Aina teringat kembali, bagaimana dia terlanggar kereta Zaril lalu kemalangan. Dia melarikan diri dari ditangkap Hamid, kerana mereka terjumpa kembali selepas 5 tahun, semasa Aina pulang dari sekolah. Hamid menemuinya untuk membalas dendam terhadap perbuatan Tengku Zakaria menyebabkan dia dipenjarakan. Aina dicarinya sebagai gantian.
2 bulan lalu...
Aina berlari tanpa mempedulikan kakinya yang kian sakit. Kasut pada tapak kaki tidak dipakai. Dia tidak mahu Hamid menjual dirinya pada kancah dadah. Lebih pantas berkaki ayam. Peluh menitik pada dahi menyukarkan Aina untuk maju. Jeritan meminta tolong tiada siapa mendengar di malam yang gelap penghuninya lena diulit mimpi.
Aina tidak sedar dia telah berada di bahu jalan. Sebuah kereta Honda City meluncur laju dari arah bertentangan . Kerana terlalu takut, Aina tidak nampak kereta itu lalu melanggarnya. Apabila Zaril keluar kereta memeriksa Aina, Hamid menyembunyikan diri. Hamid mengingati wajah Zaril, jika Aina kembali, lelaki itu akan merasai api dendamnya.
************
Aina terasa ngilu pada tempat sama yang tercedera. Dia tidak berbalut. Namun, Aina hanya ditampal plaster ubat. Aina terasa dirinya tidak berguna. Orang dia sayang menyelamatkannya sekali lagi. ' Orang itu' milik wanita lain. Aina tak boleh menjadi penghalang hubungan mereka.
" Syukurlah Aina dah sedar... " Zaril membawa teddy bear berwarna susu bereben merah jambu. Kak Ummi punya. Jangan perasan sangat doktor handsome ni nak bagi teddy bear tu. Zaril memberinya pada Aina.
Eh?
" Untuk Aina. Abang singgah kejap sementara tunggu Aina sedar... "
Dia tinggalkan kita sorang-sorang masa aku tidur?!!!!. Aina ego. Buat-buat merajuk.
" Ambil lah. Abang dah beli" Rayunya.
" Aina tak suruh beli. Kenapa nak bersusah payah? "
" Rezeki lebih, abang beli lah untuk adik abang"
Pisau ditusuk tepat-tepat dekat hati Aina. ' Adik'?.
" Bagi je pada Kak Ummi. Dia tunang abang. Dia lebih berhak!" Suara Aina berbaur cemburu. Zaril tertawa kecil. Cakap je cemburu. Habis cerita.
" Betul Aina tak nak teddy bear yang comel ni?"
" Tak nak"
" Cakap sekali lagi"
" Aina cakap tak nak. T.A.K N. A. K! "
Siap eja lagi?. Nampak sangat cemburu. Zaril buat suara halus ala-ala teddy bear tu bercakap.
" Kenapa Aina tak nak saya?. Dia cemburu kot sebab tuan saya bertunang dengan perempuan lain?. Tuan, saya tahu budak perempuan ni sukakan Tuan... " Zaril mengakhiri dengan sinisan. Muka Aina berbahang. Bantal ditekup pada muka. Arhhhh!!!!!!.
" Nak sembunyikan lagi Aina sebenarnya sukakan abang?. Aina, dengar sini. Hubungan kita hanya adik dan abang. Tak lebih daripada tu. Abang dah ada Kak Ummi. Tolong, Aina. Abang tak boleh mengahwini Aina"
Aina tersentak. Patung tersebut direntap , kemudian dikoyakkan di depan Zaril.
" Aina?!!"
Benci, sakit hati!.
Mengapa lelaki ni tidak nampak cintanya terhadap dia?.
" Aina dah melampau!. Kalau macam ni perangai Aina, Abang akan percepatkan lagi perkahwinan abang dengan Ummi! " Zaril menengking Aina. Aina menangis selepas Zaril meninggalkannya bersendirian.
***********
" Abang nak tukar tarikh perkahwinan abang?. Kenapa ni abang?. Zarin tak fahamlah!. Abang sendiri tetapkan tarikh abang sama tarikh hari jadi abang!"
Zarina melihat Zaril sedang menghubungi seseorang. Cik Risa, perancang perkahwinan Zaril dan Syazira.
" Helo. Saya nak ubah tarikh perkahwinan saya"
YOU ARE READING
Dia girlfriend Doktor
RomanceDoktor Tengku Zaril, telah membuatkan hati Aina berdegup laju. Pada mulanya, Aina hanya lah pesakit biasa. Namun, layanan Dr.Zaril yang baik hati itu, Aina mula rapat dengannya. Boleh ke Zaril menerima dirinya yang chubby?. Hurmm...