Zarina hairan Aina sudah jadi pendiam. Sikapnya itu bukan kebiasaan Aina. Aina seorang yang ceria. Zarina boleh mengagak perubahan Aina berkait dengan Zaril. Zaril semalam tiba-tiba menghubungi Wedding planner mengubah tarikh perkahwinannya.
" Aina, awak... gaduh dengan Abang Zaril? "
" Huh?. Mana ada" Maklumat sejarah topik pilihan raya langsung tak masuk kepalanya. Cikgu Syuriani di hadapan kelas tidak diberi tumpuan.
" Tak payah tipu saya lah, Aina. Semalam Abang Zaril call wedding planner nak tukar tarikh. Abang pilih tarikh birthday dia. Kak Ummi setuju " Terangnya panjang lebar.
Aina tahu punca Zaril menukar tarikhnya. Buat-buat tak tahu lah. Gaduh?. Lebih kurang lah . Aina melepas keluhan berat.
" Zarin... saya memang ada gaduh dengan Abang Zaril... saya koyakkan teddy bear... "
Puff... teddy bear? . Hahahaha!!!!!.
" Hei!!. Kenapa awak ketawa pulak?! "
Prakk!
Kapur Cikgu Syuriani terbelah. Mata murid lain memandang 2 murid nakal tersebut.
" Aina, Zarina, pergi bilik kaunseling lepas rehat"
Amaran cukup tegas dalam suara lembut Cikgu Syuriani. Kami tak boleh main-main dengan cikgu ni.
***********
" Aril ada sebab kenapa tukar tarikh pernikahan kita? " Secawan kopi untuk tunang tersayang.
" Tak ada, sayang. Abang tukar sebab perkahwinan kita hadiah terindah buat abang "
" Bila hari jadi abang? " Syazira menghirup kopi.
" 14 haribulan 9 "
" Ok, Aril " Senyum Syazira.
************
3 bulan kemudian
Tetamu jemputan memenuhi ruang tamu banglo Datin Habibah. Zarina menyolek Aina supaya kelihatan cantik pada majlis perkahwinan abangnya.
" Cerialah sikit, Aina. Macam buah mangga busuk lah kau ni! " Pemerah pipi ditacap di pipi Aina. Zarina mahir berdandan. Terutamanya dalam solekan. Aku tak pernah mendandan diri aku sendiri. Aku melihat diriku yang sudah disolek pada pantulan cermin. Wajahku berubah menjadi cantik. Zarina tidak memyolekkan aku seperti opera cina. Dia solek ringkas saja.
" Fuyoo !. Cantiknya kawan aku !. Selfie sikit! "
Dalam gembira meraikan hari bahagia abang angkatnya, hatinya sedang menangis. Aina sedaya upaya untuk menahan tangisan tersembur keluar.
Dua sahabat baik itu duduk bersimpuh bersama tetamu di tingkat bawah. Mereka berdua memakai baju kurung moden yang sama. Zarina ingin saudaranya mengenali Aina sebagai sahabat dan keluarganya.
" Tak sabar nak tengok abang lafaz akad nikah "
Zaril duduk di depan tok kadi. Aina hanya melihatnya dari jauh, lantas melepaskan pandangan sayu. Senyuman tawar sambil wajahnya ditunduk selepas dia menerima khabar Zaril akan diijab kabul, bersama Nur Syazira Ummirah Bt Tajudin.
30 minit telah berlalu. Namun demikian, pengantin perempuan belum memunculkan diri. Aku perasan sesuatu yang pelik. Keluarga pihak perempuan hanya 2-3 orang. Ibu bapa Kak Ummi tiada. Keadaan majlis bertukar riuh.
" Zarin, Kak Ummi masih tak datang lagi?. Mak Habibah dah beritahu kan abang dan Kak Ummi kena datang awal?. Nak dekat pukul 4.00 dah" Aina melirik jam tangan. Mengikut jadual asal, majlis mereka harus selesai sekitar 3.30 petang.
Zarina menunjukkan keresahan. Tangannya menggengam tangan Aina.
" Aina, aku risau lah... "
Kami setia menanti pengantin perempuan. Hadirin menunggu pengantin perempuan untuk memunculkan diri bersama ibu bapanya. Tetapi, khabar duka berarak masuk. Abang saudara Kak Ummi, Syed Huzir hadir dengan ibu Kak Ummi. Wajah yang sedih memberi satu mesej buat pengantin malah untuk para tetamu.
" Assalamualaikum semua. Maaf.kami menggangu majlis ini. Saya Syed Huzir, abang sepupu Nur Syazira Ummirah, hendak memaklumkan adik sepupu saya, telah meninggal dunia pada jam 1.00 petang tadi"
Para tetamu berbisik satu sama lain. Alasan saja tu tak nak kahwin!. Pengantin perempuan mengandung anak luar nikah kot?. Bermacam-macam umpatan keji menyapa gegendang telinga Datin Habibah.
Apa punca Kak Ummi meninggal?.
" Saya nak maklumkan lagi kepada semua tetamu majlis, pada pagi tadi, Nur Syazira menerima panggilan tawaran pekerjaan di Dubai. Syazira mengambil keputusan untuk ke sana. Dalam perjalanan, Syazira terlibat dalam kemalangan. Siapa Tengku Zaril Ar-Rasyid Bin Tengku Zakaria? "
Kak Ummi terima tawaran pekerjaan tu sedangkan hari ni perkahwinan dia dengan Doktor Zaril?. Kenapa pula Kak Ummi terima?. Pasti ada sesuatu. Zaril berdiri dan memperkenalkan dirinya pada bakal besan tidak jadinya itu.
" Saya Tengku Zaril Ar-Rasyid" Zaril dah tak bersemangat. Aina nampak kesedihan pada wajah itu. Syed Huzir menghulurkan sepucuk surat ditulis oleh arwah Syazira Ummirah.
" Tengku, Syazira amanahkan saya beri surat ni pada Tengku. Kami semua ada di rumahnya untuk bertolak ke rumah Tengku. Tapi, Syazira dapat tawaran pekerjaan. Saya minta maaf, Tengku " Syed Huzir menunduk maaf.
" Terima kasih"
Apa agaknya isi kandungan surat ni?. Zaril mengigil-gigil memegang surat tersebut. Perkahwinan ini dibatalkan. Mak cik-mak cik tidak terlepas mengumpat Zaril tidak pandai menjaga bakal isteri sehingga dia lari. Zaril mengetahui kebenaran sebenar. Dia tak perlu bertikam lidah dengan mereka. Buang masa saja.
YOU ARE READING
Dia girlfriend Doktor
RomanceDoktor Tengku Zaril, telah membuatkan hati Aina berdegup laju. Pada mulanya, Aina hanya lah pesakit biasa. Namun, layanan Dr.Zaril yang baik hati itu, Aina mula rapat dengannya. Boleh ke Zaril menerima dirinya yang chubby?. Hurmm...