Bab 14

715 32 1
                                    

Zawani mempelawa Zaril dan Ghazali duduk.  Teringin hendak berbual bersama setelah 6 minggu Zaril tidak bertugas. 

" Apa khabar dengan Zarina?.  Kau tak nak hantar Zarina ke sini?.  Ghazali pakar dalam psikiatri"

" Tak apa,  Wan.  Aku dah upah jururawat peribadi. Sebulan RM 300. Bolehlah.  Cukup makan,  minum. Aku dah tak payah risau pasal dia lagi.  Wan...,  kau kenal dengan perempuan Chubby tadi? "

Zawani mengangkat kening sebelah.  Ghazali memusing-musing kerusinya sebab 2 sahabatnya itu tidak mempedulikan dia.

" Perempuan chubby?.  Aina?.  Kenal.  Dia tolong atok aku lintas jalan.  Kami pun berkawan"

"   I see... "  Kenapa mulut aku lancang sangat tanya pasal Aina?. 

" Zaril,  Ahad minggu depan,  ulang tahun perkahwinan atok aku.  Kau datang?.  Dengan Ghazali? " Zawani mengharapkan sahabat-sahabatnya dapat menghadiri majlis ulang tahun perkahwinan Tok Ghaffar. Tok Ghaffar amat menyayangi Zaril dan Ghazali seperti cucunya.

" Insya-Allah . Aku tak janji... " Kata Zaril nada lemah. Zaril terkejut Ghazali berperangai budak-budak.

" Woi,  kau umur 25 ke 5 tahun hah? " Zaril menyekeh leher Ghazali.

" Apa woi woi?.  Ni kawan kau kan,  Wan?.  Ganas macam King Kong! " Ghazali buat gaya King Kong  Dengan bunyi-bunyi sekali.

Zawani tak tahan melihat perangai mereka berdua.  Dia menghalau dua orang tu keluar dengan penyapu. 

" Get out from my office! "

Terus Zaril dan Ghazali cabut.  Komputer riba?.  Mereka pecut lantas menyambung tugas masing-masing. 

*************

Aina membaringkan diri atas katil tidak berapa nak empuk.  Spring di mana-mana.  Bunyi ' kriuk ' tiap kali Aina mengenjut turun naik katil.  Salah aku berbadan comel.  Bersyukur,  Aina.  Kau ada bilik untuk rehat.  Makan minum... . Boleh pula terjumpa balik dengan Tengku Zaril,  crush pertama cinta monyet aku dulu. 
Seandainya hatiku terarah untuk mencintai orang lain, siapakah patut aku pilih antara kau dan dia?. Aina membelek telefon pintar. Mesej dari Tok Ghaffar lah.  Mari kita check ya.

Aina comel,  Ahad depan , majlis ulang tahun perkahwinan Atok.  Aina datang ya?

- Tok Ghaffar

Aina membalas mesej Tok Ghaffar.

Insya-Allah,  Tok. 

- Aina

Aina tersenyum.  Buat masa ni, dia tidak mahu memikir soal jodoh.  Hidupnya sudah selesa tanpa lelaki sekarang.  Dia mahu berkawan saja dengan Zawani dan Zaril. Buatnya Zawani atau Zaril datang melamarnya?.  Huishh!.  Gila aku jadinya!.  2 orang lelaki melamar serentak?. 

Baik,  aku tanya hati aku siapa kau nak. 

Wahai hati,  kau nak siapa jadi pasangan kau?. 

..........

  Tak ada jawapan.  Hati aku masih kosong tanpa sesiapa.

*************

Ahad

Banglo keluarga Haji Ghaffar,

Aku membawa hadiah Al-Quran untuk Tok Ghaffar.  Nampak remeh,  namun, nilai pahala sejuta kali lebih banyak berbanding hadiah di dunia. Al-Quran memberi kita syafaat pada akhirat kelak.  Malah,  Al-Quran menyuci rohani diri kita. 

" Selamat ulang tahun perkahwinan,  Tok" Aku memberi Al-Quran yang sudah dibaluti kertas hadiah cantik.  Tok Ghaffar segak bertuksedo kelabu,  dipadani tali leher putih. 

" Terima kasih,  budak comel" Suka Tok Ghaffar menerima pemberian aku. 

" Meriah rumah atok.  Nenek mana?" Aina mengerling mata sekeliling rumah. Di mana Nenek Zawani?.

"  Nenek dah tak ada,  budak comel.  Hanya tok dan Zawani tinggal di sini" Tok Ghaffar mengesat air mata pada lengan tuksedo.  Sedih.  Tak ada pengganti untuk dijadikan nenek tiri Zawani.  Sobb...  diri perlu perbanyakkan ibadah.  Umur sudah 59 tahun. 

Aina menunduk. 

" Sorry tok... Aina tak tahu"

" It's fine, cute girl. Tok ada Zawani dan sekarang ada Aina"

Tetamu Tok Ghaffar  berkelas tinggi.  Kesemuanya memakai tuksedo,  kot, dan blazer.  Tiada sorang memakai baju melayu. 


























Dia girlfriend DoktorWhere stories live. Discover now