Zarina mencampak mangkuk berisi bubur. Jururawat peribadi, Naisyah berasa geram Zarina bersikap tidak mendengar kata. Baru saja habis bersihkan lantai, Zarina sudah mengotorkannya.
" Hoi budak O.K.U !. Aku dibayar untuk jaga kau!. Bukan jadi orang gaji kau!. Muntah , tahi kau aku kena bersihkan!. Kalau bukan pasal abang kau beriya nak ambil aku, aku tak ingin jaga kau! " Naisyah menunjal dahi Zarina. Zarina menjelir lidah. Kepala Naisyah berasap dengan sikap Zarina yang degil. Zarina melanggar belakang Naisyah sedang mencuci lantai sambil mencangkung.
" Aduh!"
Zarina segera memutarkan kerusi rodanya. Naisyah mahu ajar Zarina. Belum sempat dia menderanya, Puan Habibah menampar Naisyah dari mengapa-apakan anak perempuannya.
" Berani kamu nak apa-apakan anak saya?. Saya hormat kamu sebagai jururawat anak saya, saya dah lama perhatikan kamu, Naisyah. Saya tak boleh terima kamu lagi. Saya nak pecat kamu sekarang! " Puan Habibah menuruni tangga yang bersambung dengan pejabatnya. Naisyah kaget. Tidak sampai seminggu, dia dibuang kerja!.
Puan Habibah menamatkan kontrak Naisyah yang didaftarkan di bawah hospital KPJ.
Name : Naisyah Suhada
Age : 23Terminate the contract
Verified by
HABIBAH JAMALIAH BINTI SUDIN
********************
Majlis ulang tahun ini dimulakan dengan solat sujud syukur, kemudian, menunaikan solat hajat kepada Tuhan agar Tok Ghaffar sentiasa dirahmati Tuhan. Setelah selesai bersolat, kami menjamu selera. Aku semeja dengan Zawani, Tok Ghaffar serta beberapa kenalannya.
" Gadis ini teman wanita cucu kamu, Ghaf?. Begitu comel sekali" Kata Saifudin ( 53 tahun) sambil matanya meliar melihat Aina, berpakaian baju kurung moden. Lidahnya dikecap-kecap menandakan Saifudin teringin ' merasa ' tubuh Aina putih gebu itu.
Aku tak selesa duduk bersama orang tua gatal + tak tahu hormat wanita!.
" Comel kan?. Tak rugi kahwin dengan Zawani. Zawani sudah ada pendapatan, bolehlah mereka melangsungkan perkahwinan " Tok Ghaffar menyendeng Zawani. Zawani hanya mengangguk, senyum dan suap Nasi Beriani dalam mulut.
Aku?. Kahwin dengan Zawani?. Neh... . Aku belum bersedia nak kahwin-kahwin ni.
" Ah, kawan saya dah sampai, Tok" Zawani memanggil Zaril dan Ghazali berhadapan pintu lobi utama. Lokasi majlis ini, Tok Ghaffar memilih lobi utama banglo untuk menjemput tetamu. Katering makanan diletakkan disekeliling agar tetamu dapat mengambil lauk-pauk dengan mudah.
Zaril mengambil tempat sebelah Aina. Manakala, Ghazali bersebelahan Tok Ghaffar. Berdebar-debar Aina. Meskipun lelaki ini telah mempermainkan perasaanya dulu, Aina sudah memaafkannya.
" Assalamualaikum. Awak kawan Zawani?. Kita pernah jumpa"
Aina terkebil-kebil. Apa lelaki ni nak buat?. Pura-pura lupa siapa aku, semata-mata nak curi hati aku balik?.
" Zaril...., hormatlah sikit Aina. Aina akan jadi cucu menantu atok"
Zawani tersembur air sirap bandung. Zaril tak percaya. Ghazali pusing wajahnya ke belakang dan ketawa terbahak -bahak.
" Bakal cucu menantu je , Tok. Atok, si Zaril dah lama minat kat Aina. Cuma Aina je lambat! " Ghazali menyampuk. Dia menyeka sisa air mata.
YOU ARE READING
Dia girlfriend Doktor
RomanceDoktor Tengku Zaril, telah membuatkan hati Aina berdegup laju. Pada mulanya, Aina hanya lah pesakit biasa. Namun, layanan Dr.Zaril yang baik hati itu, Aina mula rapat dengannya. Boleh ke Zaril menerima dirinya yang chubby?. Hurmm...