Awal pagi
Doktor Haiza akan membantu Aina untuk bersolat subuh. Nak Doktor Zaril tolong wudukkan Aina?. Jangan.... timbul fitnah nanti. Debu Tayamum ditabur atas tapak tangan Aina, kemudian, berwuduk seperti biasa. Aina jeling sedikit rupa Doktor Haiza. Cantik walaupun sudah berusia.
" Terima kasih Doktor. Doktor, saya ada harapan untuk sembuh tak? " Doktor Haiza menghampar sejadah sementara menunggu Aina memakai telekung.
" Insya-Allah, Aina. Pukul 6.30 pagi Doktor Zaril datang ambil laporan" Doktor itu terus keluar wad untuk membantu pesakit Islam lain bersolat. Layanan Doktor tadi dingin je. Aku nakal sangat ke sampai dia layan aku macam tu?.
**************
" Tak payahlah buat muka ikan lumba-lumba. Makin tembam pipi Aina tu" Mata Zaril difokuskan pada penulisan laporan. Aina pula memuncungkan mulut. Merajuk dengan Doktor Zaril. Sengaja Zaril mengusik Aina. Nak tengok sama ada gadis itu respon pada usikkannya atau tidak. Bagaimana jika Aina respon?.
" Suka hati sayalah, Doktor Zaril. Bukan mulut doktor pun! " Aina membelakangi Zaril. Zaril menarik dan melepaskan nafas. Cubit-cubit juga mulut bulat budak ni.
" Awak pesakit saya je tau. Saya doktor awak" Suara Zaril sedikit meninggi. Aina kaget. 'Awak' ' saya'?. Air mata Aina menitis atas bantal.
" Saya bukan kawan Doktor ke?. Doktor biasa panggil saya Aina... " Aina sedu-sedan. Baru nangis.
Zaril diam. Dia melurutkan rambutnya ke atas. Pertama kali mengalami situasi pesakit jatuh cinta padanya.
" Aina... " Lembut Zaril memanggil Aina. Layan baik-baik, Aril. Dia tengah sakit. Aina mengesat air mata, memandang tepat wajah Zaril yang masih di depannya.
" Doktor jangan jerit-jerit. Pekak telinga saya" Aina melawak. Dah berapa lama doktor tu membuat pemeriksaan harian untuknya?. Pesakit lain 30 minit satu sesi. Dia , hampir satu jam tau!. Special untuk Aina Aisyah . Zaril tertawa kecil. Macam-macam!.
" Ok, Aina" Zaril mengemas kertas-kertas berselerak, dia perlu ke pesakit lain pula.
" Jadi Doktor... kita dah okey kan? "
Kening Zaril terangkat sebelah. Okey apa?. Bila mereka bergaduh?. Aina je yang terlebih moody. Dia biasa.
" Eleh... siapa tadi terlebih moody sampai selubung selimut tak bagi orang periksa? " Zaril kenakan Aina balik. Aina mencapai pen milik Zaril, dan baling. Gol!. Pen tersebut kena dahi Zaril yang licin sampai nyamuk pun boleh tergelincir. Hahahah!. Aina terbahak-bahak. Wad Aina bertukar jadi parti ketawakan satu sama lain.
" Hei! " Zaril ketawa dengan Aina bersikap kebudak-budakkan itu. Dengan Syazira, dia tak boleh ketawa sebegini. Zaril senang hati dengan Aina. Tiap kali dia masuk ke wad Aina, Zaril tidak sabar-sabar melihat Aina bersikap cute and nauhty . Zaril tersenyum kecil.
************
Syazira Ummi, menanti tunangnya seperti biasa. Namun kali ni, dia menunggu Zaril di Kafeteria. Bayangan Zaril muncul, Syazira melambai tangan padanya.
" Hai, Zaril! " Syazira ceria menyambut doktor muda yang agak serabut mukanya, pada tengah hari ini. Zaril senyum tawar.
" Hai, Sya. Awak dah makan? " Tali leher ditanggalkan. Tali leher digulung lalu disimpan dalam poket seluar. Syazira menggeleng.
" Sya tunggu Aril. Aril nak makan apa?. Sya ambilkan"
" Kuih lapis 2 "
" Okey"
2 kuih lapis?. Lapar sangat Zaril ni. Heheh. Perut buncit baru tahu!. Zaril meleret skrin galeri telefon. Dia berswafoto buat pertama kali dengan Aina.
Imbas kembali
" Satu gambar je... " Aina merengek mahu mengambil gambar bersama Zaril. Doktor handsome jarang jumpa.
" Ha, ha. Nak muncungkan mulut lah tu? " Zaril membuang kertas yang salah tulis di tong sampah. Banyak salah eja pulak tu. Ketika jadi ketiak!. Malu kau nanti, Tengku Zaril!. Aina memonyokkan muka. Kau salah, Doktor handsome. Aku tak nak muncungkan mulut aku. Asyik-asyik dicap ikan lumba-lumba. Dicap kucing parsi tak nak?.
" Please... satu gambar je.... "
Zaril dikalahkan oleh renggekkan Aina. Telefon Oppo Reno dikeluarkan. Mereka bergambar bersama jarak sedikit jauh. Siku Zaril terkena hidung Aina, semasa Zaril hendak menyimpan kembali telefonnya dalam kocek kot putih.
" Aduh... " Aina menggosok hidungnya segera sebelum bengkak.
" Maaf , Aina!"
" Tengoklah orang belakang dulu! " Berbisa dia langgar hidung aku!. Hidung pulak kena balut lepas ni!.
" Salah Aina juga. Aina pergi berdiri belakang saya lagi buat apa?. Kan dah accident" Zaril bercekak pinggang. Salahkan orang nampak?. Aina merengus.
" Ha ya lah. Salah saya je. Hidung saya jadi merah, doktor jawablah dekat ketua doktor!"
" Okey. Saya jawab macam ni : pesakit saya bernama Aina nak goda saya. Hidung dan pipi dia jadi merah sebab saya kacak sangat " Zaril senyum
sinis. Apa?!!!.
YOU ARE READING
Dia girlfriend Doktor
RomanceDoktor Tengku Zaril, telah membuatkan hati Aina berdegup laju. Pada mulanya, Aina hanya lah pesakit biasa. Namun, layanan Dr.Zaril yang baik hati itu, Aina mula rapat dengannya. Boleh ke Zaril menerima dirinya yang chubby?. Hurmm...