Bab 12

644 32 1
                                    

Kafe Abdul Ghaffar

Aina menghantar makanan  dipesan pelanggan, di setiap meja.  Pekerja Kafe Abdul Ghaffar memberi layanan baik terhadapnya.  Walaupun dia berpangkat junior,  dia tak pernah diabaikan mereka-mereka yang telah lama bekerja di sini.  Abang Megat,  chef utama kafe ini. Memasak merupakan hobinya yang utama.  Abang Megat diambil sebagai chef tetap selepas memenangi pertandingan rancangan realiti.  Kak Syaza,  chef pastri.  Minatnya terhadap manisan begitu mendalam lalu berkhidmat di sini selama 20 tahun.  Menu istimewanya ais-krim coklat bersalut karamel dan biskut oreo.

" Seronok kerja dekat sini?" Megat mengelap pinggan yang dicuci. Aina tersenyum manis.  Aina menolong Megat menyusun pinggan di dalam kabinet atas.  Mestilah....  aku minat dengan kafe-kafe ni.  Impian aku dulu pernahlah nak buka sebuah kafe sendiri.  Tapi tu hanyalah impian budak 5 tahun.  Tak mudah nak capai impian dalam dunia realiti.  Dalam game bolehlah. 

" Seronok sangat!.  Ain pernah nak cuba buka kafe.  Ibu Ain tak bagi.  Katanya tak menguntungkan dan tak ada masa depan.  Masa tu Ain baru 5 tahun.  Heheheh"

5 tahun berangan nak buka kafe?.  Hebat....

" Oklah Ain daripada tak pernah terfikir langsung.  Abang dulu sama juga macam Ain.  Abang berangan nak jadi Youtuber masa sekolah menengah"

" Ehh....  Youtuber?"

" Kenapa?.  Muka abang tak cukup handsome? "

" Tak arh.  Handsome...  kalau tak handsome,  Kak Wani tak kahwin dengan abang" Aku mencuci tangan di singki selepas menyusun pinggan untuk menjaga kebersihan.

Abang Megat ( 26 tahun) sudah berkahwin dengan Nur Syazwani ( 24 tahun)  . Kami bertiga bagai adik-beradik.  Kak Wani tak kekok melayan aku macam adik sendiri.  Dia lagi suka aku ada.  Ada geng nak gosip-gosip,  fesyen,  mekap. Pertama kali jumpa Kak Wani masa Abang Megat bawa Kak Wani makan dekat sini.  Dia memperkenalkan Kak Wani sebagai isterinya yang tercinta. 

So sweet!

" Aina,  hari ni bos kita lawat kafe. Boleh Aina layan bos kita ?" Minta Kak Syurah, pekerja bahagian minuman.  Aina buat isyarat ok. 

***************

Biar betul??. Tok Ghaffar duduk dekat bilik V.I.P ?!.

" Aina,  ini bos kita,  Tuan Abdul Ghaffar atau kitorang panggil Tok Ghaffar " Abang Megat bersalaman dengan Tok Ghaffar. 

" Ouh!.  Budak comel?.  Kamu kerja di sini?.  Bagus!.  Lepas ni tok bawa Zawani sekali! "

" Tok kenal Aina?"

" Ya!.  Dia teman wanita cucu saya! "

Abang Megat tercengang.  Aina girlfriend Zawani?.  Megat mengenali Zawani cucu Tok Ghaffar dan berkawan baik dengannya. 

" Hahaha...  Abang Megat,  keluar sekejap! "

Aina menarik hujung baju Megat keluar bilik V. I. P Tok Ghaffar. Aina berbisik.

" Abang Megat...,  ni bukan macam abang fikir"

" Maksud Aina...  Aina girlfriend  Zawani?.  Kenapa tak berterus-terang?"

Aku menepuk dahi.

" Bukan!. Aina tak suka Zawani pun! "

Dia girlfriend DoktorWhere stories live. Discover now