak ke sini. Awak ingat tak kenapa awak boleh terlanggar kereta saya?"
Aina menggaru kepala. Dia terjerit kerana tersentuh tempat yang luka. Dengan pantas, Zaril memeriksa Aina yang degil menyentuh lukanya.
" Aduh! "
" Cik ni... " Sengaja Doktor Zaril buat muka marah. Aina tertawa kecil. Pandai doktor ni buat lawak. Tapi, nama dia siapa eh?.
" Doktor... "
" Ya, Cik? " Zaril sudah habis memeriksa Aina. Lepas ni, dia akan pergi ke pesakit lain pula.
" Saya nak tahu nama doktor... "
" Nama saya Tengku Zaril" Doktor itu mengenyitkan mata. Hati Aina berdegup. Dia sengaja kan nak buat kita muka udang terbakar?. Aina berbunga kecil.
************
Bosannya duduk wad sorang-sorang. Kawan sekolah dah pindah. Yang ada musuh ketatnya : Syazmimie dan Syafinas. Mereka berdua tidak suka pada Aina kerana dia bertubuh besar dan tak ada ciri-ciri kejelitaan seorang remaja perempuan. Kebanyakkan murid perempuan 5 UM, mereka bergaya dan memiliki keistimewaan masing-masing kecuali Aina. Aina acap kali dihina kerana rupanya yang bulat macam pau, serta berbadan besar seperti seekor beruang. Bukan murid perempuan saja. Murid lelaki pun sama!. Ada lah pernah Aina meluahkan perasaan pada kawan sekelasnya, Zahidi. Sehari pengakuan cinta bodohnya, terus jadi bahan gelak .
Aina merenung siling wad hospital serba putih dan berhawa dingin Hospital swasta kot. Selesa lah sikit. Heheheh.
Tok! tok!
Doktor Zaril membawa buku cerita untuk tatapan Aina. Tengok dari gaya, pesakitnya dalam baya-baya budak sekolah.
" Hai, cik. Saya ada bawakan Cik buku. Mungkin cik bosan duduk sorang-sorang dalam wad? " Doktor ni macam budak-budaklah. Hahaha. Okey. Aku budak sekolah menengah dan memang patut doktor layan aku macam adik dia.
Aina menyandar pada kepala katil dibantu Zaril. Muka Aina berbahang kerana ini kali pertama seseorang membantu dirinya. Kekok.
"Rasa selesa?. Nak saya tinggikan katil Cik?"
Aina menggeleng. Zaril membuka buku bertajuk Kisah Nabi Nuh. Sebelum doktor tersebut bercerita, Aina meminta Zaril agar memanggil namanya saja selepas ni. Tidak payah bercik-cik. Rasa tua pulak dipanggil sebegitu.
" Doktor panggil saya Aina je. Saya baru murid sekolah menengah" Omel Aina. Uissh.... pesakit kali ni Mengada-ngada!.
" Okey, Aina. Ada apa-apa lagi sebelum saya mulakan pembacaan saya? "
" Tak ada" Aina tekun mendengar Zaril bercerita. Suaranya merdu, mendatar. Pasti ramai wanita ingin merebut jejaka ini. Paras wajah Doktor Zaril sangat tampan. Ditambah pula rambut hitam disikat tepi dan berkot putih. Aina terpesona melihat Zaril.
" Aina?. Helo..." Zaril melambai tangan depan Aina yang blurr.
" Hah?"
" Aina tengok mana?. Saya dah habis baca dah buku ni. Macam mana?. Sedap tak kisah Nabi Nuh A.S ?"
Aina mengangguk laju-laju. Best-best!. Bertambah best dibacakan oleh doktor yang tampan dan bergaya!. Chewahh!. Gadafi memulas tombol pintu wad Aina untuk mencari Zaril.
" Dekat sini rupanya" Doktor Gadafi berbisik sesuatu pada telinga Zaril.
" Dia dah sampai? "
Gadafi mengangguk. Siapa?. siapa dah sampai?.
" Dia tunggu kau dekat lobi. Hehehe" Gadafi menyengih. Zaril menyiku Gadafi yang mempermainkannya.
" Maaf, Aina. Sampai sini je ya?. Esok kita sambung lagi. Bye... " Mereka jalan beriringan keluar dari wad. Aina termanggu. Siapa' dia' ?. Teman wanita Doktor Zaril?. Nak nangis jap. Huhuh.
YOU ARE READING
Dia girlfriend Doktor
RomanceDoktor Tengku Zaril, telah membuatkan hati Aina berdegup laju. Pada mulanya, Aina hanya lah pesakit biasa. Namun, layanan Dr.Zaril yang baik hati itu, Aina mula rapat dengannya. Boleh ke Zaril menerima dirinya yang chubby?. Hurmm...