Bab 5

700 37 2
                                    

Zaril sudah selamat ditunangkan dengan Nur Syazira Ummi, untuk 3 bulan saja.  Kedua-dua pihak keluarga tidak mahu mereka lama-lama bertunang. Pertunangan ini cumalah bagi ruang Zaril mengenali Syazira,  begitu juga Syazira mengenali Zaril. Jika dalam tempoh pertunangan ni, salah seorang meminta memutuskan ikatan pertunangan,  keluarga mereka redha ketentuan ilahi,  malah anggap Zaril tiada jodoh dengan Syazira. Mak Habibah menyarungkan cincin  untuk Syazira. Jari Syazira cantik dengan cincin putih bertahtakan batu delima merah.  Jari Zaril pula cincin putih tanpa batu. 

Para tetamu tidak putus mengambil gambar kedua mempelai itu di pelamin.  Aina retak seribu. Doktor kacaknya sudah jadi milik Syazira Ummi.  Dia tidak turut serta di ruang tamu.  Aina hanya bersembunyi di bilik Zarina.

Dia bukan milik aku

" Tahniah abang dan kakak.  Cepat-cepat bagi Zarin anak buah okey? " Zarina mengenyitkan mata. Barang hantaran,  dan bunga telur berjumlah 1500 biji, telah disimpan untuk majlis persandingan mereka kelak.  Memudahkan urusan.  Tak payah kelam-kabut bila tibanya hari kejadian.  Zaril mencembik.

" Kami baru bertunang,  dik ooi" Zaril acah-acah mengetuk kepala Zarina. 

" Alah,  orang nak booking  pun tak boleh? "

Kedua-dua tertawa kecil.  Di sebalik kegembiraan mereka,  ada sorang tengah menangis. 

" Mana kawan adik yang chubby? " Zaril pandang sekeliling.  Tadi ada.  Sekarang dah hilang pula.

" Aina ?. Entah" Zarina menjongketkan bahu. Kawan sendiri tak tahu?. 

" Entah?.  Apa punya jawapan lah" Tangan disilang pada dada.

" Abang,  jangan sibuk hal orang lain.  Abang dah bertunang.  Hal Aina,  biar Zarin uruskan" Zarina mencari Aina di seluruh rumah.  Dia naik ke tingkat atas.  Zarin terdengar esakkan di biliknya. Aina sedang menangis dilihat Zarina daripada luar. Zarina menggaru kepala. Kenapa pula dengan dia?. 

" Abang Zaril takkan jadi milik saya...  " Bisiknya perlahan.  Aina mengesat baki air matanya,  tangisannya seolah tidak mahu berhenti.  Butiran air matanya mencurah-curah. Mengapa hatinya seperti dicucuk-cucuk bila nampak Zaril ditunangkan dengan Syazira?. Dia cemburu?. Zarina mendekati Aina dan mahu bertanya mengapa dia menangis.  Namun,  langkahnya terhenti bila terdengar Aina menyatakan dia cintakan Zaril.

" Saya... dah jatuh cinta pada Abang Zaril masa mula-mula saya jumpa Abang... " Aina menekup mukanya.  Oh,  Tuhan...  tabahkanlah hatinya menerima takdir ini. 

Aina sukakan abang aku?.  Zarina tiba-tiba berasa serba salah tanpa sebab.  Dia kembali ke ruang tamu. 

" Adik?" Zaril melepaskan diri dari sepupu-sepupu lelakinya daripada tadi nak berswafoto. 

" Kenapa ni dik?" Bimbang adiknya sakit pada waktu sekarang.  Ramai tetamu datang,  risau salah seorang ada yang sakit dan menjangkiti Zarina.

Zarina menggeleng.

" Nanti Zarin cerita kat abang"

**********

Zaril ketawa setelah Zarina memberitahu tentang Aina pada abangnya.  Gerammya dengan abang aku!!. Nasib semua orang dah balik malam-malam gini. 

" Biar betul dik?.  Dia tingkatan 5 . Abang anggap dia macam adik. Tak lebih dari tu"  Zaril mengesat sisa air mata tawanya.  Aduhai...  mahu tergelak satu bandar Johor Bahru bila Aina form 5 sukakan seorang doktor,  yang jauh lebih berusia.  Berusia?.  24 tahun je umur aku.  Dagu diurut Zaril.  Aina 17 tahun...  aku 24 tahun... . Beza 7 tahun. 

Dia girlfriend DoktorWhere stories live. Discover now