Bab 2

889 41 3
                                    

Aina terasa ingin bersiar-siar sekitar hospital.  Memandangkan tiada siapa sudi melawatnya, dia cari keseronokan sendiri je lah. Nurse tanya,  aku jawab : saya nak hilangkan bosan.  Dia faham lah tu. 

Jauhnya wad aku nak ke lif. Rungut Aina.  Tiub mudah alih hanya dipasang pada tangan.  Tak ada jenis tarik sana tarik sini.  Memudahkan untuk bergerak. 

" Aina nak ke mana? "

Mak aihh!.  Terkejut aku!. Doktor idaman aku !. Aku membetulkan tudung bawal.

" Saya bosan... "

Ketawa Zaril meletus tidak kuat.  Jururawat sekitar lobi lif memandang pelik pada Zaril.   Aina naik angin. Aku bosan,  doktor pulak berperangai tiga suku!. 

" Ketawalah puas-puas doktor.  Saya nak pergi kantin" Aku berkumat-kamit tanpa mempedulikan Doktor Zaril tiga suku. Aina melangkah masuk ke lif yang sudah terbuka pintunya.

" Eh eh?.  Marah?"

Aina menjuihkan bibir.  Malas nya nak layan!. Zaril mengikut Aina. Kening sebelah Aina terangkat. Nak ikut sekali?.

" Doktor lapar juga?"

Zaril memuncungkan mulut macam ikan lumba-lumba.  Tak comel pun.  Hahah.  Aku menekan butang lif aras 3 , tempat kantin berada.  Wad aku tingkat 10. Ambil masa juga nak sampai tingkat 3. Lif berhenti aras 8, pelawat berbangsa cina warga emas masuk dan diam.  Kami buat hal masing-masing. Tiba-tiba,  lampu lif berkelip-kelip lalu terputus bekalan elektrik .  Kejadian ni membuatkan aku panik. Tambahan pula, aku Klaustrofobia. 

" Kenapa ni??? "  Ujar aku cemas. Aku mencari tempat untuk memahut, kerana aku cepat pening jika terperangkap dekat mana-mana ruang tertutup.  Zaril menghidupkan lampu telefon pintarnya.  Dia menyuluh pada butang simbol telefon kecemasan.

" Tolong !.  Kami terperangkap di aras 8!. !!!"

Tutt.... 

Tiada  yang menyahut panggilan kecemasan Zaril.  Kami bertiga hampir berputus asa.

Nenek berbangsa cina mula berasa sesak nafas kerana oksigen di dalam lif mula berkurangan,  sedikit demi sedikit.  Zaril melonggarkan tali lehernya. Aina hampir saja terjatuh tidak dapat menahan pening. Zaril sempat merangkul Aina. Dia memangku Aina. Dengan cara sebegini,  mungkin dia rasa selamat?. Sebab,  hanya dia satu-satunya lelaki dewasa, yang boleh memujuk Aina supaya bertenang. 

" Jangan takut,  Aina.  Saya ada. Tarik nafas dalam-dalam" Zaril sudah tahu Aina menghidap Klaustrofobia kronik berdasarkan ujian hospital. Aina tidak boleh buat seperti diarahkan doktor itu. 

" Saya...  saya tak boleh doktor... "

" Cuba lagi"

Nenek di belakang kami sudah tidak sedarkan diri.  Cuma kami berdua yang boleh mampu bertahan beberapa saat lagi. 

Aku menarik nafas perlahan-lahan. Dada aku terasa sesak.

" Saya.... saya tak boleh.... "

" Awak boleh, Aina" Zaril mengukir senyuman meskipun dalam keadaan gelap-gelita. Mata aku mula kabur, pemandangan bertukar hitam, malah suara doktor itu tidak kedengaran lagi.  Ayatnya yang terakhir aku dapat tangkap....

" Aina?.  Aina!!!"

Dia risaukan aku ke?

*************

Esoknya

Aina bangun agak kelam-kabut, umpama dia mengalami mimpi ngeri. Tubuhnya diselimutkan, dan di sebelahnya ada hidangan bubur ayam.  Aku dah balik wad?.  Mana Doktor Zaril?. 

" Hai adik....  lega saya adik dah sedar"

Doktor Gadafi mengambil tempat sebelah katil Aina.  Senyum-senyum kambing.  Apa hal pulak doktor ni?.  Terjangkit sama perangai 3 suku Doktor Zaril?.  Huhuhu.

" Doktor... "

" Ya,  Aina? "

" Doktor Zaril selamatkan saya sekali lagi? "

Doktor Gadafi tersengih lalu mengangguk. 

" Aina nak tahu?.  Semalaman Doktor Zaril jaga Aina.  Dia solat Maghrib dan Isyak dekat wad ni juga.  Dia tak nak berjauhan dengan Aina yang comel macam baby ni! " Pipi pau Aina mahu saja dicubit, namun,  Gadafi melupakan saja niatnya kerana mereka bukan mahram.

" Ouh...  betul ke doktor?.  Tak percayalah saya " Aku mencembik. Hahahah!.  Kelakarlah budak ni!. Doktor Gadafi menyeka air mata ketawanya.

" Doktor... Doktor Zaril ada  girlfriend?" Kau tanya apa ni, Aina??!!!.

" Aina suka Doktor Zaril ehh??? "

" Hishh!. Tak adalah!. Saya budak form 5  je kot.  Saya bukan sesiapa pun bagi Doktor Zaril... "  Riak wajah Aina sedih. Mestilah doktor kacak tu dah berpunya...  tengok pada rupa, takkan tak ada satu?.

" Girlfriend tak ada.  Kawan ada lah.  Nama kawan dia Syazira.  Dia selalu juga lah datang sini.  Jangan risaulah.  Diorang setakat kawan satu sekolah.  Tak lebih dari tu.  Kalau Doktor Zaril suka kat Syazira ,  dah lama dia masuk meminang . Tapi saya tengok,  mereka biasa je"

" Doktor keluarlah.  Saya tak ada mood" Selimut hospital diselubung menutupi muka. 

Dia cemburu. Hahaha. 

***********

Pantri

Gadafi menghempuk Zaril dari belakang.  Tersembur kopi nescafe dari mulutnya.

" Bagi salam boleh lepas ni? " Geram.  Zaril mengesat mulut menggunakan tisu yang telah disediakan. 

" Baik bos.  Cuba kau teka.  Tadi aku lawat pesakit comel kau.  Aku ceritalah pasal Syazira pada Aina"

" Lagi?" Syukur Aina dah sedar. Cerita tentang Aina menarik minat Zaril untuk terus mendengarnya. 

" Dia cemburu!!"

Sekali lagi Zaril tersembur.  Kau nak jadi ikan paus kah?. 

Huk!  huk!  huk!

" Cemburu?.  Apsal pulak?.  Dia pesakit aku je"

" Aril,  kalau perempuan cemburu, ni bermaksud Aina sukakan kau"

Cemburu  boleh dikaitkan pelbagai kategori . Cemburu dalam bidang perniagaan,  sekolah,  kawan dan sebagainya.

" Saya tak anggap dia lebih dari pesakit. Saya layan dia sama je dengan pesakit lain"

Lembap betul Zaril...

Dia girlfriend DoktorWhere stories live. Discover now