" Aina, boleh tolong buang sampah? " Pinta Kak Emy, pekerja bahagian dapur tradisional. Dapur tradisional menghasilkan hidangan makanan melayu lama seperti kuih gulung, kuih lapis, dan kuih lepat ubi. Aina mengangguk. Dia membawa beg sampah besar serta makanan kucing. Rutin harian Aina, Aina akan memberi makan pada kucing jalanan setiap hari. Walaupun waktu memberi makanan tidak menentu,namun demikian, dia tetap menyelesaikan tugasnya terhadap makhluk paling disayangi Nabi itu.
" Mari si comel. Hari ni ada makanan istimewa. Miau miau! " Aina melutut menuang makanan kucing atas jalan.
5 ekor kucing menghampiri Aina. Kucing-kucing tersebut menghidu makanan mereka, lalu memakannya. Aina mengambil kesempatan ini menangkap gambar semua kucing itu. Zawani ternampak Aina memberi makanan pada kucing-kucing tersebut.
" Kenapa awak bagi makanan pada mereka?. Banyak je kan kedai lain boleh bagi makan?"
" Zawani, tak semua orang boleh bagi. Tengok kucing berbulu kuning tu. Bulunya tanggal sebab ada orang berinya ikan pari. Ikan pari amat sensitif untuk semua kucing" Kebanyakkan 5 kucing tersebut semua sakit. Kaki kurap, telinga cedera.
" Lagipun, saya anggap ni sebagai sedekah. Awak pernah bersedekah?" Aina menuang lagi makanan kucing setelah kucing-kucing itu mengiau. Aina sudah mengerti maksud bunyi mereka.
" Saya... saya tak pernah "
" Ouh, tak apa. Saya ajar awak. Mula-mula, awak bagi makanan ni" Pek makanan kucing dihulur pada Zawani. Zawani teragak-agak.
" Err... macam mana kalau diorang tak suka saya?. Saya takut kena cakar" Zawani berundur selangkah.
Aina tertawa kecil.
" Hihihi. Tak adalah. Diorang baik. Si comel semua, kita ada ahli baru!. Ni Zawani"
" Hai??? "
Kucing-kucing itu mengerti sapaan Zawani lalu mengiau.
Hai, Zawani!.
Zawani tsrsenyum. Dia mula menuang makanan kucing. Seronok juga bersedekah. Zawani membuka hatinya untuk mengenali Aina, dan tidak mahu memarahinya lagi tanpa sebab.
*****************
Geram sungguh Lisa. Lebih 2 jam menunggu Zawani di sebuah restoran. Lelaki itu tidak dipercayai. Zawani tidak begitu mengambil peduli rancangan makan tengah hari bersamanya.
" Hai, Lisa. Awak sorang? " Tegur Doktor Amir Hamzah. Lisa merengus. Sorang?. Ada orang ke sebelah aku?.
" Mana ada sorang!" Lisa memeluk beg tangannya. Amir tertawa. Gadis ini kelihatan tidak berpuas hati.
" Awak pun makan tengah hari dekat sini? " Amir menarik kerusi dan melabuhkan punggung. Alang-alang ada kosong, duduk lah.
" Awak belum jawab soalan saya, Lisa. Tak mungkin awak sorang-sorang. Mesti awak tunggu Doktor Zawani" Amir memegang dagu. Matanya mengecil menatap wajah Lisa.
Tersentak. Lisa pura-pura membetulkan tudung bawalnya. Dia tidak begitu selesa dengan kedatangan Amir Hamzah, doktor kanak-kanak.
" Saya kena pergi. Seronok berbual dengan doktor. Assalamualaikum " Lisa membayar harga segelas jus epal di kaunter. Makanan belum sempat dijamah. Tahan sajalah, Lisa. Amir menghela nafas perlahan.
" Kenapalah kau tak bagitau dia terus, Amir? " Katanya sendiri.
*****************
" Welcome back, my friend, Zaril ! " Gembiranya Ghazali Zaril telah kembali bertugas di hospital. Zaril memeluk kembali sahabatnya. Dia tidak kesunyian sebab ada Ghazali.
" Thanks, bro. Maaflah aku susahkan kau. Kau ganti aku tulis laporan doktor. Nanti aku cover balik semua kerja-kerja aku. Kau punya sekali aku cover "
Ghazali senyum pahit. Bahu Zaril diusap-usap.
" Tak apa, Aril. Kita sahabat susah senang bersama. Kita pergi jumpa Zawani?. Aku rasa dia pun rindukan kau! "
Mereka jalan beriringan ke pejabat Zawani. Mereka berdua terserempak dengan Zawani berjalan bersama Aina ke lift.
" Aina?"
" Hai Aina!. Hai! " Ghazali melambai tangan.
Aina kaget. Aduh!. Macam mana boleh terjumpa?!.
" Aina, ni Doktor Zaril"
Aina menunduk hormat. Senyum plastik dilemparkan.
" Assalamualaikum, Doktor Zaril"
" Eh, kenapa kau macam tak kenal Doktor Zaril , Aina?. Kau kan..."
Aina mencelah percakapan Ghazali sebelum dia menyebut bekas pesakit Doktor Zaril.
" Zawani, nampaknya saya tak boleh temankan awak. Lain kali saya datang ok? "
" Aina! " Zawani ingin menghalang Aina daripada pergi. Kenapa pula dia nak balik tiba-tiba?. Atok juga suruh aku bawa Aina ke hospital.
YOU ARE READING
Dia girlfriend Doktor
RomanceDoktor Tengku Zaril, telah membuatkan hati Aina berdegup laju. Pada mulanya, Aina hanya lah pesakit biasa. Namun, layanan Dr.Zaril yang baik hati itu, Aina mula rapat dengannya. Boleh ke Zaril menerima dirinya yang chubby?. Hurmm...