Bab 9

634 33 2
                                    

Zaril memekakkan telinga melintasi sekumpulan doktor dan jururawat, sedang mengata dirinya. Perkahwinan tidak jadi itu telah membuatkan doktor-doktor di hospital mula hilang hormat . Doktor Ghazali setia dengan sahabatnya. Dia hanya ada Ghazali. Ghazali takkan meninggalkan Zaril.

" Aril, Allah akan pertemukan kau dengan jodoh baru. Syazira dah jadi sejarah kau. Kau tak payah ambil kisah sangat dengan sekumpulan doktor yang membawang pasal kau. Tuhan tahu situasi kau" Ghazali menggosok belakang badan Zaril.

" Thanks, Zali. Kalau kau tak ada , mungkin aku sasau" Zaril meraup mukanya. Menyesal di hati, sakitnya ditusuk sembilu dirinya sedang diperdebatkan golongan ilmuwan.

" Aku teman kau pergi surau?. Mohon kepada Tuhan tenangkan hati kau yang kusut"

" Belum masuk waktu solat" Jam digital dilirik.

" Aril, surau tidak semestinya tempat bersolat. Surau ialah tempat berdakwah, mempelajari ilmu agama malah tempat mengeratkan hubungan silatturahim sesama jemaah." Ghazali senyum pahit sambil menepuk bahu Zaril. Kau boleh bangkit, Aril. Aku percaya pada kau.

Mesej disampaikan Ghazali, difahami Zaril. Dia mengangguk.

*************

DOKTOR CAP AYAM!

DOKTOR CURANG!

Tersentak Zaril mendapati nota berbaur hinaan berada dalam pejabatnya. Dia melihat Ghazali.

" Sabar. Mereka tak tahu apa kau alami"

" Ya.. . Tapi ni dah melampau kau tahu?"

Ghazali mengurut dagu. Mereka takkan berhenti selagi Zaril tak kahwin. Mereka nak Zaril kahwin dengan sesiapa baru mereka senyap ke?.

" Aril, aku ada idea"

*************

Zarina terkejut dengan permintaan mengarut Zaril. Zaril sangka perkahwinan ni main pondok-pondok?. Hantar sana, sini balas. Sini kata tak nak, yang sana memaksa.

" Please Zarin.... Zarin sayang abang kan?. Abang dah tak tahu cara apa lagi nak elakkan diri dari terus diumpat " Rayu Zaril. Zarina duduk dibirai katil dengan hati kusut.

" Abang... tak malu ke?. Jangan buat benda mengarut!. Mak takkan suka!. Ikatan perkahwinan perlu ikhlas!. Bukan nak tunjuk pada orang kita dah ada pasangan, diorang senyap! " Zarina menyilang tangan pada dada. Pelik sungguh perangai abangnya.

" Zarin janganlah cakap terus. Buat-buatlah ada majlis kononnya majlis hari jadi dia ke? "

" Hari jadi dia dah lepas lah, Abang. Takkan percaya punya"

Zaril terus memikir cara lain pula.

" Hurmm... Zarin cakap kat dia, Zarin nak buat study group? "

Zarina menolak wajah abangnya kian dekat padanya.

" Zarin tak janji. Tapi, Zarin cuba "

Untuk abang tercinta, salah seorang akan terluka.

Hari esoknya selepas balik sekolah.

Hati Zarina berdebar hendak memberitahu suatu perkara yang mengejutkan. Rahsia harus disimpan rapi.

" Kau kenapa?. Kau jangan cakap Abang Zaril tak dapat ambil kita lagi! "

Minggu lepas, minit terakhir Zarina baru ingat Abang Zaril tak boleh ambil mereka berdua di sekolah. Jadinya, mereka naik Grab dikenakan caj sebanyak RM 7.00.

" Tak.... tak ada... apa"

Sorry... Aina!.
















Dia girlfriend DoktorWhere stories live. Discover now